KATERING MINUM PAGI UNTUK KOSIHAT
15 OKTOBER 2011... 2U CATERER'S menerima tempahan katering minum pagi untuk KOPERASI KESIHATAN NEGERI PAHANG untuk mesyuarat ahli2 lembaga serta ahli2nyer. Menu yang ditempah untuk 100pax adalah:-
- Nasi Minyak Basmathi
- Ayam Masak Merah
- Acar Mentah
- Mee Hoon Goreng
- Buah-Buahan
- Air Teh o
- Air Fresh Oren
Kerana masa yang sgt2 padat... hanya pic2 ini yg sempat diambil. Lagipun kamera batering tgh KONG!!! lupa nak charges!!! hahaha.... jg JUZ LAYAN yea... :)
happy birthday TO ME :) yang paling bermakna...
DAH LEPAS pun tarikh 14 Oktober 2011... genap usia 28thn. Walaupun usia meningkat tp rasanya tak nampak sgt tua kot... hahaha!!!! berjiwa perasan lah plak!!! Tahun yang amat2 mencabar dilalui oleh aku disaat berusia 28 thn ini... berusaha keras untuk mancari jalan penyelesaian yang dihadapi 2 thn lalu... Bermula awal bulan 3 tahun ini, peluang yang datang tidak dipersia-sia... berbekal semangat, tanpa berputus asa malah langsung malas nak melayan masalah2 sebelum ini... ALHAMDULLILAH!!! aku bangkit dengan usahaku sendiri tanpa bantuan org lain... Dulu mereka seronok bercakap... sekarang senyap seribu bahasa... Aku lagi suka kerana tak perlu nak bersikap " bermuka-muka dengan mereka " n what ever yg diaorg lakukan pd aku... aku tak nak ambik tahu.
Pedulikan... kini aku memperbaiki kehidupan aku bersama suami disaat susah dan senang. Permata hati pengarang jantung anak terunaku yang makin membesar dan kehadiran org baru tahun hadapan menjadi keutamaanku... AKU BAHAGIA bersama insan2 ini. Tak putus2 aku berdoa pada-NYA agar insan2 yg aku cintai dan sayangi ini sentiasa di dalam lindunganNYA...
SYUKUR... perniagaan 2U CATERERS semakin mendapat perhatian... ALHAMDULILAH... tempahan tak putus2 malah aku diberi peluang untuk menguruskan CAFE di HTAA. Moga rezeki ini berterusan... ALLAH makbulkan doa2ku... SYUKUR YA ALLAH... THANK YOU ALLAH...
Tenang rasa hati, bagiku tahun 2011 lah yang paling bermakna buat aku... moga tahun kehadiran ulangtahun akan datang aku masih merasai kebahagian yang aku rasai ini..... :)
SANTAI DI OLD TOWN WHITE COFFEE ::
HUK!!! HUK!!! dah masuk bulan oktober... lamanyer tak melayan berbelog nie. Kesibukan yg teramat tp tetap seronok coz sepanjang bulan september alhamdullilah boleh dikatakan full booking utk katering. Kebetulan plak CAFE SIHAT di HTAA pun turut dibuka... jd byklah persiapan yg diuruskan... :)
Tp ituler... keje2 jugak tp sempat lg merewang merehatkan badan dan minda di OLD TOWN WHITE COFFEE yg baru dibuka di MAHKOTA SQUARE berhadapan dgn MASJID KUANTAN. Nie adalah first time menjejakan kaki ke sini coz ownernyer adalah 100% bumiputera dan beragama islam. Sblm nie mmg tak pernah layan coz was2 tentang HALAL yg sering diperkatakan oleh masyarakat. Jd disini mmg sah2 HALAL... serta staffnyer mmg peramah n servis pun cepat. Ayuh!!! tgk antara menu2 yg diorder n sedappppppp :-
MINUM, MAKAN n TEMPAH KEK UTK BESDAY MY LIL UWAIS :)
JUZ simply cerita for dis entry... sambil hantar makanan dan minuman katering rasa mahu singgah di SECRET RECIPE utk menikmati kek yg sememangnyer sedap2 bersama adik ipar. Hehehe!!!p/s :- cuba teka mana satu kek pilihan besday my lil uwais.... ngeeee!!!
