BANGKIT 2014

Friday, February 14, 2014 0 Comments A+ a-



Seminar Bangkit 2014 kembali... Bangkit untuk advance Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan:) Setiap kali IMKK hadir setiap kali saya terimbau sebelum saya ke IMKK awal bulan 2 tahun lepas. Segalanya bermula di IMKK. MasyaALLAH sangat besar tamparan hebat yang saya terima. Selama ini bekerja keras dari awal pagi ke petang... petang ke lewat malam kembali semula rutin itu setiap hari ternyata sangat sia-sia... Adakah duit makin banyak? Duit boleh simpan? ternyata silap apabila hutang yang terhitung banyaknya...

Mana pergi duit-duit selama ini memang tak pernah fikir langsung sebenarnya rezeki yang ALLAH bagi berkaitan dengan kehidupan sekeliling kita. Dulu saya sangat leka hubungan saya dengan ALLAH... kadang kadang solat kadang kadang alasan tidak sempat, hubungan dengan keramat hidup tidak rapat saudara mara apatah lagi, membenci dan berdendam dengan orang yang menyakiti hati terus hukuminya tanpa maaf, suami ada ibarat asyik nak menang sahaja, anak-anak pun tidak kenal ibu bapanya yang sibuk mencari kewangan... katanya nak memberi kehidupan yang baik buat anak-anak... Sangatlah kan?

Oh ternyata silap, alhamdullilah saya bersyukur ditemukan dengan IMKK ini. Turning point saya sangat berbeza dan saya perlu mengubah segalanya. Rupanya kehidupan saya dulu telah menjadikan kehidupan yang sangat kesian sebelum IMKK...

Saya terpegun dan teruja dengan program ini apabila ibarat menampar muka sendiri... Ya ALLAH banyaknya silap saya... banyaknya dosa saya selama ini yang tanpa saya sedari. Tak dapat dinyatakan apa yang saya rasa cuma apa yang saya kongsikan adalah dari program IMKK lah saya kembali kepada keluarga saya, maafkan orang yang menjadi ppunca kejatuhan saya, memperolehi keberkatan dan restu suami, saya mempunyai produk makanan sambal hitam pahang CYECAH CYECAH dari dahulunya adalah katering, mempunyai kualiti masa bersama suami dan anak-anak, dahulu berniaga tanpa ilmu dan kini dengan ilmu yang ada saya gunakan untuk menambah nilai orang lain, perniagaan sangat sangat terlajak laris sampai tak cukup stok dan menjadikan saya huru hara, telah buat planning pembayaran hutang yang konsisten, dapat sahabat baru yang sangat positif dan apa sahaja dalam kehidupan saya berubah mengikut turning point saya.

Saya sangat sukakan kehidupan saya sekarang, menghargai setiap insan disekeliling saya, apa jua yang berlaku cabaran saya pasti " switch " kerana percaya pasti ada hikmahnya, apa juga kata-kata negetif yang diterima dan saya pasti memaafkan serta mendoakan ALLAH bantu saya, sangat berbeza bila berniaga dengan ilmu bukannya langgar dinding... Tahu tak? saya mulakan CYECAH CYECAH dengan modal tidak sampai RM300.00 sekarang alhamdullilah permulaan yang baik untuk tahun 2014 ini selepas cabaran banjir.

Apa-apa sahajalah lebih baik ualls rasai sendirilah pengalaman ini... Saya jamin IMKK tidak akan merugikan pelaburan ilmu ualls. Jaminan 200% terbaik sepanjang program " kursus " yang pernah dihadiri. Jika hati keras lagi nak datang yang berbayar... Hahaha!!! Datanglah yang 100% percuma yang berhampiran dengan ualls. Tidak perlu beri alasan okey!!! tepuk dada tanya diri sendiri lah!!! Saya kongsikan link ini untuk ualls... Jadi apapun terpulang pada ualls nak pilih pilihan yang mana okey... Jom klik disini:- http://www.bangkit2014.com/ dan layan video ini testimoni saya sendiri untuk IMKK Disember 2013^_^


Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.