DR AZIZAN OSMAN JUTAWAN KONTROVERSI!!!

Tuesday, October 08, 2013 0 Comments A+ a-

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Selama 5 hari saya bermusafir menghadiri program untuk disekolah oleh jutawan kontroversi no 1 Asia Dr Azizan Osman dalam program Platinum Master Your Business bermula 2hb - 6hb Oktober 2013 di De Plama Hotel, Shah Alam membuatkan saya terfikir apa yang ditipukan oleh Dr Azizan Osman kepada pelajarnya.

Sepanjang masa beliau di dalam kelas menjawab kontervesi sebuah blog kononnya beliau adalah penipu disebabkan salah faham antara seorang guru dengan anak muridnya telah disalah ertikan oleh blogger blog itu. Tanpa blogger itu sedar isu ini telah diselesaikan denganbaik sekali. Saya juga adalah antara yang mendapat coaching dengan Dr Azizan Osman seperti pelajar yang membuat aduan. Alhamdullilah saya mempunyai tarikh-tarikh coaching yang disediakan oleh pihak RICHWORKS.

Sedangkan di dalam kelas saya mencari mananya ilmu yang dicurahkan oleh beliau adalah menipu. Setiap penjelasannya saya terima dengan baik malah sangat baik. Adakah saya yang terlalu dipukau oleh beliau dengan ilmunya kerana yang program ini bukan program pertama saya. Malah ini program kali kelima... Bermula dengan Intensif Jutawan Industri, Train The Trainer, Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan dan Advance Marketing Power. Dasyatnya... Dah banyak lah macam itu saya ditipu!!!

Oh kesian bila ada yang fikir bergitu... Ilmu mana yang tak berbayar^_^ Cuba jelaskan... Mahal pula isunya... Jadi apa salahnya yang harganya dijadikan ukuran. Selama ini yang beliau buatkan seminar percuma tak dikira. Harganya jauh berbeza dengan ilmuan-ilmuan di luar negara yang harganya jauh lebih mahal.

Sebelum ini ada orang memberitahu dia dulu satu kelas dengan Dr Azizan Osman belajar di Singapore. RM 20,000 bayarannya. Jadi apa yang saya dengar masa itu... Itu lagi mahal. Saya lagi tidak mampu. Sekurang-kurang Dr Azizan Osman berusaha untuk menambah nilai dalam kehidupan untuk bangsa melayu dan agama islamnya. Kawan saya menggunakan ilmu itu sendiri guna... Jadi terpulang pilihan masing-masing.

Beliau berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman jatuh bangunnya yang berniaga rugi dan sentiasa rugi tidak berjaya. Buat perbagai perniagaan sering gagal dan terus gagal. Ilmu inilah yang dikongsikan untuk mereka yang tidak sedar apa masalah yang berlaku dalam perniagaannya. Setelah itu ramai jutawan yang dilahirkan oleh beliau. Yang seronoknya jutawan-jutawan ini saya mengenalinya malah ada sebahagian kami menjadi kawan.

Alhamdullilah semejak saya mengenali Dr Azizan Osman saya mendapat kawan-kawan jutawan yang positif pemikirannya, aura yang sangat baik, yang menjaga hubungan dengan ALLAH dengan superb sekali. Mereka semua mengikut ajaran guru... Masya ALLAH apa yang salahnya Dr. Azizan Osman lagi.

Serius saya beritahu tidak kenal maka tidak cinta... sebelum orang di luar sana mencaci dan menghina beliau saya sangat sedih. Sebab beliau guru saya. Beliau mengajar saya tentang kehidupan sebenar. Kenapa saya tidak bahagia sebelum ini, mana kebocoran wang saya sebelum ini, macam mana hubungan saya dengan ALLAH terutamanya yang sebelum ini sangat jauh sekali, mana keberkatan restu dan doa ibu bapa saya, apa makna kekayaan dan kejayaan sebenar yang kita nak dalam perniagaan kita.... Semuanya saya tahu kini. Beliau yang ajar saya semua itu. Jika beliau tidak berkongsi ilmu ini saya sesat di dunia ini.... saya tenggelam di lautan...

Saya tahu beliau kuat dengan menghadapi cabaran ini. Beliau sangat kuat kerana beliau meletakkan segala ueusannya dengan ALLAH. Tak tercalar sedikit pun tohmahan yang diterima. Tapi buat mereka yang berprangsaka buruk pada beliau carilah beliau dipadang Masyar nanti.

Jangan menghukum pencipta ALLAH sesuka hati... Datang lah sendiri menghadiri program beliau sendiri. Kenali beliau. Banyak program percuma yang dihidangkan kepada masyarakat setempat
diserata Semenanjung Malaysia.

Yang terbaru beliau akan adakan program percuma 100% iaitu Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan. Klik disini http://www.magnet2013.com/ Daftar percuma untuk 3 orang. Sedangkan kita sering mendengar tuntutlah ilmu sehingga ke negara China... Datanglah program ini untuk diri sendiri dan dengan niat yang ada mak mencari ilmu.

Saya sentiasa mendokan Dr Azizan Osman sentiasa diberkati dan segala urusannya dipermudahkan. Saya antara yang terpilih mendengar sendiri COPRATE SUMMARY milik beliau, Saya sangat kagum. Usahanya untuk memperbaiki anak bangsanya sangat saya kagumi. 

Waallahualam... Jumpa next entry dan ini antara gambar MYB... Kredit pada https://www.facebook.com/ReezqiCinematograpy







Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.