SALAM NUZUL QURAN 2013

Friday, July 26, 2013 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t...

MasyaALLAH... pejam celik pejam celik hari ini telah pun 17 ramadhan kita berpuasa serta hari ini adalah hari istimewa Nuzul Al-Quran... masih belum terlambat saya ucapkan " Selamat Menyambut Ramadhan " buat semua follow blog ini...

Bulan yang penuh barakah dan keredhaanNya adalah masa kita perbanyakkan beyond marketing kita... Pertingkatkan ibadah dan amalam kita. Sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki yang diperolehi walaupun sedikit. Jika perolehi banyak... perbanyakkan lagi dan lagi kesyukuran... Percayalah bahawa ALLAH itu sememangnya adil dalam memberi rezeki...

Jangan dinilai kekurangan pemberian ALLAH pada kita... nilai banyak mana yang kita berikan padaNya sebagai hambanya. Selama ini jika dinilai kita sering alpa padaNya, jauh padaNya dan sering kali tidak menjaga hatiNya adakah ALLAH memberi udara yang berbeza pada kita dengan orang lain... Setiap nafas manusia diberikan secara adil buat hambaNya yang mentaatiNya ataupun tidak...

SubanaALLAH!!! baiknya ALLAH pada kita... sayangnya ALLAH pada kita. Bagi saya bulan ramadhan kali ini adalah yang paling istimewa... Saya ingin bersamaNya dan mengadu padaNya. Saya tidak seperti sebelum ini mengharap pengharapan pada mahklukNya tetapi saya letak segala jiwa raga pengharapan saya kepadaNya

Maha suci ALLAH... perbanyakkan berzikir dan berselawat. Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita serta kehidupan kita juga boleh memberi manfaat kepada orang lain. AMIN^_^


Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.