Showing posts with label Dr. Azizan. Osman. Show all posts
Showing posts with label Dr. Azizan. Osman. Show all posts
SILATURAHIM :)
SELAWAT FEBUARI RICHWELL ~~~ SHAH ALAM
PRICELESS^_^ #seminar bangkit #masak untuk guru #guru suka # DAO
SUPPORT GURU ~~~ SEMINAR KENALI POTENSI DIRI BANGKIT 2014
Dan boleh juga layan sedutan TV 3... kami ada terselit disitu... hahaha!!! nak masuk TV katakan dapat sikit-sikit itu petanda baik... Kan... LAYAN!
BANGKIT 2014
Seminar Bangkit 2014 kembali... Bangkit untuk advance Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan:) Setiap kali IMKK hadir setiap kali saya terimbau sebelum saya ke IMKK awal bulan 2 tahun lepas. Segalanya bermula di IMKK. MasyaALLAH sangat besar tamparan hebat yang saya terima. Selama ini bekerja keras dari awal pagi ke petang... petang ke lewat malam kembali semula rutin itu setiap hari ternyata sangat sia-sia... Adakah duit makin banyak? Duit boleh simpan? ternyata silap apabila hutang yang terhitung banyaknya...
Mana pergi duit-duit selama ini memang tak pernah fikir langsung sebenarnya rezeki yang ALLAH bagi berkaitan dengan kehidupan sekeliling kita. Dulu saya sangat leka hubungan saya dengan ALLAH... kadang kadang solat kadang kadang alasan tidak sempat, hubungan dengan keramat hidup tidak rapat saudara mara apatah lagi, membenci dan berdendam dengan orang yang menyakiti hati terus hukuminya tanpa maaf, suami ada ibarat asyik nak menang sahaja, anak-anak pun tidak kenal ibu bapanya yang sibuk mencari kewangan... katanya nak memberi kehidupan yang baik buat anak-anak... Sangatlah kan?
Oh ternyata silap, alhamdullilah saya bersyukur ditemukan dengan IMKK ini. Turning point saya sangat berbeza dan saya perlu mengubah segalanya. Rupanya kehidupan saya dulu telah menjadikan kehidupan yang sangat kesian sebelum IMKK...
Saya terpegun dan teruja dengan program ini apabila ibarat menampar muka sendiri... Ya ALLAH banyaknya silap saya... banyaknya dosa saya selama ini yang tanpa saya sedari. Tak dapat dinyatakan apa yang saya rasa cuma apa yang saya kongsikan adalah dari program IMKK lah saya kembali kepada keluarga saya, maafkan orang yang menjadi ppunca kejatuhan saya, memperolehi keberkatan dan restu suami, saya mempunyai produk makanan sambal hitam pahang CYECAH CYECAH dari dahulunya adalah katering, mempunyai kualiti masa bersama suami dan anak-anak, dahulu berniaga tanpa ilmu dan kini dengan ilmu yang ada saya gunakan untuk menambah nilai orang lain, perniagaan sangat sangat terlajak laris sampai tak cukup stok dan menjadikan saya huru hara, telah buat planning pembayaran hutang yang konsisten, dapat sahabat baru yang sangat positif dan apa sahaja dalam kehidupan saya berubah mengikut turning point saya.
Saya sangat sukakan kehidupan saya sekarang, menghargai setiap insan disekeliling saya, apa jua yang berlaku cabaran saya pasti " switch " kerana percaya pasti ada hikmahnya, apa juga kata-kata negetif yang diterima dan saya pasti memaafkan serta mendoakan ALLAH bantu saya, sangat berbeza bila berniaga dengan ilmu bukannya langgar dinding... Tahu tak? saya mulakan CYECAH CYECAH dengan modal tidak sampai RM300.00 sekarang alhamdullilah permulaan yang baik untuk tahun 2014 ini selepas cabaran banjir.
Apa-apa sahajalah lebih baik ualls rasai sendirilah pengalaman ini... Saya jamin IMKK tidak akan merugikan pelaburan ilmu ualls. Jaminan 200% terbaik sepanjang program " kursus " yang pernah dihadiri. Jika hati keras lagi nak datang yang berbayar... Hahaha!!! Datanglah yang 100% percuma yang berhampiran dengan ualls. Tidak perlu beri alasan okey!!! tepuk dada tanya diri sendiri lah!!! Saya kongsikan link ini untuk ualls... Jadi apapun terpulang pada ualls nak pilih pilihan yang mana okey... Jom klik disini:- http://www.bangkit2014.com/ dan layan video ini testimoni saya sendiri untuk IMKK Disember 2013^_^
DR AZIZAN OSMAN JUTAWAN KONTROVERSI!!!
