MESYUARAT AGONG USAHANITA DAERAH KUANTAN PAHANG 2013

Monday, March 25, 2013 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t...

Suasana petang yang amat tenang buat saya kerana 3 hari lepas agak huru hara dengan katering... Alhamdullilah hari ini dapat menikmati setiap saat dan setiap minit apa yang berlaku hari ini bersama suami dan anak-anak tersayang.

Luangkan masa sebentar bersama suami di Old Town White Coffee di Bandar Kuantan sambil membelek post-post kawan-kawan di Facebook yang agak menyepi sebelum ini. Fikirkan apa untuk diisi di entry ini tentang saya telah menghadiri Mesyuarat Agong Usahanita Daerah Kuantan, Pahang di Megaview Hotel pada 21 Mac 2013 yang lepas.

Kali ke 3 keahlian saya bersama Usahanita Daerah Kuantan adalah dengan tujuan asal untuk bersama-sama usahawan-usahawan wanita di Kuantan untuk berkenalan dan berkongsi pendapat tentang perniagaan yang diusahakan oleh mereka.

Saya juga berkesempatan untuk menghadiri program-program  dikendalikan oleh persatuan ini dan berbangga dapat bersama dalam program ajuran Usahanita. Pandangan mata hati saya amat-amat mengalakkan usahawan-usahawan bumiputera di Kuantan patut menjadi ahli dan yang paling hebat hampir seluruh Malaysia persatuan ini ditubuhkankan mengikut daerah-daerah tempat.

Okeylah, buat yang berminat untuk menjadi ahli Usahanita... yuran tahunan adalah RM 50.00 setiap tahun dan boleh mendapatkan borang dengan Pengerusi Daerah Kuantan iaitu Kak Habsah di Kedai Sinar Ayu beliau atau boleh hubungi beliiau di talian 019-9893040^_^

Hmmmm... seperti biasa nak jugak selitkan pic-pic kan?????? Jadi layan jealah... hehe:) 





pic-pic agak blur... jangan marah yea... layan 1 lagi pic ini... hehe!!! its me:)


Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.