MALAM CINTA RASUL KUANTAN BERSELAWAT ~~~ KOMUNITI PAHANG ALUMNI DAO
Amazing kerana ketika itu saya tiada apa apa yang hanya berimpian untuk mengadakan Majlis Malam Cinta Rasul ini di Kuantan tempat membesar sedari usia 20 tahun. Tidak silap saya telah memburu kawan saya Rosliayana hj Rosdan ini dari krew IJI lagi... masa itu kawan saya masih belum bersedia untuk berkongsi lagi dan apa yang saya ingat setiap kali sayan jumpa kawan saya ini saya sentiasa bertanya dan tanya bagaimana nak mulakan majlis selawat ini di Batu Pahat
Tak henti henti usaha bertanya sehinggalah semasa berkhidmat untuk guru di AMP Januari lalu kawan saya ini berkongsi caranya dan saya pula beroleh idea bagaimana untuk menghidupkan enjinnya. MasyaALLAH balik krew AMP saya terus berani bertindak dan menubuhkan Komuniti Pahang Alumni DAO ini dan majlis selawat ini adalah program pertama kami. Alhamdullilah saya punya jemaah yang sangat awesome dan selama sebulan kami bertungkus lumus menjadikan majlis selawat ini sebagai realiti.
Kini tinggal lagi 3 hari... Doakan semua urusan dipermudahkan dan niat kami majlis ini adalah untuk kekasih ALLAH... bertapa gembiranya rasa hati kerana menjadi sebahagian dalam menyediakan platform ini buat julung kali pertama di Masjid Negeri Kuantan, Pahang
Terima kasih buat guru saya dengan segala ilmu yang membuatkan saya boleh melakukan sesuatu yang saya fikir mustahil sebelum ini...
In shaa ALLAH buat guru selepas majlis ini saya kembali berkhidmat di IMKK minggu hadapan... IMKK menjadikan saya yang dilahirkan semula... Sekarang masa untuk saya menyumbang untuk guru dan orang lain.