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Selama 5 hari saya bermusafir menghadiri program untuk disekolah oleh jutawan kontroversi no 1 Asia Dr Azizan Osman dalam program Platinum Master Your Business bermula 2hb - 6hb Oktober 2013 di De Plama Hotel, Shah Alam membuatkan saya terfikir apa yang ditipukan oleh Dr Azizan Osman kepada pelajarnya.
Sepanjang masa beliau di dalam kelas menjawab kontervesi sebuah blog kononnya beliau adalah penipu disebabkan salah faham antara seorang guru dengan anak muridnya telah disalah ertikan oleh blogger blog itu. Tanpa blogger itu sedar isu ini telah diselesaikan denganbaik sekali. Saya juga adalah antara yang mendapat coaching dengan Dr Azizan Osman seperti pelajar yang membuat aduan. Alhamdullilah saya mempunyai tarikh-tarikh coaching yang disediakan oleh pihak RICHWORKS.
Sedangkan di dalam kelas saya mencari mananya ilmu yang dicurahkan oleh beliau adalah menipu. Setiap penjelasannya saya terima dengan baik malah sangat baik. Adakah saya yang terlalu dipukau oleh beliau dengan ilmunya kerana yang program ini bukan program pertama saya. Malah ini program kali kelima... Bermula dengan Intensif Jutawan Industri, Train The Trainer, Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan dan Advance Marketing Power. Dasyatnya... Dah banyak lah macam itu saya ditipu!!!
Oh kesian bila ada yang fikir bergitu... Ilmu mana yang tak berbayar^_^ Cuba jelaskan... Mahal pula isunya... Jadi apa salahnya yang harganya dijadikan ukuran. Selama ini yang beliau buatkan seminar percuma tak dikira. Harganya jauh berbeza dengan ilmuan-ilmuan di luar negara yang harganya jauh lebih mahal.
Sebelum ini ada orang memberitahu dia dulu satu kelas dengan Dr Azizan Osman belajar di Singapore. RM 20,000 bayarannya. Jadi apa yang saya dengar masa itu... Itu lagi mahal. Saya lagi tidak mampu. Sekurang-kurang Dr Azizan Osman berusaha untuk menambah nilai dalam kehidupan untuk bangsa melayu dan agama islamnya. Kawan saya menggunakan ilmu itu sendiri guna... Jadi terpulang pilihan masing-masing.
Beliau berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman jatuh bangunnya yang berniaga rugi dan sentiasa rugi tidak berjaya. Buat perbagai perniagaan sering gagal dan terus gagal. Ilmu inilah yang dikongsikan untuk mereka yang tidak sedar apa masalah yang berlaku dalam perniagaannya. Setelah itu ramai jutawan yang dilahirkan oleh beliau. Yang seronoknya jutawan-jutawan ini saya mengenalinya malah ada sebahagian kami menjadi kawan.
Alhamdullilah semejak saya mengenali Dr Azizan Osman saya mendapat kawan-kawan jutawan yang positif pemikirannya, aura yang sangat baik, yang menjaga hubungan dengan ALLAH dengan superb sekali. Mereka semua mengikut ajaran guru... Masya ALLAH apa yang salahnya Dr. Azizan Osman lagi.
Serius saya beritahu tidak kenal maka tidak cinta... sebelum orang di luar sana mencaci dan menghina beliau saya sangat sedih. Sebab beliau guru saya. Beliau mengajar saya tentang kehidupan sebenar. Kenapa saya tidak bahagia sebelum ini, mana kebocoran wang saya sebelum ini, macam mana hubungan saya dengan ALLAH terutamanya yang sebelum ini sangat jauh sekali, mana keberkatan restu dan doa ibu bapa saya, apa makna kekayaan dan kejayaan sebenar yang kita nak dalam perniagaan kita.... Semuanya saya tahu kini. Beliau yang ajar saya semua itu. Jika beliau tidak berkongsi ilmu ini saya sesat di dunia ini.... saya tenggelam di lautan...
