PROJEK JALINAN KASIH #memberitanpabatasan
Entry kali ini hanya untuk bercerita perkongsian yang ramai tertanya tanya kepada saya kenapa saya bersemangat untuk program " Projek Jalinan Kasih "
Sebelum ini saya bermula dengan pernubuhan Komuniti Pahang Alumni DAO adalah membina ukhwah persahabatan bersama alumni DAO dengan impian untuk membuat majlis Malam Cinta Rasul Kuantan Berselawat yang dulunya kali pertama dilaksanakan di bandar Kuantan.
Berbekalkan impian, membina silatutahim impian telah dilaksanakan dengan izin Allah dengan kerjasama dari alumni DAO yang turut serta ketika itu. 11 Mac 2014 alhamdullilah dengan izin Allah hampir 2000 orang yang hadir di majlis taman taman syurga ini. Luar jangkaan kerana kami hanya fikir ketika itu 500 orang pun kami sangat berbesar hati.
Bermula satu perjalanan yang baik... pasti mahu ia diteruskan :) selepas program selawat saya diajak oleh seorang kawan dari Aswaja untuk bersama sama memberi makanan dan minuman percuma setiap hari jumaat. Saya tertarik kerana ia adalah satu sumbangan yang boleh diteruskan...
Bersama ukhwah sedia ada yang masih meneruskan program ini bermulalah setiap hari jumaat kami mengedarkan sumbangan yang dikumpulkan dari kalangan penyumbang. Bagi saya ketika itu, ramai orang nak menyumbang tapi tidak tahu untuk bermula dari mana.
Jadi saya dari awal menerapkan tiada paksaan dalam program ini. Memberi sumbangan luas maksudnya. Jadi siapa yang tiada wang untuk memberi, boleh memberikan masa dan tenaga dan bergitu sebaliknya...
Alhamdullilah semakin minggu semakin ramai yang membantu. Salah satu sebab mengapa saya suka dan sayangkan program ini sebelum melakukannya saya rujuk terlebih dahulu kepada sang guru kerohanian saya. Kenapa rujuk? Sebab tetap ada yang mempertikaikannya.
Dan pesan guru apabila berjemaah, jagalah silaturahim, lantas memberi orang makan dan jemaah yang terlibat bertahajjud... in shaa Allah dengan izin Allah setiap jemaah yang bersama akan dijauhkan dari bala malah Allah meredhainya lagi. MasyaAllah.
Selain itu, ia adalah latihan jiwa mendidik hati. Jika dengan sumbangan kita mengembirakan orang lain pasti Allah akan mengembirakan kita, jika ada hajat kita yang belum kesampaian dan mungkin dengan sumbangan kita ketika itu orang iti benar benar lapar tiada wang maka kita melepaskan hajatnya maka percaya Allah pasti akan memberi apa yang kita hajatkan...
Sebenarnya banyak lagi antara manfaat dan syafaat untuk dikongsi bersama. Kini saya tiada lagi dibawah Komuniti Pahang Alumni DAO. Ia telah diteruskan oleh orang lain. Cuma kini saya bersama jemaah yang sesiapa sahaja boleh bersama untuk turut serta dibawah Projek Jalinan Kasih.
Minggu lepas kebetulannya cuti sekolah... MasyaAllah anak anak turut serta dan menjadi sebahagian program didikan awal mereka untuk belajar.
Sangat menyeronokkan sebenarnya. Rezeki dari Allah hampir 100pax makanan dan minuman diedarkan. Alhamdullilah.
Doakan untuk seterusnya sempena Raya Korban telah memasang impian untuk edarkan 1000pax makanan dan minuman kepada orang ramai. Moga kami boleh mengembirakan lebih ramai orang lain. Inilah The Power Of Giving. More u give more u get back... tidak perlu percaya atau tidak hanya buat pasti anda jua akan merasainya sendiri nikmat dari Allah.
Saya kongsikan gambar pada program jumaat minggu lepas yea... untuk gambar selawat saya akan kongsikan nanti yea... maaf dah lama blog ini bersawang... hihihi moga yang membaca dirahmati dan diberkati Allah swt. AMIN