05 JULAI 2014 - HAPPY BIRTHDAY

Monday, July 07, 2014 0 Comments A+ a-



Kelmarin 5 Julai 2014 genap usia sang suami tercinta 33 tahun. Alhamdullilah bersyukur masih dirai bersama walaupun hanya simple simple sebagai tanda kasih sayang...

Semalam seronok berbuka puasa dengan menu nasi arab orang Kemaman memang thorbaikkkkk... lazat dan lain dari lain

Tuan kedai belanja makan lagi. MasyaAllah beruntungnya rezeki ukangtahun en suami. Beruntunglah... beruntunglah... hihi

Berbual sebentar rindu sangat sebab dah lama tak berjumpa. Terakhir jumpa Majlis Malam Cinta Rasul Kemaman Berselawat tempoh hari.

Dan buat en suami terima kasih atas segala yang dilakukan sebelum ini. Moga kita saling bahagia membahagiakan sehingga ke jannah. Moga en suami terus kaya dan berjaya dunia dan akhirat.


HARI INI RAMADHAN YANG KE 8

Sunday, July 06, 2014 0 Comments A+ a-

Pejam celik pejam celik dah 8 hari berpuasa hari ini untuk tahun 2014. MasyaAllah seronoknya Ramadhan kali ini. Bersyukur dengan setiap nikmat tak terhingga Allah kurniakan.

Ramadhan kali ini saya pertama kali dengan produktion Cyecah Cyecah. Huru hara produktion sepanjang minggu ini. Tidak disangka oleh kami. Terima kasih Ya Allah.

Apa beza Ramadhan kali ini, bezanya walaupun masih dengan suami dan anak anak saya masih boleh menjalankan produktion produk. Masih boleh memupgradekan diri untuk DIA. Masih boleh solat awal waktu dan extra, bersedekah, selawat, memasak dan berbuka bersama keluarga tanpa rasa penat dan lelah... banyak lagi saya boleh buat dan sangat enjoy.

Inilah yang dikatakan modal utama dalam biz bukan wang tapi ilmu, dulu saya sibuk sangat... entah apa apa. Puasa hanya puasa semata mata. Tak faham nak buat extra saham akhirat. 

Sekarang nampak bazar Ramadhan dah fobia kot... hihihi sentap sangat entah apa apa berniaga dulu. Sekarang bagi free sewa pun saya tak nak... kesian saya masa tue baru umur 23tahun.

Sibuk dengan tender sana sini dan sinun tapi tetap kosong kosong kosong hati. Saya bersyukur bila diberi peluang untuk faham erti sebenar. Masih belum terlambat buat saya. Jika tidak saya masih penat terkejar kejar menjadi hamba wang.

Alhamdullilah belum terlambat, moga sama sama kita istoqomah dan fokus apa yang kita lakukan. Pasti kejayaan makin menghampiri. Jom yea:)

Saya doakan Ramadhan kali ini pun yang terbest buat semua. In shaa Allah kita mendapat malam Lailaturqadar... 

Jadi siapa yang nak mendapatkan Cyecah Cyecah sambal hitam pahang terbaik di Pahang atau agen di kawasan jajahan anda
boleh hubungi hot line : 0169327481