HARI INI MUSAFIR MENUNTUT ILMU LAGI
Alhamdullilah selepas pulang dari IJI 2013 otak rasa wow!!! macam-macam nak buat... Baliksahaja terus bertindak buat banner dan banting untuk kedai baru yang 2 minggu baru buka. Kami akan laksanakan idea yang guru bagi semasa IJI baru-baru ini.
Selesai tugas semalam, buat kerja-kerja rumah dan bersiap untuk bermusafir lagi pagi ini. In shaa ALLAH doakan perjalanan kami selamat. Kali ini saya pergi bersama kawan dari Kuantan.
Bersyukur dapat keizinan suami untuk menghadiri MASTER YOUR BISNESS ( MYB ) di De Palma esok sehingga 6hb 10 nanti. Memang agak lama tapi itulah perjuangan yang perlu saya selesaikan. Alhamdullilah dapat hadir juga walaupun ada beberapa cabaran.
Saya nak sangat menuntut ilmu untuk course ini kerana perniagaan saya sebelum ini jatuh kerana tiada ilmu perniagaan. Bagaimana nak menjadi usahawan yang lebih banyak masa bersama keluarga, beberapa perniagaan pun perniagaan tetap dijalankan seperti biasa walaupun saya tiada di situ.
Sangat teruja bangun awal pagi ini lunaskan rasa rindu padaNya. Peluk ketat-ketat anak-anak ibu dan keizinan suami ini moga usaha perjuagan saya diberkati dan diredhai olehNya.... In shaa ALLAH... amin