PROGRAM AMAL PROJEK JALINAN KASIH

Saturday, October 17, 2015 0 Comments A+ a-

Kesibukan melanda dengan pelbagai situasi dalam kehidupan... sejak kehadiran Al Fateh keadaan kerja dan rumah telah berubah. Rumah makin riuh dengan emosi ibu melayan 3 anak syurga yang sangat luar biasa soleh ini.
Dalam pada kesibukan itulah ibu masih tetap berusaha untuk laksanakan program bersama masyarakat setempat. Terima kasih Allah swt dengan izinNya idea ini ada dah terus dilaksanakan dari permulaan program amal #LunchForFree
9hb baru2 ini hari33Jumaat telah berjaya laksanakan #LunchForFree dengam izin Allah 1500 pax makanan dan minuman dapat diedarkan hasil sumbangan sabahat2 di facebook, whatapps dan lain2. Sejujurnya jangkaannya luar biasa hebat. 
Bersyukur sangat semuanya urusan dipermudahkan... Alhamdullilah:) terima kasih buat semua sahabat yang menyumbang. Dah macam kenduri orang kahwin ramainya. 
Seronok bila dapat buat sesuatu untuk orang lain. In shaa Allah akan diteruskan dengan #BreakfastForFree setiap Jumaat.
Setiap jumaat akan berada disini.
Tempat : Perhentian Bas Lama Perkarangan Masjid Kuantan
Jam : 9.00 pagi
No tel : 0169320939 untuk pertanyaan boleh whatapps yea:)













Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.