SAYA DEYANA HATAZAD♡♡♡

Tuesday, October 27, 2015 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum wbt... 

Salam perkenalan buat mereka yang belum mengenali saya dan saya belum menjalinkan kasih persahabatan bersama teman2 baru.

Saya kenalkan diri... saya Deyana Hatazad. Bukan nama sebenar... sekadar nama glamer yang membuatkan diri saya senang dikenali dengan nama itu. Berusia 32 tahun ini. Berasal dari Terengganu dan kini menetap di Kuantan, Pahang. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang kesemuanya lelaki2 yang sangat comel dan aktif.

Saya seorang usahawan yang memulakan perniagaan seawal 15 tahun. SPM tak baik A pun tak ada makanya saya tidak dapat sambung belajar di universiti. Hingga sekarang kaki saya belun lagi berpeluang menjejaki jalan universiti.

Menyesal? Jika ditanya pada usia 20 tahun saya menyesal kerana tak belajar betul2. Jika ditanya sekaang saya bersyukur kerana saya tidak sambung universiti. Saya tidak membazirkan duit orang tua saya untuk sesuatu yang susah bagi saya.

Melalui kehidupan berdikari seawal 20 tahun. Telah mulakan pelbagai perniagaan. Jatuh dan bangun berkali kali. Sehingga saya berkahwin saya dan suami menguruskan perniagaan katering dan kafe.

Itu perniagaan dulu... perniagaan yang bagi saya banyak buat duit banyak juga kebocoran duit. Huhu! Kini saya dan suami memulakan perniagaan sambal hitam pahang selama hampir 2 tahun dengan jenama Cyecah Cyecah.

Perniagaan yang telah design seperti mana saya mahukan. Alhamdullilah pelbagai cabaran segala cabaran diatasi dan dihadapi dengan baik. 

Permulaan kebangkitan kami dalam perniagaan yang telah kami upgrade. Bukan sahaja perniagaan malah diri kami sendiri.

Saya suka akan program2 amal kebajikan. Sehingga hari ini saya banyak melaksanakan program2 kebajikan bersama team2 yang hebat. Sebagai pengasas #ProjekJalinanKasih.

Program ini ada lah sesi saya untuk melatih dan mendidik saya bahawasanya masih ramai diluar sana yang memerlukan.

Saya suka masak dan in shaa Allah boleh masak pelbagai jenis makan cumanya saya memang tak pandai buat kek atau pastri. Saya ada berimpian nak buat belajar dab buat kek dan pastri sendiri... in shaa Allah tunggu yea nanti saya tunjukkan usaha. Hihi:)

Buat masa ini sampai disini dahulu. Jika mahukan sambal hitam pahang boleh whatapps saya 0169320939

Sambal hiam pahang #CyecahCyecah hanya RM10 sahaja berat 130g

In shaa Allah rasa yang sedap dan menyelerakan. Doakan saya yea untuk terus sukses dunia akhirat.

 

Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.