KATERING MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN PUAN RUBIAH :)
Rezeki awal syawal... alhamdullilah 2U CATERER'S telah menerima tempahan katering untuk 800pax oleh Pengetua Rumah Anak-Anak Yatim Taman Pengasih Indera Mahkota untuk majlis perkahwinan anak bongsu perempuan beliau pada 3hb September 2011. Menu yang ditempah adalah seperti berikut :-
~ Nasi Beriani Basmathi ~
~ Ayam Goreng Berempah ~
~ Opor Daging ~
~ Dalca Ayam ~
~ Acar Kurma ~
~ Nasi Impit ~
~ Lemang ~
~ Sate Ayam dan Daging ~
~ Rendang Daging ~
~ Puding Triffle ~
~ Buah-buahan ~
~ Air Sirap ~
Senarai menu yang di tempah ini dengan harga RM 11.50 per pax. Berbaloi-baloi kan???? Lengkap dengan meja pengatin, vvip serta vip turut disediakan serta dengan krew2 terlatih dari IKIP. Seronok bekerjasama dgn mereka dan mmg 2U CATERER'S mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan yg terbaik. Antara menu untuk majlis aqad nikah adalah :-
~ Nasi Putih ~
~ Ayam Goreng ~
~ Daging Gulai Kawah ~
~ Sayur Goreng Campur ~
~ Kerabu Ketam ~
~ Sambal Belacan ~
~ Ikan Masin ~
~ Ulam-ulaman ~
~ Buah-buahan ~
~ Air Sirap ~
~ Ayam Goreng ~
~ Daging Gulai Kawah ~
~ Sayur Goreng Campur ~
~ Kerabu Ketam ~
~ Sambal Belacan ~
~ Ikan Masin ~
~ Ulam-ulaman ~
~ Buah-buahan ~
~ Air Sirap ~
Menu diatas hanya dgn harga RM6.00 utk 150pax. Bertemakan konsep ungu dan light purple... sebenarnyer rasa amat rugi tak dapat snap pic2 sewaktu berlangsungnyer majlis. Mmg tak cukup tenaga kerja apabila tetamu yang datang tak putus-putus. Terpaksalah tuan punyer katering turut terlibat... sehinggakan ada tetamu yg terkejut time nak minta biz card katering dr krew... apabila dapati tuan punyer katering tgh sibuk mencuci pinggan2 dan gelas2. Hehehe... berkali-kali tetamu tue tanya " betul ke katering awak???? " " awak ke yg bossss???? " nak tergelak pun ada :) tp ituler agaknyer pandangan tetamu2 biasa2 biz katering diuruskan oleh org yg lebih berusia. Kan???
Apabila hampir pkul 6ptg tetamu dah mula kurang... jd barulah bermulanyer kerja2 mengemas. Barulah rasa lega sket dah bolehlah berehat sebentar dan makan yg dr pagi perut sememangnyer kosong. Selesai mengemas dlm pukul 7 barulah selesai keje2 berkemas. Alhamdullilah dengan izin-Nya 2U CATERER'S dapat melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan dengan jayanya.
KISAH HARI RAYA AIDILFITRI 2011 :)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yg membaca belog tak seberapa ini. Walaupun dah lama terperap dan bersawang. Iniler yg terjadi akibat kesibukan yg melanda... dan menjadi dalam sejarah hari raya aidilfitri kami 3 beranak tak beraya pun. Masih tersimpan rapi baju raya kami di penyangkut baju. Hehehe... pelik kan? Kami boleh berkurung dalam rumah sambil menonton rancangan raya di astro... WAH!!! tertanya2 di fikiran kami apa maknanyer hari raya???? hanya bermaafan bersalam-salaman, bercium n berlaga-laga pipi tp keesokkannyer buat hal masing2. KAN????
Apa yg berlaku biarlah menjadi rahsia hati... mungkin ada org cakap " tak kan nak terasa kot bukan diaorg sengaja nak buat mcm tue " mmg lah tak sengaja tp tak patut buat bergitu didlm keadaan kami sedemikian rupa. Disaat-saat memerlukan... kami dianiayi :) Kalau untuk memaafkan dah lama kami maafkan dan yg penting tak perlu tunggu hari raya... malah kami tak pernah membenci pun mereka cuma cukuplah antara kita sampai disini... tak perlu bermuka-muka ::p
Tp ituler ragam manusia... apabila kita " something " org akan pandang, akan beramah mesra dgn kita tp bila kita " nothing " org tak akan pandang kita walau sebelah mata, apa yg kita buat semua tak betul... Yang penting kami dibulan Ramadhan yg lepas kami sudah menunaikan kewajibkan sebagai umat islam. Berpuasa, beramal, berzakat tak pernah dilepaskan krn Ramadhan hanya dtg setahun sekali.
Walaupun sayangnyer Ramadhan kali ini tiada gambar family berbaju raya seperti org lain. suasana yang tak semeriah dulu... tp kami tetap rasa bahagia kerana kami sentiasa bersama dan bersatu hati. Susah senang biarlah kami warnai kehidupan kami sendiri...
Sesungguhnyer dengan izin ALLAH kami telah bangkit semula. Syukur kepadaNya yg mendengar rintihan hambanyer yg lemah ini....::~~~^_^ Buat ualls sekali lg diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI dan MAAF ZAHIR BATIN.
