MALAM TAHUN BARU 2016

Saturday, January 09, 2016 0 Comments A+ a-

Selamat datang tahun 2016. Selamat tinggal tahun 2015. Terima kasih berikan banyak perkara yang best2 dan menyeronokkan sepanjang tahun 2015. Suka dan duka seta susah dan senang dilalui bersama. 
Apa yang mengembirakan apabila hajat saya untuk mengadakan majlis Kuantan Berselawat untuk program amal Projek Jalinan Kasih menjadi kenyataan dengan keizinan Allah swt. Tahun 2014 impian ini tidak menjadi dan inilah hikmahnya untuk tahun ini.
Alhamdullilah sedaya upaya untuk menjayakannya. Rezeki dapat bekerjasama bersama Tuan Hamizi Indin pengasas Kembara Selawat. Beliau yang banyak membantu sebenarnya. Hihihi
Gembira sangat sebab matlamatnya adalah untuk orang2 Pahang hadir ke majlis taman2 syurga di malam tahun baru dari seperti tahun2 sebelum ini. Lakukan sesuatu yang berbeza.
Benar kata habib^_^ hanya mereka2 yang terpilih sahaja yang bisa hadir ke majlis selawat ini untuk berusaha dapatkan syafaat Rasullulah.
Mereka2 ini yang Allah swt gerakkan hatinya untuk hadir. Bagaimana cabarannya pasti dibantu Allah swt. Alangkah beruntungnya...
Jom kita mulakan tahun baru ini dengan azam baru dan matlamat baru... moga 2016 ini akan menjadikan kita insan yang luar biasa. AMIN
Layan pic dulu yea... ^_^ assalamualaikum...










 

Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.