Making Kuay Tiaw Ladna

Tuesday, June 25, 2013 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t

Selamat malam buat semua, 

Jom saya sharekan cara membuat kuay tiaw ladna... AWESOME^_^


Bahan-bahan ( 3 orang makan )

Sebungkus kuay tiaw - dibasuh, ditoskan kemudian digaul dengan sebiji telur dan goreng dengan minyak yang sedikit
15 ekor udang bersaiz sedang
4 ekor sotong dipotong ikut suka... ngee
Isi ayam dipotong kecil
4 ulas bawang putih
5 biji api - ikut suka
3 sudu sos tiram
Kailan, lobak merah, putik jagung, bunga kobis, lada merah - dipotong agak-agak citarasa
Tepung jagung dibancuh air - untuk pekatkan kuah
1 sudu kecil lada sulah dan garam
Sedikit bawang goreng dan daup sup untuk hiasan

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan goreng hingga kuning dan naik bau serta masukkan ayam selepas itu

2. Bila ayam dah masak masukkan sos tiram dan goreng seketika. Selepas itu, masukkan air rebusan ayam mengikut keperluan

3. Bila dah mendidih masukkan lobak dahulu

4. Kemudian baru letakkan sayuran yang lainn. lada sulah, garam dan tepung jagung untuk pekatkan kuah

5. Kacau dan setelah kuah masak boleh dihidangkan panas-panas 

6. Akhir sekali, taburkan bawang goreng dan daun sup... Siap^_^

Horey dah boleh makan bersama seisi keluarga... pasti sedap hingga meleleh!

 



Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.