KATERING AKAN DATANG 2U CATERER'S

Sunday, June 05, 2011 0 Comments A+ a-

First sekali syukur YA ALLAH akan rezeki yang Kau berikan... setakat nie tak putus2 rezeki nie datang... Alhamdullilah... sebenarnya tak tahu nak tulis apa tentang pembukaan entry bulan 6 nie... dalam kepala banyak sangat ideanyer tp dalam keadaan kepala perlu pikir dan pikir dan pikir... hanya nak citekan konsep katering 9hb 7 nanti. Kite cite pasal booking yang nie dulu... sbb dia dah comfirm sebulan awalnyer. Booking katering yg 2hb 7 belum di study lagi sbb baru comfirm smlm... Nie antara2 big job 2U CATERER'S akan datang. Yg lelain kita simpan dulu yea...:)

Tima kasih Pn. Habsah Binti Shamsuddin yang sudi memilih katering kami untuk perkahwinan anak perempuan kakaknyer... seorang tokey jamu Mustika Ratu di Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang dan Pengerusi Usahanita Daerah Kuantan, Pahang. Konsep warna pilihan ialah maroon dan putih. Kami hanya perlu sediakan perkhidmatan makanan dan minuman serta servis layanan. Kali nie bab2 pelamin kami tak ambik... Tempat majlis di dalam dewan Indera Mahkota. Waktu majlis dari 11pg-4ptg...

Menu yang ditempah adalah Nasi Beriani Basmathi, Ayam Masak Merah, Opor Daging, Dalca Daging, Acar Kurma, Buah Tenbikai atau Oren dan Air Sirap Pandan dengan harga RM8.50 per pax utk 850 pax berserta pinggan dan gelas melamin, peralatan2 buffet, 1 set meja pengantin, 2 set meja buffet, 25 meja bulat dan 250 kerusi yg lengkap dengan alas meja, sarung kerusi dan reben serta deko2 bunga-bunga segar... Hidangan pengantin perlu sediakan Ayam Bakar Percik, Hati Lembu Masak Kicap dan Udang Goreng Butter. 2U CATERER'S juga menghadiahkan cup cake yang chantekkk dan puding triffle utk hidangan pengantin.

Jd kat bawah nie jom layan pic2 idea yang telah dipilih ::~~~~ ^_____________^xoxo





next entry... kita tgk hasilnyer nanti yea :) insayallah sape2 yang menerima perkhidmatan 2U CATERER'S pasti tidak akan kecewa kerana telah menjadi tanggungjawab staff2 2U CATERER'S untuk berikan yang terbaik serta turut sama2 menjayakan acara majlis berjalan dengan lancar... INSAYALLAH :)




Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.