SURAT UNTUK SIFU ~ DR AZIZAN OSMAN^_^
Assalamualaikum w.b.t...
Morning ualls dan salam kekayaan, kejayaan dan kebahagian...
Moga anda dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, memperolehi pernigaan yang baik, menjadi penyumbang sedekah yang baik... pagi isnin yang sangat indah saya bersyukur masih bernafas dan bernyawa... saya masih boleh membantu menambah nilai orang lain...
Saya nak berkongsi antara hari yang indah yang berlaku beberapa hari lepas dalam hidup saya... Pintu hati saya digerakkan olehNya untuk saya berkongsi pengalaman hidup saya bersama program Dr. Azizan Osman... Coretan yang ringkas tapi bagi saya sangat bermakna dan saya emailkan coretan itu pada Dr.
Alhamdullilah, paginya Dr membacanya dan sharingkan coretan saya di page beliau... Bonus dan hadiah saya yang sangat bermakna. Jom baca corentan yang saya kongsikan :-
Assalamualaikum w.b.t
Salam sayang buat Dr. Azizan Osman, malam ini hati saya digerakkan olehNya untuk saya berkongsi pengalaman saya bersama Dr. Azizan Osman. Titik tolak saya bermula dengan Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan ( IMKK ). Program yang merubah diri dan hidup saya keseluruhannya.
Program yang memang tidak akan ditemui mana-mana program. Pertemuan pertama saya bersama Dr Azizan Osman semasa Seminar dan Intensif Jutawan Industri. Waktu itu perkongsian ilmu Dr pada saya sangat-sangat luar biasa. Masa itu perniagaan saya adalah dalam bidang catering. Selain itu, saya menguruskan tender –tender 2 kantin kerajaan. Sejujurnya jualan saya untuk tahun 2013 hampir RM 400,000.00. RM 300,000.00 adalah jualan dari Januari hingga November 2012 sahaja.
Tetapi selepas keluar dari program IJI, jualan saya dari akhir November ke akhir Disember adalah RM 100,000.00. Namun bergitu, saya malu untuk berkongsi dengan Dr. kerana saya tidak dapat menyimpan langsung dari hasil jualan saya. Malah hutang makin bertambah. Masa itu saya tidak faham dan saya agak pelik dan tertanya-tanya dalam diri “ Mana pergi duit aku… ”
Setelah itu, saya masih sempat mengikuti program Platinum Dr. iaitu Train The Trainer. Bagi saya sangat-sangat luar biasa. Dari seorang yang gementar untuk bersuara, dari seorang yang menyendiri bila berhadapan dengan orang lain, saya kini berani untuk menghadapi sebarang situasi perniagaan. Saya boleh buat jualan yang luar biasa dengan catering. Bayangkan saya telah mendapat tempahan catering perkahwinan sehingga bulan Jun 2013. Namun masih lagi hasil pendapatan itu tidak cukup. Bila dapat bayaran dari pelanggan sekejap sahaja habis. Saya sangat-sangat keliru, hati tidak tenang dengan hutang peribadi dan hutang bank makin bertambah.
Namun bergitu, segalanya bermula di sini… IMKK saya sangat-sangat rindukan pengalaman bersama program ini. Saya paksa suami saya ikut… Biasalah waktu itu SLV bukan main lagi ligatnya. Saya pergi memang dengan niat untuk berubah dan buat perniagaan saya lagi bagus dan lagi luar biasa.
Memang ternyata Dr. telah buatkan saya bersama suami menangis seperti bayi kecil, saya nampak segalanya dengan jelas. Dalam hati saya terdetik satu perkataan “ Patut lah aku belum berjaya ” YA ALLAH hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang saya rasa. Banyak yang saya tersangkut di tengah jalan sebenarnya. Patutlah kolam saya tidak penuh-penuh…
Saya selama ini banyak yang saya jauhkan diri dari keluarga. Apa yang mereka lakukan pada saya cepat sangat saya ambil hati sehingga menyisihkan diri dari mereka. Ayah saya sendiri hampir 10 tahun saya tidak bersalam dengannya kerana terasa dengannya diusia saya 20 tahun ayah saya tidak menyambut salam saya kerana saya melakukan kesalahan. KERANA ITU,… Ayah mentua saya semasa saya menghadiri IMKK saya dan suami tidak bertegur dengannya kerana ada salah faham dalam urusan pernigaan. KERANA ITU, Ibu saya sendiri saya hanya meminta maaf semasa hari raya sahaja. Bila kadang-kadang ibu menegur saya dan saya tidak setuju saya tak balik rumah agak lama. Merajuk kononya. Saya hanya kadang-kadang ambil berat pada ayah dan ibu saya. HANYA ITU, ibu mentua juga saya tidak layan dengan baik kerana saya tidak tahan dengan kata-katanya apabila menegur saya. KERANA ITU, memang benar KERANA ITU saya jauhkan dirikan saya dari keluarga.
