KATERING MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN PUAN RUBIAH :)

Saturday, September 10, 2011 1 Comments A+ a-

Rezeki awal syawal... alhamdullilah 2U CATERER'S telah menerima tempahan katering untuk 800pax oleh Pengetua Rumah Anak-Anak Yatim Taman Pengasih Indera Mahkota untuk majlis perkahwinan anak bongsu perempuan beliau pada 3hb September 2011. Menu yang ditempah adalah seperti berikut :-

~ Nasi Beriani Basmathi ~
~ Ayam Goreng Berempah ~
~ Opor Daging ~
~ Dalca Ayam ~
~ Acar Kurma ~
~ Nasi Impit ~
~ Lemang ~
~ Sate Ayam dan Daging ~
~ Rendang Daging ~
~ Puding Triffle ~
~ Buah-buahan ~
~ Air Sirap ~

Senarai menu yang di tempah ini dengan harga RM 11.50 per pax. Berbaloi-baloi kan???? Lengkap dengan meja pengatin, vvip serta vip turut disediakan serta dengan krew2 terlatih dari IKIP. Seronok bekerjasama dgn mereka dan mmg 2U CATERER'S mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan yg terbaik. Antara menu untuk majlis aqad nikah adalah :-

~ Nasi Putih ~
~ Ayam Goreng ~
~ Daging Gulai Kawah ~
~ Sayur Goreng Campur ~
~ Kerabu Ketam ~
~ Sambal Belacan ~
~ Ikan Masin ~
~ Ulam-ulaman ~
~ Buah-buahan ~
~ Air Sirap ~

Menu diatas hanya dgn harga RM6.00 utk 150pax. Bertemakan konsep ungu dan light purple... sebenarnyer rasa amat rugi tak dapat snap pic2 sewaktu berlangsungnyer majlis. Mmg tak cukup tenaga kerja apabila tetamu yang datang tak putus-putus. Terpaksalah tuan punyer katering turut terlibat... sehinggakan ada tetamu yg terkejut time nak minta biz card katering dr krew... apabila dapati tuan punyer katering tgh sibuk mencuci pinggan2 dan gelas2. Hehehe... berkali-kali tetamu tue tanya " betul ke katering awak???? " " awak ke yg bossss???? " nak tergelak pun ada :) tp ituler agaknyer pandangan tetamu2 biasa2 biz katering diuruskan oleh org yg lebih berusia. Kan???

Apabila hampir pkul 6ptg tetamu dah mula kurang... jd barulah bermulanyer kerja2 mengemas. Barulah rasa lega sket dah bolehlah berehat sebentar dan makan yg dr pagi perut sememangnyer kosong. Selesai mengemas dlm pukul 7 barulah selesai keje2 berkemas. Alhamdullilah dengan izin-Nya 2U CATERER'S dapat melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan dengan jayanya.













Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.

1 comments:

Write comments
bukharimalek
AUTHOR
September 23, 2011 at 2:34 AM delete

huh..pekerja kak yana macam gud-gud je..wahahahah
cayalah!

Reply
avatar