KAMI:)

Thursday, March 14, 2013 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t

Terlalu lama dibiarkan blog ini bersarang tanpa catatan entry terbaru... tanpa pic2 yang menceritakan perjalanan hidup selama ini. Entahlah... kerana terlalu banyak alasan selama ini secara sengaja dibiarkan blog ini sepi tanpa coretan.

Terasa rindu apabila menerjah blog2 lain... wow!!! sangat2 seronok membaca blog ini dan lantas baru tersedar selama ini blog sendiri dibiarkan sepi. Untuk entry ini, terasa ingin memperkenalkan lambang cinta selama 4 tahun ini...

Ahmad Ukail Daniyal... tanpa sedar 10 Mac 2013 lalu telah genap 1 tahun... melalui detik indah bersama dari saat di dalam perut ibu dan kini dapat melihat, merasa, menyentuh anugerah ALLAH ini. Sangat2 teruja dikurniakan 2 cahaya mata yang sangat2 hebat. Maka hidup akan makin ceria dengan Ahmad Ukail Daniyal bersama abangnya Ahmad Uwais Darda'. Ahmad Uwais Darda' kini berusia 4 tahun tahun ini. Sangat bahagia dan sangat gembira bersama mereka... Senyuman mereka, tangisan mereka, gelak tawa mereka adalah pelengkap buat seorang yang bergelar ibu.:)

Sayang
Terlalu banyak kebahagian yang sayang berikan untuk ibu
Dengan setiap yang kecil dan besar sayang lakukan
Ibu bersyukur kerana sayang adalah anak-anak ibu...

Setiap saat ibu pasti ingat kehadiran sayang
Ketika detik gembira
Ketika air mata megalir bahagia
Hingga tiada kata untuk diucapkan...

Ibu bersyukur kepada Nya kerana menganugerahkan sayang pada ibu...
Dan lantas sayang adalah amanah ibu yang ibu berjanji akan menjaga sayang
Kerana sayang adalah harta dunia dan akhirat ibu...

Sayang... ibu sentiasa doakan sayang diberkati... dilindungi oleh Nya
Biarpun lebih dari ibu sendiri
Kerana sayang adalah kesayangan ibu
Yang tidak akan ibu mungkir janji dengan Nya untuk menjagamu...

Amin...

- Deyana Hatazad -









Kasih sayang kami... cinta kami buat selama-lamanya... ^_^


Alhamdullilah dan In Shaa Allah... kita bertemu di next entry... MUAH!!!

Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.