LITTLE UWAIS TGH HAPPY BERMAIN :)
Hanya sekadar suka-suki jea ibu belikan tanglong dgn lilin ini time shopping raya kat ECM masa awal ramadhan baru2 ini. Luangkan masa sebentar bersama uwais. Bukan main seronoknyer uwais apabila dapat green light bermain di luar pada waktu mlm. Berlari-lari dan melompat-lompat uwais... seronok agaknyer!!! hahaha... kelakar betul anak ibu.Juz nak kongsikan beberapa pic uwais bermain...::p Layan yea...::~~~^_^
MALAM LAILATURQADAR
Syukur ALHAMDULLILAH... kita telah memasuki fasa yang terakhir di dalam bulan ramadhan. Di mana fasa terakhir ini terdapatnyer mlm LAILATURQADAR. Oleh itu hidupkanlah 10 malam terakhir ramadhan ini dgn ibadat. Moga kita sama-sama berusaha mendapatkan malam LAILATURQADAR kerana pada malam itu doa kita pasti akan dimakbulkan ALLAH S.W.T...
Menghidupkan malam LAILATURQADAR boleh dilakukan dgn solat terawih, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
Maksudnya : YA ALLAH! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku
Diantara amalan-amalan yang dilakukan pada 10 malam terakhir ialah :-
1. Mencari malam LAILATURQADAR
Maksud firman ALLAH : " Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam Al-Qadar. Tahukah kamu? Apakah malam Al-Qadar itu? Malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Allah. Mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar" ( Al-Qadr : 1-5 )
2. I'tikaf
I'tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah S.W.T. Perkara-perkara sumat yang dilakukan ketika beri'tikaf ialah dengan memperbanyakkan ibadah sunat sepeti solat, membaca Al-Quran, tasbih, tahmin, takbir, istighfar, selawat dan solat.
3. Solat-solat sunat
Solat tahajud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat. solat witir.
4. Membaca Al-Quran
5. Selawat ke atas Rasullah S.W.T
Maksud sabda nabi S.A.W. :- "Manusia paling utama bersama denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku". ( HR At-Tirmizi )
6. Doa dan Zikir
Maksud sabda Nabi S.A.W. :- "Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang terakhir. Jika kamu sanggup berada diantara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah". ( HR Abu Daud dan At-Tirmizi )
Sama-samalah kita merebut kelebihan dan keistimewaan yang telah diberikan kepada kita. Semoga ramadhan kita pada kali ini memberi lebih keberkatan dan rahmat untuk kita semua kerana belum tentu lagi kita akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Selamat beramal.
P/S :- Dari sumber bacaan blog :)
:: INI LAH ANAK TERUNA IBU ::
Bertuahnyer klau anak yg dikandungkan selama 9 bulan, yg dijaga serta yg dibelai oleh seorang ibu serta seorang daddy sanggup melakukan apa sahaja untuk membesarkannyer dgn segala keperluan yg terbaik disediakan utknyer. Ibu dan daddy tak mengharapkan balasan di akhir usia nanti. Tp berharap segala didikan dunia serta duniawi akan sentiasa tersemat di dalam hati anak ini apabila dewasa nanti... Terharunyer melihat gelagat si kecil ini yg belum pun genap usia 2 tahun telah pandai menolong ibu. - ahmad uwais darda' menjeling manja -
- nak tolong ibuuuuuuuuuuuuuuuu... -
- sy jemur baju sendiri yea...:) -
- kena alihkan bawah matahari nie... nanti tak kering plak -
- tak apa biar senget2 pun ampaian janji baju2 kering -
- dah jemur baju sapu halaman plak yea -
- ibu!!! uwais dah siap buat keje rumah... ngeeee :) -
Subscribe to:
Posts (Atom)
DIRI SAYA
Cerita Deyana
Chenta Hati Ibu ^____^
(16)
2U CATERER'S
(10)
CYECAH CYECAH
(10)
Dr. Azizan. Osman
(9)
IM in love with cooking
(9)
produk GAMAT EMAS
(8)
SPECIAL DAY :)
(6)
DAIRY tentang kehidupan
(5)
PROJEK JALINAN KASIH :)
(5)
RAMADHAN AL-MUBARAK
(5)
fabulous food
(3)
Hot movie :)
(2)
I'M Pregnant :)
(2)
Komuniti PAHANG
(2)
USAHANITA
(2)
tudung FAREEDA
(2)
CRAZIE NUTZ
(1)
EMBUN KASEH SPA :)
(1)
FASHION :)
(1)
FIRST TIME
(1)
Jualan Hebat
(1)
LIFERICH:)
(1)
Me^_^
(1)
NAK KAYA :)
(1)
PREGNANCY
(1)
Rahsia Menuju Redha Allah
(1)
SYAWAL :)
(1)
Suke suki
(1)
Taman Syurga
(1)
UTUSAN
(1)
Vitamin Minda
(1)
Zehra Ufaira Uniq
(1)
kata-kata HIKMAH
(1)
Nuffnang
Pos Terhangat
-
Dah hampir sebulan masa berlalu, belum terlambat jika nak kongsikan pengalaman baru #CyecahCyecah apabila diberi peluang untuk beraksi seca...
-
Resepi 3 : Sambal Udang Petai Bahan2nya 20 ekor udang putih 15 batang cili kering ( rebus dan blender ) 1 biji bawang besar ( b...
Subscribe Deyana
Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.