Showing posts with label PROJEK JALINAN KASIH :). Show all posts
Showing posts with label PROJEK JALINAN KASIH :). Show all posts

MALAM TAHUN BARU 2016

Selamat datang tahun 2016. Selamat tinggal tahun 2015. Terima kasih berikan banyak perkara yang best2 dan menyeronokkan sepanjang tahun 2015. Suka dan duka seta susah dan senang dilalui bersama. 
Apa yang mengembirakan apabila hajat saya untuk mengadakan majlis Kuantan Berselawat untuk program amal Projek Jalinan Kasih menjadi kenyataan dengan keizinan Allah swt. Tahun 2014 impian ini tidak menjadi dan inilah hikmahnya untuk tahun ini.
Alhamdullilah sedaya upaya untuk menjayakannya. Rezeki dapat bekerjasama bersama Tuan Hamizi Indin pengasas Kembara Selawat. Beliau yang banyak membantu sebenarnya. Hihihi
Gembira sangat sebab matlamatnya adalah untuk orang2 Pahang hadir ke majlis taman2 syurga di malam tahun baru dari seperti tahun2 sebelum ini. Lakukan sesuatu yang berbeza.
Benar kata habib^_^ hanya mereka2 yang terpilih sahaja yang bisa hadir ke majlis selawat ini untuk berusaha dapatkan syafaat Rasullulah.
Mereka2 ini yang Allah swt gerakkan hatinya untuk hadir. Bagaimana cabarannya pasti dibantu Allah swt. Alangkah beruntungnya...
Jom kita mulakan tahun baru ini dengan azam baru dan matlamat baru... moga 2016 ini akan menjadikan kita insan yang luar biasa. AMIN
Layan pic dulu yea... ^_^ assalamualaikum...










 

SOLAT DHUHA BERSAMA ANAK SYURGA

5hb lepas hari Ahad yang indah sangat sebab cuaca tak panas jadi sangat sesuai untuk program Solat Dhuha bersama anak2 yatim di Permata Insyirah, Kuantan. 

Dah lama tak berkunjung ke sana kerana kesihatan mengandung dan bersalin. Rindu dengan anak2 disana. Rindu adik angkat.

Jadi terus whatapps umi beberapa hari sebelumnya untuk tanyakan tarikh itu anak2 ada di sana ada ke tidak.

Izin Allah, anak2 ada bukan minggu balik ke rumah keluarga. Seperti biasa suka ajak sahabt2 yang hendak sama2 hadir dan menyumbang.

MasyaAllah rezeki Allah bagi, syukur sahabat2 #ProjekJalinanKasih yang sangat2 pemurah titipkan makanan dan minuman tambahan. Sahabat2 yang datang luangkan masa sangat2 dihargai.

Ketika itu seronok sangat luangkan masa dengan mereka kebetulan pelajar2 Uniten Muadzam Shah turut serta bermain sukaneka.

Anak2 syurga di Permata Insyirah suka sangat melayan abang uwais, abang ukail dan adik Al Fateh. Alhamdullilah programming buat anak2 untuk mendidik mereka dari kecil kuasa bersedekah dan bersyukur.

Rezeki juga mentua dan adik2 ipar pun hadir bersama. Inilah program ukhwah dihuuung minggu.

Terima kasih Ya Allah memberi kesempatan ini moga dilain masa kami dapat berikan yang lebih baik kepada mereka... Amin2










