SILATURAHIM :)

Sunday, September 07, 2014 0 Comments A+ a-

Bila melihat kembali gambar gambar sebelum ini maka timbullah rasa rindu dengan setiap masa dan peluang yang Allah berikan.
Rindu berselawat lagi... rasa lama dah menjauh untuk berkumpul bersama sama. Silaturahim perlu dijaga kerana ia membentuk ukhwah yang kuat. Bukan kerana darjat dan taraf...
Sayang bila silaturahim tidak berpanjangan... tapi redha Allah jadikan sesuatu itu dengan baik. Sama ada ia tidak sesuai dengan kita atau kita yang tidak sesuai dengan dia.
Tapi yang pasti jika ia tidak seperti dulu namun silaturahim masih boleh dijaga. Usah putuskan persaudaraan sesama islam. Kita adalah saudara. Biarpun berbeza dari semua segi.
Teruskan apa yang dilakukan asalkan kita gembira dan boleh mengembirakan orang lain. Biasanya dimajlis taman taman syurga ini sangat indah. Moga dapat berselawat lagi.
Ini gambar lama... tersimpan rapi didalam memori kad. Belum sempat berkongsi. Alhamdullilah diberi kesempatan berselawat bersama Habib Syech Aseegaf bersama para habib yang lain.
Malam Cinta Rasul anjuran sang guru #DAO dan jemaah jemaahnya. Sangat awesome. Tidak silap tarikh ini 7hb 6 yang lepas selepas berselawat di Kemaman. Hmmm di Kuantan bila nak buat lagi? Hihihi




Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.