Showing posts with label RAMADHAN AL-MUBARAK. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN AL-MUBARAK. Show all posts

LITTLE UWAIS TGH HAPPY BERMAIN :)

Hanya sekadar suka-suki jea ibu belikan tanglong dgn lilin ini time shopping raya kat ECM masa awal ramadhan baru2 ini. Luangkan masa sebentar bersama uwais. Bukan main seronoknyer uwais apabila dapat green light bermain di luar pada waktu mlm. Berlari-lari dan melompat-lompat uwais... seronok agaknyer!!! hahaha... kelakar betul anak ibu.

Juz nak kongsikan beberapa pic uwais bermain...::p Layan yea...::~~~^_^









MALAM LAILATURQADAR

Syukur ALHAMDULLILAH... kita telah memasuki fasa yang terakhir di dalam bulan ramadhan. Di mana fasa terakhir ini terdapatnyer mlm LAILATURQADAR. Oleh itu hidupkanlah 10 malam terakhir ramadhan ini dgn ibadat. Moga kita sama-sama berusaha mendapatkan malam LAILATURQADAR kerana pada malam itu doa kita pasti akan dimakbulkan ALLAH S.W.T...

Menghidupkan malam LAILATURQADAR boleh dilakukan dgn solat terawih, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.


اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني


Maksudnya : YA ALLAH! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku


Diantara amalan-amalan yang dilakukan pada 10 malam terakhir ialah :-

1. Mencari malam LAILATURQADAR
Maksud firman ALLAH : " Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam Al-Qadar. Tahukah kamu? Apakah malam Al-Qadar itu? Malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Allah. Mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar" ( Al-Qadr : 1-5 )

2. I'tikaf
I'tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah S.W.T. Perkara-perkara sumat yang dilakukan ketika beri'tikaf ialah dengan memperbanyakkan ibadah sunat sepeti solat, membaca Al-Quran, tasbih, tahmin, takbir, istighfar, selawat dan solat.

3. Solat-solat sunat
Solat tahajud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat. solat witir.


4. Membaca Al-Quran


5. Selawat ke atas Rasullah S.W.T
Maksud sabda nabi S.A.W. :- "Manusia paling utama bersama denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku". ( HR At-Tirmizi )

6. Doa dan Zikir
Maksud sabda Nabi S.A.W. :- "Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang terakhir. Jika kamu sanggup berada diantara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah". ( HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Sama-samalah kita merebut kelebihan dan keistimewaan yang telah diberikan kepada kita. Semoga ramadhan kita pada kali ini memberi lebih keberkatan dan rahmat untuk kita semua kerana belum tentu lagi kita akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Selamat beramal.

P/S :- Dari sumber bacaan blog :)

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI BAZAR RAMADHAN

Assalamualaikum...

Alhamdullilah... selamat berbuka puasa semua... Syukur dpt jugak habiskan puasa sy sampai waktu berbuka td. Hari nie sy berbuka nasi putih, ayam masak merah dan sup sayur... air teh o rasberry ais dan pencuci mulut donut big apple. YA ALLAH... walaupun siang td cuaca panas sy cuba bertahan dan keadaan mmg keletihan... sy pernah baca satu article bahawa untuk melatih anak2 berpuasa boleh bermula dr ibu mengandung... hehehe!!! itu yg menjadi azam sy utk berpuasa penuh tahun ini walaupun dgn keadaan mengandung... HIP!!! HIP!!! HOREY!!!

Tak ada apa yg nak cerita sgt pun juz mengenai suasana di bazar ramadhan. Bazar yg sentiasa menjd pilihan adalah di Bandar Kuantan, berhadapan dgn Masjid Besar. Sebelum ini sy pernah mengambil pengalaman berniaga di bazar ramadhan di sini. Kali pertama sy berniaga nasi tomato dan nasi minyak. Kali kedua pula sy berniaga air... Hehehe!!! seronok ada pengalaman sedemikian... segala kisah pahit, manis, masam dan masin semua dirasai...

