MASYA ALLAH DAH BERSARANG BLOG INI ~ KREW IJI DR AZIZAN 2013
Wah terkejut saya melihat sendiri blog yang dah lama bersawang ini. Dah berapa kali bersawang tidak tahulah. Tapi In Shaa ALLAH lepas ini saya harus konsisten dengan blog saya sendiri. Ini janji saya dengan blog saya. Hehehe... Sejujurnya saya ikut cakap guru saya. Mentor selalu atau dalama mana-mana kelas pasti akan beritahu buat sesuatu harus konsisten.
Ish!!! degil betullah anak murid ini. Ampun guruku... Aku perlukan berkat dan redhamu guru. Alhamdullilah apa yang membahagiakan saya dan suami baru sampai Kuantan malam tadi. Kami bermusafir dari Kuala Lumpur untuk menambah nilai dan membantu peserta-peserta Intensif Jutawan Industri 2013 dari 27-29 September 2013.
Wow sangat hebat dan aura yang luar biasa. Bersyukur buat bangsa melayu yang bersemangat untuk ubah dan perbaiki hidup. Tahniah buat mereka. Seperti biasa mentor tidak loket ilmu. Sentiasa memberi dan memberi.
Alhamdullilah saya berpeluang juga untuk revision semula ilmu-ilmu IJI semula. Banyak yang saya nampak dengan lebih jelas. Apa kuasa tindakan yang saya perlu ambil. Selepas turning point dalam hidup pasti banyak yang saya terlupa. Saya perlu di charges. Saya perlu ingatkan. Saya perlu aura positif wave. Huhu! Penat berlawan dengan biawak-biawak kat luar... Kan
Saya nampak dengan jelas untuk pasaran Cyecah-Cyecah dan kedai yang baru buka 2 minggu. Guru dah bagi cadangan atau idea tentang kedai makan kalau tidak buat memang giler kentang namanya...
YA ALLAH! saya mohon padaNya agar segala urusan saya dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t, Diberi kekayaan, kejayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan di dunia dan akhirat. Redha guru, ibu bapa serta buat wanita redha suami pasti yea...
Okey jom layan kejap gambar-gambar saya bersama insan-insan luar biasa... ^_^