JALAN-JALAN CARI MAKAN DI BAZAR RAMADHAN

Wednesday, August 10, 2011 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Alhamdullilah... selamat berbuka puasa semua... Syukur dpt jugak habiskan puasa sy sampai waktu berbuka td. Hari nie sy berbuka nasi putih, ayam masak merah dan sup sayur... air teh o rasberry ais dan pencuci mulut donut big apple. YA ALLAH... walaupun siang td cuaca panas sy cuba bertahan dan keadaan mmg keletihan... sy pernah baca satu article bahawa untuk melatih anak2 berpuasa boleh bermula dr ibu mengandung... hehehe!!! itu yg menjadi azam sy utk berpuasa penuh tahun ini walaupun dgn keadaan mengandung... HIP!!! HIP!!! HOREY!!!

Tak ada apa yg nak cerita sgt pun juz mengenai suasana di bazar ramadhan. Bazar yg sentiasa menjd pilihan adalah di Bandar Kuantan, berhadapan dgn Masjid Besar. Sebelum ini sy pernah mengambil pengalaman berniaga di bazar ramadhan di sini. Kali pertama sy berniaga nasi tomato dan nasi minyak. Kali kedua pula sy berniaga air... Hehehe!!! seronok ada pengalaman sedemikian... segala kisah pahit, manis, masam dan masin semua dirasai...

Berbalik pd bazar amadhan... kali ini setiap kali berkunjung ke bazar ramadhan juadah2 air yg menjd pilihan utama. Lauk pauk dan kuih-muih biasa2 sahaja... membeli yg perlu sahaja. Cuma tahun ini org yg mejual puding raja kesukaan sy tidak menjual di bazar kali ini. Sedikit terkilan jugaklah... hanya puding raja mereka yg paling sedap. Huhuhu... pelik jugak nape diaorg tak jual sedangkan tahun sebelum ini jualan mereka pasti habis. Walaupun harga puding raja nyer berharga RM5.50 sebekas... org ramai tak kisah sbb mmg sedap... selain puding raja, ada juga jual puding koktail, puding buih dan lain2. Selain itu, padang MPK yg bersebelahan dgn bazar ramadhan sering menjd tumpuan utk family, member2 atau yg bercouple utk berbuka ala2 sempoi di atas padang pada waktu berbuka nanti. Selalunyer mmg penuh dgn org ramai. Ada yg mmg bawa juadah dr rumah atau yg mmg sedia membeli dibazar sahaja. Mmg meriah!!!

Hmmm... okey lah, setakat ini coret2 tentang bazar ramadhan yea... insayallah entry lain cerita lain plak yea :)











P/S : Wajah org berpuasa... jgn ambik kira sgt ek kalau comot :)



Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.