Tidak lagi ahli-ahli keluarga saya yang lain hanya kerana ada yang mengkianati saya, menghina saya, memandang rendah pada saya. KERANA ITU, saya biarkan mereka. Saya tidak sedar yang mereka adalah antara keramat saya. Bergitu juga hubungan saya dengan suami dan anak-anak yang saya rasa saya kurang ambil berat pada mereka oleh kerana kesibukan bekerja. Keluar pagi balik lewat malam. Nak kata tersangkut di Federal Highway saya tinggal di Kuantan… Kan?
Tidak lagi termasuk pakej kebocoran saya, marah, merungut, mengeluh dan yang paling penting saya tidak langsung menjaga hati ALLAH. YA ALLAH!!! Banyak yang tersedar dari kelekaan saya.
Namun itu dulu, selepas IMKK saya tidak berasa gembira dengan perniagaan catering saya walaupun saya cuba untuk bertahan. Lepas keluar IMKK, saya nampak dengan jelas dan yakin saya tolak 2 tender kerajaan yang saya dapat dan catering perkahwinan saya telah selesaikan sampai bulan Jun 2013 sahaja.
Apa yang dapat, banyak perkara. Saya berasa lebih bahagia dengan perniagaan saya sekarang. Kini kepakaran kami adalah membantu anda untuk sentiasa sihat, segar dan berenergy positif sehingga mampu bertenaga sepanjang masa daripada diselubungi mistik dan aura negetif. Perniagaan ini adalah minat saya yang telah lama saya impikan. Saya mempunyai pengalaman kecantikkan spa sewaktu saya bekerja di sebuat spa untuk tempoh yang agak lama. Banyak yang saya pelajari cara mengadunkan bahan-bahan spa seperti lulur, skrub dan lain-lain dengan ilmu yang saya perolehi sana. Saya boleh luangkan masa dengan keluarga. Sangat-sangat indah apabila saya meletakkan keluarga adalah nombor satu dalam hidup saya.
Saya bahagia dengan perniagaan saya sekarang… saya percaya dengan ilmu Advance Marketing Power ( AMP ). Pasti dengan ilmu yang dikurniakan saya percaya akan menjadi luar biasa. In shaa Allah! Saya percaya dengan rezeki Allah. Saya kini tidak lagi meminta pengharapan pada makluk Allah tetapi saya telah ubah sepenuh segala urusan saya... saya meminta pengharapan padaNya. Saya percaya andai tahun lepas saya boleh buat jualan RM 400,000 setahun saya pasti boleh buat lebih dari itu untuk tahun 2013 ini.
Buat mentor saya yang bernama Dr. Azizan Osman terima kasih kerana Dr. sudi memberi ilmu ini kepada saya. Tanpa perkongsian Dr. saya masih dengan diri saya yang dulu… Saya akan lebih banyak kebocoran dan kerugian. Saya doakan Dr. dan keluarga Dr. sentiasa diberkati dan mendapat perlindungan dariNya. Amin^_^
Yang benar,
Deyana Hatazad
Dan ini copy paste kata-kata Dr. Azizan Osman... penghargaan buat saya^_^
Awal pagi ini saya membaca a beautiful email dari salah seorang peserta program kami termasuk IMKK (Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan) Feb 2013 yang lepas. Ia agak menyentuh hati saya dan terus saya share dengan seluruh Richworks betapa sedikit usaha kami dengan izinNya sedikit sebanyak memberikan inspirasi kehidupan kepada mereka yang Allah swt beri hidayah! Saya ingin berkongsi dengan anda diluar sana dan saya doakan anda jumpa titik kebahagiaan anda yang membawa kepada kejayaan penuh keberkatan!
Dan inilah antara komen-komen yang saya terima... sangat-sangat memberi inspirasi pada saya...