MALAM LAILATURQADAR

Saturday, August 20, 2011 0 Comments A+ a-

Syukur ALHAMDULLILAH... kita telah memasuki fasa yang terakhir di dalam bulan ramadhan. Di mana fasa terakhir ini terdapatnyer mlm LAILATURQADAR. Oleh itu hidupkanlah 10 malam terakhir ramadhan ini dgn ibadat. Moga kita sama-sama berusaha mendapatkan malam LAILATURQADAR kerana pada malam itu doa kita pasti akan dimakbulkan ALLAH S.W.T...

Menghidupkan malam LAILATURQADAR boleh dilakukan dgn solat terawih, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.


اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني


Maksudnya : YA ALLAH! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku


Diantara amalan-amalan yang dilakukan pada 10 malam terakhir ialah :-

1. Mencari malam LAILATURQADAR
Maksud firman ALLAH : " Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam Al-Qadar. Tahukah kamu? Apakah malam Al-Qadar itu? Malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Allah. Mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar" ( Al-Qadr : 1-5 )

2. I'tikaf
I'tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah S.W.T. Perkara-perkara sumat yang dilakukan ketika beri'tikaf ialah dengan memperbanyakkan ibadah sunat sepeti solat, membaca Al-Quran, tasbih, tahmin, takbir, istighfar, selawat dan solat.

3. Solat-solat sunat
Solat tahajud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat. solat witir.


4. Membaca Al-Quran


5. Selawat ke atas Rasullah S.W.T
Maksud sabda nabi S.A.W. :- "Manusia paling utama bersama denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku". ( HR At-Tirmizi )

6. Doa dan Zikir
Maksud sabda Nabi S.A.W. :- "Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang terakhir. Jika kamu sanggup berada diantara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah". ( HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Sama-samalah kita merebut kelebihan dan keistimewaan yang telah diberikan kepada kita. Semoga ramadhan kita pada kali ini memberi lebih keberkatan dan rahmat untuk kita semua kerana belum tentu lagi kita akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Selamat beramal.

P/S :- Dari sumber bacaan blog :)

Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.