Berbalik pd bazar amadhan... kali ini setiap kali berkunjung ke bazar ramadhan juadah2 air yg menjd pilihan utama. Lauk pauk dan kuih-muih biasa2 sahaja... membeli yg perlu sahaja. Cuma tahun ini org yg mejual puding raja kesukaan sy tidak menjual di bazar kali ini. Sedikit terkilan jugaklah... hanya puding raja mereka yg paling sedap. Huhuhu... pelik jugak nape diaorg tak jual sedangkan tahun sebelum ini jualan mereka pasti habis. Walaupun harga puding raja nyer berharga RM5.50 sebekas... org ramai tak kisah sbb mmg sedap... selain puding raja, ada juga jual puding koktail, puding buih dan lain2. Selain itu, padang MPK yg bersebelahan dgn bazar ramadhan sering menjd tumpuan utk family, member2 atau yg bercouple utk berbuka ala2 sempoi di atas padang pada waktu berbuka nanti. Selalunyer mmg penuh dgn org ramai. Ada yg mmg bawa juadah dr rumah atau yg mmg sedia membeli dibazar sahaja. Mmg meriah!!!

Hmmm... okey lah, setakat ini coret2 tentang bazar ramadhan yea... insayallah entry lain cerita lain plak yea :)











P/S : Wajah org berpuasa... jgn ambik kira sgt ek kalau comot :)




NIKMAT PUASA YANG DINIKMATI OLEH KITA DAN DIA :)

Alhamdullilah... esok dah 10 ramadhan seluruh umat islam diseluruh dunia menunaikan ibadat puasa. Bergitu juga sy sekeluarga. Walaupun dalam keadaan berbadan dua sy tetap kuatkan semangat utk memenuhi ibadat puasa selama sebulan. Mmg berbeza pengalaman berbadan dua semasa anak pertama. Time tue sy mmg tak bermasalah... muntah ke? pening ke? semua mmg tak ada malah selera makan org kata pantang tengok semua nak makan. Tp kali nie berbeza... walaupun tak pernah muntah2 atau pening2 sy langsung tak ada selera nak makan... apa yg dimakan terasa pahit. Kesian kat suami... dia plak yg habiskan makanan sy... hehehe :)

Sebagai isteri sy masih belum lg memasak utk juadah berbuka utk suami... semua dibeli di bazar secara ala-kadar sahaja... bukan nyer tak nak masak tp keadaan diri sy yg keletihan membuatkan sy tak upaya nak memasak2 nie... Tp ituler kena fahan2 sendiri apabila membeli juadah diluar... tak boleh mengharapkan citarasa yg berkualiti lah kan? Namun bergitu terdetik dihati sy bertapa ramainyer peniaga2 mencari rezeki di bulan yg mulia ini. Bergitu mudah utk kita memilih apa jua juadah semua ada... malah ada antara pembeli yg membeli lebih kerana ikutkan nafsu sehingga berlakunyer pembaziran... tak nak lah cam nie yea... ::p

Marilah kita sama2 muasabah diri kita di bulan ramadhan nie... disaat kita berasa terliur dan membeli berlebeyhan juadah berbuka puasa tp bila dah berbuka kita tak sempat nak merasa dan menyentuh juadah yg kita beli di bazar krn kekeyangan akhirnyer juadah2 itu semua ke tong sampah akhirnyer... andai insan2 di pic2 dibawah ini  melihat makanan2 di tong sampah ini sy percaya mereka akan mengutipnyer dan memakannyer... kesiannyer pada mereka yg kebuluran tp kita senang2 jea membuangnyer... :) jom layan pic2 yg sy kongsikan utk tatapan kita semua ::




P/S : Bayangkan klau negara kita seperti megara mereka... syukur dengan nikmat ALLAH yg tak terhingga ini :)









SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Matahari berzikir, angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu... Semua menyambut datangnya seribu bulan. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada seluruh umat Islam. Marilah sama2 kita melaksanakan rukun islam ini dengan sebaik-baiknya. Selamat berpuasa semua, mudahan puasa kita pada tahun ini lebih diberkati Allah swt. :)