Saya tahu beliau kuat dengan menghadapi cabaran ini. Beliau sangat kuat kerana beliau meletakkan segala ueusannya dengan ALLAH. Tak tercalar sedikit pun tohmahan yang diterima. Tapi buat mereka yang berprangsaka buruk pada beliau carilah beliau dipadang Masyar nanti.
Jangan menghukum pencipta ALLAH sesuka hati... Datang lah sendiri menghadiri program beliau sendiri. Kenali beliau. Banyak program percuma yang dihidangkan kepada masyarakat setempat
diserata Semenanjung Malaysia.
Yang terbaru beliau akan adakan program percuma 100% iaitu Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan. Klik disini http://www.magnet2013.com/ Daftar percuma untuk 3 orang. Sedangkan kita sering mendengar tuntutlah ilmu sehingga ke negara China... Datanglah program ini untuk diri sendiri dan dengan niat yang ada mak mencari ilmu.
Saya sentiasa mendokan Dr Azizan Osman sentiasa diberkati dan segala urusannya dipermudahkan. Saya antara yang terpilih mendengar sendiri COPRATE SUMMARY milik beliau, Saya sangat kagum. Usahanya untuk memperbaiki anak bangsanya sangat saya kagumi.
Waallahualam... Jumpa next entry dan ini antara gambar MYB... Kredit pada https://www.facebook.com/ReezqiCinematograpy
MASYA ALLAH DAH BERSARANG BLOG INI ~ KREW IJI DR AZIZAN 2013
Wah terkejut saya melihat sendiri blog yang dah lama bersawang ini. Dah berapa kali bersawang tidak tahulah. Tapi In Shaa ALLAH lepas ini saya harus konsisten dengan blog saya sendiri. Ini janji saya dengan blog saya. Hehehe... Sejujurnya saya ikut cakap guru saya. Mentor selalu atau dalama mana-mana kelas pasti akan beritahu buat sesuatu harus konsisten.
Ish!!! degil betullah anak murid ini. Ampun guruku... Aku perlukan berkat dan redhamu guru. Alhamdullilah apa yang membahagiakan saya dan suami baru sampai Kuantan malam tadi. Kami bermusafir dari Kuala Lumpur untuk menambah nilai dan membantu peserta-peserta Intensif Jutawan Industri 2013 dari 27-29 September 2013.
Wow sangat hebat dan aura yang luar biasa. Bersyukur buat bangsa melayu yang bersemangat untuk ubah dan perbaiki hidup. Tahniah buat mereka. Seperti biasa mentor tidak loket ilmu. Sentiasa memberi dan memberi.
Alhamdullilah saya berpeluang juga untuk revision semula ilmu-ilmu IJI semula. Banyak yang saya nampak dengan lebih jelas. Apa kuasa tindakan yang saya perlu ambil. Selepas turning point dalam hidup pasti banyak yang saya terlupa. Saya perlu di charges. Saya perlu ingatkan. Saya perlu aura positif wave. Huhu! Penat berlawan dengan biawak-biawak kat luar... Kan
Saya nampak dengan jelas untuk pasaran Cyecah-Cyecah dan kedai yang baru buka 2 minggu. Guru dah bagi cadangan atau idea tentang kedai makan kalau tidak buat memang giler kentang namanya...
YA ALLAH! saya mohon padaNya agar segala urusan saya dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t, Diberi kekayaan, kejayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan di dunia dan akhirat. Redha guru, ibu bapa serta buat wanita redha suami pasti yea...
Okey jom layan kejap gambar-gambar saya bersama insan-insan luar biasa... ^_^
BERANI BERNIAGA 2013
Assalamualaikum w.b.t
Semangat dalam diri yang menanti 30 Mac 2013 hari Sabtu ini untuk menghadiri Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Bersama Warga Industri 1 Malaysia di Arabian Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Bertajuk " BERANI BERNIAGA 2013 " adalah perkenalan kepada umum untuk program beliau yang saya amat-amat nanti iaitu Advance Marketing Power yang dijangka pada awal bulan Mei nanti.
Bahang aura beliau kian terasa kerana diri pemilik blog ini semenjak-menjak ini agak lemau... hehe!!! bukan lemau mana pun cuma terasa rindu sebenarnya setiap kali berada di dalam program beliau terasa sangat enegy yang berbeza dan aura yang luar biasa...
