KISAH HARI RAYA AIDILFITRI 2011 :)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yg membaca belog tak seberapa ini. Walaupun dah lama terperap dan bersawang. Iniler yg terjadi akibat kesibukan yg melanda... dan menjadi dalam sejarah hari raya aidilfitri kami 3 beranak tak beraya pun. Masih tersimpan rapi baju raya kami di penyangkut baju. Hehehe... pelik kan? Kami boleh berkurung dalam rumah sambil menonton rancangan raya di astro... WAH!!! tertanya2 di fikiran kami apa maknanyer hari raya???? hanya bermaafan bersalam-salaman, bercium n berlaga-laga pipi tp keesokkannyer buat hal masing2. KAN????
Apa yg berlaku biarlah menjadi rahsia hati... mungkin ada org cakap " tak kan nak terasa kot bukan diaorg sengaja nak buat mcm tue " mmg lah tak sengaja tp tak patut buat bergitu didlm keadaan kami sedemikian rupa. Disaat-saat memerlukan... kami dianiayi :) Kalau untuk memaafkan dah lama kami maafkan dan yg penting tak perlu tunggu hari raya... malah kami tak pernah membenci pun mereka cuma cukuplah antara kita sampai disini... tak perlu bermuka-muka ::p
Tp ituler ragam manusia... apabila kita " something " org akan pandang, akan beramah mesra dgn kita tp bila kita " nothing " org tak akan pandang kita walau sebelah mata, apa yg kita buat semua tak betul... Yang penting kami dibulan Ramadhan yg lepas kami sudah menunaikan kewajibkan sebagai umat islam. Berpuasa, beramal, berzakat tak pernah dilepaskan krn Ramadhan hanya dtg setahun sekali.
Walaupun sayangnyer Ramadhan kali ini tiada gambar family berbaju raya seperti org lain. suasana yang tak semeriah dulu... tp kami tetap rasa bahagia kerana kami sentiasa bersama dan bersatu hati. Susah senang biarlah kami warnai kehidupan kami sendiri...
Sesungguhnyer dengan izin ALLAH kami telah bangkit semula. Syukur kepadaNya yg mendengar rintihan hambanyer yg lemah ini....::~~~^_^ Buat ualls sekali lg diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI dan MAAF ZAHIR BATIN.