MISI #ProjekJalinanKasih KE KELANTAN

Tiada apa yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur kerana punya sahabat yang hebat ini. Sejujurnya empunya badan memang dalam keadaan tidak larat. Namun dengan semangat sahabat lain rupanya dengan izin Allah swt perancangan yang dirancang hanya beberapa hari telah in shaa Allah terlaksana esok dalam MISI #ProjekJalinanKasih KE KELANTAN untuk membantu penduduk Kampung Stong, Kelantan.
Asalnya adalah adik salah seorang team #ProjekaJalinanKasih melawat mentuanya disana. Sebak rasa dada melihat kehidupan keluarga2 yang diuji dengan cabaran banjir. Keluarga mentuanya sendiri rumahnya ampuh dengan air banjir berlumpur paras atap dan kebanyakkan penduduk disitu mengalami situasi dan cabaran yamg sama.
Melihat kalangan keluarganya sendiri yang mengalir air mata, melihat orang kampung datang ke rumah mentuanya bertanyakan beras dan makanan jika ada itulah satu semangat untuk menghantar bantuan ke kampung tersebut. Ibu2  berlari ke arah hilux bantuan bertanyakan susu dan pampers sememangnya tidak mampu dengan hanya sekadar melihat sahaja.
Alhamdullilah walaupun tanpa dana yang besar team #ProjekJalinanKasih dapat mengumpulkan barangan makanan dan keperluan dalam bentuk barangan. Kami asingkan dalam plastik untuk memudahkan sesi agihan dari rumah ke rumah.
Hanya beberapa hari berbekalkan " Just Do It " esok selepas solat jumaat wakil yang dilantik akan ke Kelantan. Doakan perjalanan pergi dan pulang wakil yang diamanahkan.
In shaa Allah usaha ini sangat kecil nanum moga2 menjadi saham akhirat nanti. Percayalah sesungguhnya Allah swt sangat menyayangi umat Rasullulah. Bila kebaikan dan kejahatan kita dinilai mengikut nisbah beruntungnya kita membuat 1 kebaikan kerana Allah swt akan membalas 10 kebaikkan kepada kita ( 1 : 10 ) tetapi bila kita membuat 1 kejahatan...ternyata nisbahnya tetap akan kekal 1 kejahatan.( 1 : 1 )
Bersyukurnya kita kan... nikmat apa lagi yang masih kita mahu dustai. Berbanding kehidupan banjir di Kelantan kita masih bersyukur punya rumah untuk berteduh, punya kereta untuk dipandu, punya keluarha tersayang, punya rumah beratapkan zink, punya rumah untuk berteduh, punya pakaian untuk dipakai, punya makanan untuk dinikmati, punya bantal dan tilam untuk mengalas kepala supaya tidur masih lena...
Mereka disan bagaimana? pejamlah mata dan bayangkan sedikit keperitan untuk kebangkitan mereka... moga2 kita doakan mereka supaya sentiasa kekal bersemangat dari emosi, fizikal dan mental. Moga mereka kembali kepada Allah swt. Moga mereka meletakkan segala pengharapan mereka kepada Allah swt kerana apa yang berlaku adalah izinNya... amin2









BERSAMA TEAM PROJEK JALINAN KASIH PROGRAM BBQ BERSAMA ANAK ANAK YATIM PERMATA INSYIRAH

Sesibuk mana urusan duniawi kita perlu juga luangkan sebahagian masa kita untuk orang lain. Sesungguhnya banyak atau sedikit rezeki yang menjadi bahagian dari kita adalah yang kita memberi...
Percayalah tidak akan jatuh miskinnya atau berkurang walaupun sedikit apabila kita bersedekah. Beri sedikit Allah swt gandakan banyak... beri banyak2 pasti Allah swt gandakan banyak2 cuma bagaimana Allah gandakan itu adalah urusanNya. Malah ia diberi bukan dari segi wang semata tapi dengan pelbagai cara dan bentuknya...
Oleh itu awal bulan November yang lalu team #ProjekJalinanKasih telah pun bercadang untuk program santai2 bersama anak2 syurga di Permata Insyirah. Alhamdullilah akhirnya program berBBQ diadakan dengan lancar... syukur segala urusan dipermudahkan dan anak2 ini oleh Allah swt
Suatu pengalaman luar biasa bila luangkan masa bersama anak2 ini kerana jelas kelihatan di mata mereka... mereka memerlukan kunjungan dari tetamu. Mereka rasa disayangi dan mereka rasa mereka diperlukan...
Ambillah peluang bersama anak2 syurga ini pasti ada sesuatu rasa dihati. Rasa bersyukur dengan setiap apa yan kita miliki. Berapa beruntungnya kita yang masih punya orang tua. Anak2 ini dari kecil telah kehilangan kasih sayang seorang ibu atau ayahnya...
Disaat kita menjenguk mereka, saat itulah mereka dapat menumpang sedikit rasa kasih dan sayang... masayAllah.
Doakan team #ProjekJalinanKasih sentiasa berada dilandasan dalam menambah nilai hidup orang lain. Walaupun sesibuk mana pun in shaa Allah program2 ini terus dilaksanakan.
Moga ia menjadi sebahagian peluang untuk kami rembat pahala untuk dijadikan pencen akhirat nanti. WaAllahualam...



