MISI #ProjekJalinanKasih KE KELANTAN
Tiada apa yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur kerana punya sahabat yang hebat ini. Sejujurnya empunya badan memang dalam keadaan tidak larat. Namun dengan semangat sahabat lain rupanya dengan izin Allah swt perancangan yang dirancang hanya beberapa hari telah in shaa Allah terlaksana esok dalam MISI #ProjekJalinanKasih KE KELANTAN untuk membantu penduduk Kampung Stong, Kelantan.
Asalnya adalah adik salah seorang team #ProjekaJalinanKasih melawat mentuanya disana. Sebak rasa dada melihat kehidupan keluarga2 yang diuji dengan cabaran banjir. Keluarga mentuanya sendiri rumahnya ampuh dengan air banjir berlumpur paras atap dan kebanyakkan penduduk disitu mengalami situasi dan cabaran yamg sama.
Melihat kalangan keluarganya sendiri yang mengalir air mata, melihat orang kampung datang ke rumah mentuanya bertanyakan beras dan makanan jika ada itulah satu semangat untuk menghantar bantuan ke kampung tersebut. Ibu2 berlari ke arah hilux bantuan bertanyakan susu dan pampers sememangnya tidak mampu dengan hanya sekadar melihat sahaja.
Alhamdullilah walaupun tanpa dana yang besar team #ProjekJalinanKasih dapat mengumpulkan barangan makanan dan keperluan dalam bentuk barangan. Kami asingkan dalam plastik untuk memudahkan sesi agihan dari rumah ke rumah.
Hanya beberapa hari berbekalkan " Just Do It " esok selepas solat jumaat wakil yang dilantik akan ke Kelantan. Doakan perjalanan pergi dan pulang wakil yang diamanahkan.
In shaa Allah usaha ini sangat kecil nanum moga2 menjadi saham akhirat nanti. Percayalah sesungguhnya Allah swt sangat menyayangi umat Rasullulah. Bila kebaikan dan kejahatan kita dinilai mengikut nisbah beruntungnya kita membuat 1 kebaikan kerana Allah swt akan membalas 10 kebaikkan kepada kita ( 1 : 10 ) tetapi bila kita membuat 1 kejahatan...ternyata nisbahnya tetap akan kekal 1 kejahatan.( 1 : 1 )
Bersyukurnya kita kan... nikmat apa lagi yang masih kita mahu dustai. Berbanding kehidupan banjir di Kelantan kita masih bersyukur punya rumah untuk berteduh, punya kereta untuk dipandu, punya keluarha tersayang, punya rumah beratapkan zink, punya rumah untuk berteduh, punya pakaian untuk dipakai, punya makanan untuk dinikmati, punya bantal dan tilam untuk mengalas kepala supaya tidur masih lena...
Mereka disan bagaimana? pejamlah mata dan bayangkan sedikit keperitan untuk kebangkitan mereka... moga2 kita doakan mereka supaya sentiasa kekal bersemangat dari emosi, fizikal dan mental. Moga mereka kembali kepada Allah swt. Moga mereka meletakkan segala pengharapan mereka kepada Allah swt kerana apa yang berlaku adalah izinNya... amin2