KOMUNITI PAHANG ~ PROGRAM MAJLIS CINTA RASUL BERSELAWAT BERSAMA ALMAWLID
Malam malam ini nak juga kongsikan prasaan gembira saya apabila salah satu 101 impian saya untuk mengadakan majlis berselawat dengan izin ALLAH akhirnya bakal tertunai pada 11 Mac 2014. Kenapa membuatkan hati saya berbunga bunga adalah salah satunya hajat ini telah lahir lewat bulan 11 tahun lepas... In shaa ALLAH kita akan bersama Al Mawlid ntuk selawat bersama nanti.
Ketika itu apabila saya war warkan hajat saya pada keadaan sekeliling ia disambut dengan sinis dan tiada respon yang positif. Sedih sangat masa tue sekejap ... boleh lah satu lagu main biola!!! hahaha
Saya nak buat sangat majlis selawat ini... sebab saya dah jatuh cinta sangat^_^ terpegun saya buat kali pertama apabila saya mendengar sendiri keasyikkan, kesyahduan, keindahan majlis selawat ini di majlis guru saya berbuka puasa bulan Ramadhan tahun lepas...
Wah!!! saya sangat feeling time tue. Ada yang bertanya bagaimana kami boleh mulakan perniagaan Cyecah Cyecah? Haaa... di majlis selawat itu saya dan suami berdoa kepadaNya supaya ketemukan kami perniagaan yang terbaik buat kami... Perniagaan yang akan mudah dikenali dan orang akan jatuh cinta dengan produk kami... Seeee!!! Balik dari majlis selawat itulah macam majik!!! terus kami dibukakan jalan untuk perniagaan sambal hitam pahang yang terlajak sedap dan terlajak pedas ini...
Masa itu ualls nak tahu siapa yang dijemput oleh guru saya... Oh ualls Habib Syech Aseegaf tau!!! Wah wah memang serius saya dah jatuh cinta... suaranya MasyaALLAH... SUPERB!!! Ualls cari sendirilah jika ualls tak kenal siapa habib tue... Hihihi
Jadinya terlahirlah KOMUNITI PAHANG untuk alumni DAO disekitar kuantan khususnya untuk bersama berjemaah... Matlamat komuniti kita bergerak secara jemaah untuk program-program sumbangan dan tiada paksaan okey!!! Tanpa sedar saya telah kumpul lebih 20 orang alumni untuk menyumbangkan tenaga atau wang ringgit untuk majlis selawat ini...
Terima kasih sangat sangat pada sahabat komuniti saya yang bekerjasama... tanpa ada ualls agak panjanglah tempoh saya melakukannya bersendirian... Hahaha bersyukur dengan izin ALLAH yang banyak bantu saya untuk semua ini:) Saya buat keputusan untuk buat majlis ini ALLAH dah bagi jalan dengan mudahnya.
Tidak lupa terima kasih kawan saya yang seorang ini dari batu pahat... yang always sentiasa dengan saya saat suka duka... hihihi saat orang lain menjauhkan diri dari saya... Dia masih bersama dengan saya... ini lah teamwork...
In shaa ALLAH semalam meeting kali keempat dan tempatnya telah dipersetujui di Masjid Negeri Kuantan, Pahang yea...^_^ suka sangat... Okey dear gambar tak banyak... jap ek!!! next nanti saya update detail...