Mungkin orang akan berkata saya terlalu taksub dengan beliau... jangan berprasangka yang tidak baik... in shaa Allah untuk entry akan datang saya akan kongsikan pengalaman saya menyertai program beliau. Jadi hari ini saya kongsikan fakta mengenai Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Bersama Warga Industri 1 Malaysia.
Beliau telah membantu lebih 300,00 0 peserta yang dihadiri daripada perlbagai kalangan usahawan, pengarah syarikat, kakitangan kerajaan atau swasta untuk mempelajari tentang ilmu strategi dan rahsia bagaimana membina perniagaan yang mencapai tahap luar biasa dengan 5 perkara penting:-
a) Bagaimana meningkatkan ramai pelanggan baru dalam masa yang singkat kurang dari 7 hari.
b) Bagaimana meningkatkan jumlah jualan lebih 300% atau 3 kali ganda dalam masa yang singkat.
c) Bagaimana meningkatkan tahap keuntungan syarikat/ perniagaan.
d) Bagaimana membuatkan perniagaan anda dikenali dan dapat dicari dengan mudah pelanggan
e) Bagaimana membuatkan pelanggan sentiasa mahukan produk atau servis yang diberikan.
Oleh itu, saya amat-amat menggalakan anda hadir ke majlis ilmu yang sedemikian yang programnya sepanjang hari secara 100% percuma.... Tak nak percaya tidak apa... tapi buat sahaja. Ngeeee...
Bagi yang masih tercari-cari link program ini untuk pendaftaran, boleh datang melawat di www.BeraniBerniaga.com atau boleh membaca kisah-kisah hebat mereka setelah mengalami perubahan sebelum dan selepas menghadiri program Dr Azizan Osman di facebook Alumni atau Bakal Alumni Program Dr Azizan Osman... serta masih boleh hubungi di talian 019/013-244 22 44 atau 019 2442 400. Oleh itu, kita jumpa lagi di entry akan datang:) Amin!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)
DIRI SAYA
Cerita Deyana
Chenta Hati Ibu ^____^
(16)
2U CATERER'S
(10)
CYECAH CYECAH
(10)
Dr. Azizan. Osman
(9)
IM in love with cooking
(9)
produk GAMAT EMAS
(8)
SPECIAL DAY :)
(6)
DAIRY tentang kehidupan
(5)
PROJEK JALINAN KASIH :)
(5)
RAMADHAN AL-MUBARAK
(5)
fabulous food
(3)
Hot movie :)
(2)
I'M Pregnant :)
(2)
Komuniti PAHANG
(2)
USAHANITA
(2)
tudung FAREEDA
(2)
CRAZIE NUTZ
(1)
EMBUN KASEH SPA :)
(1)
FASHION :)
(1)
FIRST TIME
(1)
Jualan Hebat
(1)
LIFERICH:)
(1)
Me^_^
(1)
NAK KAYA :)
(1)
PREGNANCY
(1)
Rahsia Menuju Redha Allah
(1)
SYAWAL :)
(1)
Suke suki
(1)
Taman Syurga
(1)
UTUSAN
(1)
Vitamin Minda
(1)
Zehra Ufaira Uniq
(1)
kata-kata HIKMAH
(1)
Nuffnang
Pos Terhangat
-
Thanks to ALLAH... alhamdullilah rezeki kami kebelakangan nie mencurah-curah... Ini berkat kesabaran kami yang menghadapi ujian hidup bebe...
-
Alhamdullilah dan bersyukur dengan segala nikmat ALLAH... beberapa hari ini saya diberi cabaran apabila produktion sambal hitam pahang kami...
-
ASSALAMUALAIKUM W.B.T... Selama 5 hari saya bermusafir menghadiri program untuk disekolah oleh jutawan kontroversi no 1 Asia Dr Azizan ...
-
Kelmarin hari ahad 16 Febuari 2014 saya dan suami beserta 2 sepupu bermusafir sekejap di Kuala Lumpur dengan niat utama untuk menuntut ilmu...
-
Assalamualaikum w.b.t... Apa benda pula CYECAH-CYECAH itu rupanya??? Tak pernah kenallah lagipun nama pun CYECAH-CYECAH. Apa ke bendany...
Subscribe Deyana
Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.


































