MESYUARAT AGONG USAHANITA NEGERI

Friday, June 20, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dengan izinNya hujung minggu lepas hari yang sangat produktif. Bak kata suami " usaha sungguh " sebabnya kita sibukkan diri berpersatuan. Jalinkan networking dan silaturahim. Ini adalah kali pertama kita sibukkan diri sebab sebelum ini kita tidak berpeluang pun.

Apapun seronok sangat moment ini. In shaa Allah kita suka bersama usahawan usahanita negeri Pahang. Malam 13hb lepas kita nie baru keluar sarang untuk pergi dinner... hihi walaupun tak rancang nak pergi sebab waktu itu program IMKK doc di Seri Kembangan. Sentap kita tak dapat berkhidmat untuk guru. Maafkan saya doc pasti izinNya saya berkhidmat lagi.

Jadinya kita tak lah pakai baju Usahanita yang sepatutnya dipakai. Jadi baju kita disponsor oleh jutawan butik yang sangat baik hati iaitu https://www.facebook.com/lily.balgis?fref=ts macam artis kita malam tue... hihi. Ini pic kita memakai baju dan tudung disponsor.



Dan setelah itu program bersambung esok untuk melantikkan perwakilan yang layak untuk jawatan jawatan bagi menerajui Usahanita selama 2 tahun. Dah nama baru keluar sarang kan? jadi masa mesyuarat kita tidaklah pakai baju purple warna tema Usahanita kan... Huhu

Jadinya kita pakailah yang mana ada tetapi tetap cantik lah kita rasa. Haha... Wow amazing juga situasi semasa perlantikkan berlangsung. Melihat gelagat usahawan usahawan sekalian banyak membuatkan saya belajar berwaktu waktu. Its okey yang lain rahsia yea...

Kita sebagai AJK menguruskan dan membantu proses perjalanan mesyuarat. Kita belajar lagi. Tapi setiap moment jika tak ambil gambar memang tak sah. Bolehlah layan pic pic ini.





Akhirnya majlis 2 hari selesai dengan baik sekali. Usahanita sangat bagus untuk usahawan wanita nak memperolehi networking, apa program yang menambah nilai untuk usahawan. Sebab itu saya masih setia walaupun dah hampir 4 tahun saya bersama Usahanita.

Sekadar nasihat bersama:) apabila kita berpersatuan dari mana sekali pun yang kerajaan atau NGO sama sama semarakkan persatuan dengan matlamat menambah nilai orang lain. Apa manfaat yang kita boleh berikan. Apa sumbangan kita. Bagaimana kita nak memperbanyakkan dana kita untuk program program berkualiti... bukan sibukkan siapa AJKnya atau JKKKKKKKnya. Boleh boleh:) Jom we make this world a better place... Tingkatkan pretasi kurangkan kontoversi... Eceh eceh eceh... Adiossss dari kita ini:)

Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.