AHMAD ARYAN AL FATEH 1 TAHUN

Wednesday, February 10, 2016 0 Comments A+ a-

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Ahmad Aryan Al Fateh
Allah selamatkan kamu

Besday boy hari ini anak ibu dah berusia 1 tahun kini. Masih ingat lagi saat ini setahun yang lalu 35 minggu Klinik Farabi tak nak ambil kita bersalin kesana dengan alasan tidak cukup minggu. Masa itu bersabarlah pelbagai perasaan bercampur baur bila ke HTAA.

Dalam hati macam2 doa ibu baca... ternyata Allah swt permudahkan kita sayang. Allah swt salurkan insan2 yang baik dan sabar untuk ibu melahirkan Al Fateh. Ibu juga percaya saat ibu tengah sakit itu sebelum ke HTAA daddy sempat singgah ke Masjid Permatang Badak Lama hulurkan sedikit sedekah untuk anak2 tahfiz dan mohon doakan proses kelahiran ibu ketika itu selamat dan cepat.

Seawal dari perut ibu, sejak ibu tahu kamu ada ibu dah panggil kamu Al Fateh. Ibu berkongsi minat yang sama dengan jatuh cinta akan bait2 selawat dari Habib Syech Aseegaf dan sering berdoa moga ada masa nanti kamu ditahniq dengan Habib Syech Aseegaf.

Kamu insan terpilih nak... kamu dapat ditahniq dengan Habib Syech Aseegaf tempoh hari. Dari perut lagi ibu selalu cakap Al Fateh minum susu ibu yea sayang. Izinkan ibu menyusu kamu penuh yea sayang... alhamdullilah Allah swt bagi. Hari2 ibu programming dengan izin Allah swt sehingga kini kamu menyusu dari ibu.

Dulu ibu ingat ibu tak mampu bila abang2 kamu ibu tidak berjaya berbuat bergitu... Ya Allah sayang kamu melengkapi hidup ibu, daddy, abang uwais dan abang ukail. Kamu anak yang sangat beruntung kerana ibu jaga kamu tanpa berpisah langsung. Tak pernah kena tinggal kan... hihi! Alhamdullilah perniagaan ibu sekarang sudah berubah. Bukan macam dulu lagi.

Al Fateh... doa ibu sentiasa bersama kamu. Ibu doakan semua hero2 anak ibu berjaya didunia dan diakhirat. Jadi anak yang soleh dan taat pada Allah swt, Rasullulah, ibu dan daddy. Terima kasih sayang hadir dalam hidup ibu.

#DeyanaHatazad