BERANI BERNIAGA 2013

Tuesday, March 26, 2013 0 Comments A+ a-





Assalamualaikum w.b.t

Semangat dalam diri yang menanti 30 Mac 2013 hari Sabtu ini untuk menghadiri Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Bersama Warga Industri 1 Malaysia di Arabian Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Bertajuk " BERANI BERNIAGA 2013 " adalah perkenalan kepada umum untuk program beliau yang saya amat-amat nanti iaitu Advance Marketing Power yang dijangka pada awal bulan Mei nanti.

Bahang aura beliau kian terasa kerana diri pemilik blog ini semenjak-menjak ini agak lemau... hehe!!! bukan lemau mana pun cuma terasa rindu sebenarnya setiap kali berada di dalam program beliau terasa sangat enegy yang berbeza dan aura yang luar biasa...

Mungkin orang akan berkata saya terlalu taksub dengan beliau... jangan berprasangka yang tidak baik... in shaa Allah untuk entry akan datang saya akan kongsikan pengalaman saya menyertai program beliau. Jadi hari ini saya kongsikan fakta mengenai Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Bersama Warga Industri 1 Malaysia.

Beliau telah membantu lebih 300,00 0 peserta yang dihadiri daripada perlbagai kalangan usahawan, pengarah syarikat, kakitangan kerajaan atau swasta untuk mempelajari tentang ilmu strategi dan rahsia bagaimana membina perniagaan yang mencapai tahap luar biasa dengan 5 perkara penting:-


a) Bagaimana meningkatkan ramai pelanggan baru dalam masa yang singkat kurang dari 7 hari.
b) Bagaimana meningkatkan jumlah jualan lebih 300% atau 3 kali ganda dalam masa yang singkat.
c) Bagaimana meningkatkan tahap keuntungan syarikat/ perniagaan.
d) Bagaimana membuatkan perniagaan anda dikenali dan dapat dicari dengan mudah pelanggan
e) Bagaimana membuatkan pelanggan sentiasa mahukan produk atau servis yang diberikan.
      
Oleh itu, saya amat-amat menggalakan anda hadir ke majlis ilmu yang sedemikian yang programnya sepanjang hari secara 100% percuma.... Tak nak percaya tidak apa... tapi buat sahaja. Ngeeee...

Bagi yang masih tercari-cari link program ini untuk pendaftaran, boleh datang melawat di www.BeraniBerniaga.com atau boleh membaca kisah-kisah hebat mereka setelah mengalami perubahan sebelum dan selepas menghadiri program Dr Azizan Osman di facebook Alumni atau Bakal Alumni Program Dr Azizan Osman... serta masih boleh hubungi di talian 019/013-244 22 44 atau 019 2442 400. Oleh itu, kita jumpa lagi di entry akan datang:) Amin!!!

Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.