SAAT YANG TERBAIK DAN BOLEH PENGSAN:)

Monday, June 23, 2014 0 Comments A+ a-

Saya nak sharing perkara yang paling saya nak sangat berlaku akhirnya diizinkan Allah ia terjadi. Saya sebenarnya menerima whatapps Tok Bak tidak hadirkah saya di selawat Habib Syech Aseegaf di Shah Alam... saya jawab tak tahu pun... Aiyakkk saya pun macam biasa tak boleh jadi nie dan malah hari tersebut bertindan dengan kursus usahawan Amanah Ikhtiar Pahang...
Cakap dengan suami kalau kita pergi terus balik terus okey tak? Yealah suami yang memamdu... saya rasa dekat jea Kuantan ke Kuala Lumpur. Hihihi itu kalau tanya saya lah...
Pukul 4 petang hari sabtu saya skip kursus balik awal... Alhamdullilah sampai juga saya dan suami ke Shah Alam... Malam 1001 berselawat bersama Habib Syech Aseegaf anjuran guru sangat amazing. Tertutup pula tue. Aura superb.
Awal awal lagi dah menangis... Bila guru cakap siapa yang hadir ini adalah sebahagian ahli keluarga dah mengalir air mata. Pesan habib tak perlu cakaplah laju jea airmata... semasa selawat pun tak berhenti... sangat feeling:) bait bait selawat meresap ke dalam halwa telinga nie sampai ke hati.
Ya Allah bersyukur kerana berikan kesempatan nie... beruntungnya saya dan suami. Lepas majlis guru belanja nasi arab pula. Dapat jumpa habib dan guru... Yang best guru sporting sangat. Hihihi
Rasa nak pengsan sekejap sebab seronok tahap maksimun. Balik ke Kuantan jam 3 pagi hati berbunga bunga... Sampai pagi terus sambung kursus balik. Macam tak penat pun... suka sangat... Alhamdullilah








Okey sampai sini yea... nanti sambung lagi :) nak pergi beli barang... Hahaha suami dok hon dah...

Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.