PROJEK JALINAN KASIH #memberitanpabatasan

Entry kali ini hanya untuk bercerita perkongsian yang ramai tertanya tanya kepada saya kenapa saya bersemangat untuk program " Projek Jalinan Kasih "

Sebelum ini saya bermula dengan pernubuhan Komuniti Pahang Alumni DAO adalah membina ukhwah persahabatan bersama alumni DAO dengan impian untuk membuat majlis Malam Cinta Rasul Kuantan Berselawat yang dulunya kali pertama dilaksanakan di bandar Kuantan.

Berbekalkan impian, membina silatutahim impian telah dilaksanakan dengan izin Allah dengan kerjasama dari alumni DAO yang turut serta ketika itu. 11 Mac 2014 alhamdullilah dengan izin Allah hampir 2000 orang yang hadir di majlis taman taman syurga ini. Luar jangkaan kerana kami hanya fikir ketika itu 500 orang pun kami sangat berbesar hati.

Bermula satu perjalanan yang baik... pasti mahu ia diteruskan :) selepas program selawat saya diajak oleh seorang kawan dari Aswaja untuk bersama sama memberi makanan dan minuman percuma setiap hari jumaat. Saya tertarik kerana ia adalah satu sumbangan yang boleh diteruskan...

Bersama ukhwah sedia ada yang masih meneruskan program ini bermulalah setiap hari jumaat kami mengedarkan sumbangan yang dikumpulkan dari kalangan penyumbang. Bagi saya ketika itu, ramai orang nak menyumbang tapi tidak tahu untuk bermula dari mana.

Jadi saya dari awal menerapkan tiada paksaan dalam program ini. Memberi sumbangan luas maksudnya. Jadi siapa yang tiada wang untuk memberi, boleh memberikan masa dan tenaga dan bergitu sebaliknya...

Alhamdullilah semakin minggu semakin ramai yang membantu. Salah satu sebab mengapa saya suka dan sayangkan program ini sebelum melakukannya saya rujuk terlebih dahulu kepada sang guru kerohanian saya. Kenapa rujuk? Sebab tetap ada yang mempertikaikannya.

Dan pesan guru apabila berjemaah, jagalah silaturahim, lantas memberi orang makan dan jemaah yang terlibat bertahajjud... in shaa Allah dengan izin Allah setiap jemaah yang bersama akan dijauhkan dari bala malah Allah meredhainya lagi. MasyaAllah.

Selain itu, ia adalah latihan jiwa mendidik hati. Jika dengan sumbangan kita mengembirakan orang lain pasti Allah akan mengembirakan kita, jika ada hajat kita yang belum kesampaian dan mungkin dengan sumbangan kita ketika itu orang iti benar benar lapar tiada wang maka kita melepaskan hajatnya maka percaya Allah pasti akan memberi apa yang kita hajatkan...

Sebenarnya banyak lagi antara manfaat dan syafaat untuk dikongsi bersama. Kini saya tiada lagi dibawah Komuniti Pahang Alumni DAO. Ia telah diteruskan oleh orang lain. Cuma kini saya bersama jemaah yang sesiapa sahaja boleh bersama untuk turut serta dibawah Projek Jalinan Kasih.

Minggu lepas kebetulannya cuti sekolah... MasyaAllah anak anak turut serta dan menjadi sebahagian program didikan awal mereka untuk belajar.

Sangat menyeronokkan sebenarnya. Rezeki dari Allah hampir 100pax makanan dan minuman diedarkan. Alhamdullilah.

Doakan untuk seterusnya sempena Raya Korban telah memasang impian untuk edarkan 1000pax makanan dan minuman kepada orang ramai. Moga kami boleh mengembirakan lebih ramai orang lain. Inilah The Power Of Giving. More u give more u get back... tidak perlu percaya atau tidak hanya buat pasti anda jua akan merasainya sendiri nikmat dari Allah.

Saya kongsikan gambar pada program jumaat minggu lepas yea... untuk gambar selawat saya akan kongsikan nanti yea... maaf dah lama blog ini bersawang... hihihi moga yang membaca dirahmati dan diberkati Allah swt. AMIN