SAYA DEYANA HATAZAD♡♡♡

Tuesday, October 27, 2015 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum wbt... 

Salam perkenalan buat mereka yang belum mengenali saya dan saya belum menjalinkan kasih persahabatan bersama teman2 baru.

Saya kenalkan diri... saya Deyana Hatazad. Bukan nama sebenar... sekadar nama glamer yang membuatkan diri saya senang dikenali dengan nama itu. Berusia 32 tahun ini. Berasal dari Terengganu dan kini menetap di Kuantan, Pahang. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang kesemuanya lelaki2 yang sangat comel dan aktif.

Saya seorang usahawan yang memulakan perniagaan seawal 15 tahun. SPM tak baik A pun tak ada makanya saya tidak dapat sambung belajar di universiti. Hingga sekarang kaki saya belun lagi berpeluang menjejaki jalan universiti.

Menyesal? Jika ditanya pada usia 20 tahun saya menyesal kerana tak belajar betul2. Jika ditanya sekaang saya bersyukur kerana saya tidak sambung universiti. Saya tidak membazirkan duit orang tua saya untuk sesuatu yang susah bagi saya.

Melalui kehidupan berdikari seawal 20 tahun. Telah mulakan pelbagai perniagaan. Jatuh dan bangun berkali kali. Sehingga saya berkahwin saya dan suami menguruskan perniagaan katering dan kafe.

Itu perniagaan dulu... perniagaan yang bagi saya banyak buat duit banyak juga kebocoran duit. Huhu! Kini saya dan suami memulakan perniagaan sambal hitam pahang selama hampir 2 tahun dengan jenama Cyecah Cyecah.

Perniagaan yang telah design seperti mana saya mahukan. Alhamdullilah pelbagai cabaran segala cabaran diatasi dan dihadapi dengan baik. 

Permulaan kebangkitan kami dalam perniagaan yang telah kami upgrade. Bukan sahaja perniagaan malah diri kami sendiri.

Saya suka akan program2 amal kebajikan. Sehingga hari ini saya banyak melaksanakan program2 kebajikan bersama team2 yang hebat. Sebagai pengasas #ProjekJalinanKasih.

Program ini ada lah sesi saya untuk melatih dan mendidik saya bahawasanya masih ramai diluar sana yang memerlukan.

Saya suka masak dan in shaa Allah boleh masak pelbagai jenis makan cumanya saya memang tak pandai buat kek atau pastri. Saya ada berimpian nak buat belajar dab buat kek dan pastri sendiri... in shaa Allah tunggu yea nanti saya tunjukkan usaha. Hihi:)

Buat masa ini sampai disini dahulu. Jika mahukan sambal hitam pahang boleh whatapps saya 0169320939

Sambal hiam pahang #CyecahCyecah hanya RM10 sahaja berat 130g

In shaa Allah rasa yang sedap dan menyelerakan. Doakan saya yea untuk terus sukses dunia akhirat.

 

MAMBA CAFE :) SYOKKKK MAKAN DISINI

Sunday, October 25, 2015 0 Comments A+ a-

Beberapa hari lepas en suami ajak makan di satu kedai katanya kopinya yang sedap. Dah namanya pengemar kopi sudah tentu nak mencuba.
Rezeki izin Allah swt lepas hantar sambal hitam pahang #CyecahCyecah diberi kesempatan  singgah untuk menyantap disini
5 bintang tau♡♡♡ lokasi berdekatan dengan bandar, kedai yang simple dan menarik, menu yang awesome serta memgujakan
Harga macam biasa in shaa Allah berpatutan dengan rasanya:)
Hari itu saya dan keluarga menikmati ini...



2 menu ini memang sedap sangat... dengan kopi yang sangat pekat dan manisnya secukup rasa. Hebat!!!


Itu suasana kedainya yang kemaa, unik dan menenangkan... awesomekan??? 
Lepas ini comfirm datang lagi... hihi okey sampai sini jumpa lagi
#DeyanaHatazad

PROGRAM AMAL PROJEK JALINAN KASIH

Saturday, October 17, 2015 0 Comments A+ a-

Kesibukan melanda dengan pelbagai situasi dalam kehidupan... sejak kehadiran Al Fateh keadaan kerja dan rumah telah berubah. Rumah makin riuh dengan emosi ibu melayan 3 anak syurga yang sangat luar biasa soleh ini.
Dalam pada kesibukan itulah ibu masih tetap berusaha untuk laksanakan program bersama masyarakat setempat. Terima kasih Allah swt dengan izinNya idea ini ada dah terus dilaksanakan dari permulaan program amal #LunchForFree
9hb baru2 ini hari33Jumaat telah berjaya laksanakan #LunchForFree dengam izin Allah 1500 pax makanan dan minuman dapat diedarkan hasil sumbangan sabahat2 di facebook, whatapps dan lain2. Sejujurnya jangkaannya luar biasa hebat. 
Bersyukur sangat semuanya urusan dipermudahkan... Alhamdullilah:) terima kasih buat semua sahabat yang menyumbang. Dah macam kenduri orang kahwin ramainya. 
Seronok bila dapat buat sesuatu untuk orang lain. In shaa Allah akan diteruskan dengan #BreakfastForFree setiap Jumaat.
Setiap jumaat akan berada disini.
Tempat : Perhentian Bas Lama Perkarangan Masjid Kuantan
Jam : 9.00 pagi
No tel : 0169320939 untuk pertanyaan boleh whatapps yea:)