KELAS DENGAN FELINNA SANGAT BEST

Wednesday, November 11, 2015 4 Comments A+ a-

1hb November yang lepas memang rezeki saya di saat2 akhir dapat tiket untuk menghadiri program Felinna iaitu Bisnes Cara Kami.
Walaupun agak lewat sampai kerana dari Kuantan, tetapi masih sempat menyedut ilmu pertama yang dikongsikan oleh suami Felinna iaitu Rafie.
Kisah jatuh bangun diawal permulaannya sedikit sebanyak hampir macam saya dan suami.
Apa yang bestnyer adalah bagaimana mereka bangkit. Bagaimana dari kesusahan hidup mereka berubah 360 darjah. Dari akaun yang kosong kini menjadi jutaan. Alhamdullilah rasa sangat bangga dengan usaha mereka suami isteri yang masih berusia 28 tahun ini.
Antara catatan ilmu yang saya perolehi adalah...
REZEKI BERKAT
" Sedikitnya cukup banyaknya boleh diagihkan "
Tanda REZEKI BERKAT
Menderma, bersedekah, mengikuti kuliah, solat berjemaah, mendekati masjid dan lain2 kebaikan serta lihat dari hasil pendapatan kita... jika banyak kebaikan yang boleh dibuat itulah tanda kebaikan
Antara tanda REZEKI TIDAL BERKAT
Kadang2 plan dan idea kita banyak tapi plan dan idea tak jadi
------------------------------------------------------------------
Apa itu REZEKI?
Rezeki bukan sekadar wang semata. Anak, sahabat, makanan dan pengangkutan juga rezeki
Mensyukuri setiap rezeki yang Allah  berikan dengan sentiasa mengucapkan Alhamdullilah... sebanyaknya setiap hari.
Selain itu mereka sangat2 yakin dengan konsep sedekah produk jualan untuk digandakan hasil jualan kita. Jika lihat do page dan fb mereka sentiasa akan laksanakan konsep sedekah ini.
Caranya : untuk dapatkan hasil jualan 1000 pcs produk mereka akan sedekah 100 pcs produk terlebih dahulu. Mereka sangat faham dengan yakin pada Allah swt. Dan usaha ini diteruskan sehingga sekarang. Jadi bolehlah kita sama2 amalkan yea. Moga kita juga pasti berjaya seperti mereka. AMIN
Okey sampai disini dahulu... nanti saya sambung lagi. 
 


Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.

4 comments

Write comments
December 28, 2015 at 2:59 PM delete

Tq kakak chantik:) in shaa Allah kita berkongsi pengalaman yea

Reply
avatar
December 28, 2015 at 2:59 PM delete

Tq kakak chantik:) in shaa Allah kita berkongsi pengalaman yea

Reply
avatar