PROJEK JALINAN KASIH #memberitanpabatasan

Sunday, September 21, 2014 0 Comments A+ a-

Entry kali ini hanya untuk bercerita perkongsian yang ramai tertanya tanya kepada saya kenapa saya bersemangat untuk program " Projek Jalinan Kasih "

Sebelum ini saya bermula dengan pernubuhan Komuniti Pahang Alumni DAO adalah membina ukhwah persahabatan bersama alumni DAO dengan impian untuk membuat majlis Malam Cinta Rasul Kuantan Berselawat yang dulunya kali pertama dilaksanakan di bandar Kuantan.

Berbekalkan impian, membina silatutahim impian telah dilaksanakan dengan izin Allah dengan kerjasama dari alumni DAO yang turut serta ketika itu. 11 Mac 2014 alhamdullilah dengan izin Allah hampir 2000 orang yang hadir di majlis taman taman syurga ini. Luar jangkaan kerana kami hanya fikir ketika itu 500 orang pun kami sangat berbesar hati.

Bermula satu perjalanan yang baik... pasti mahu ia diteruskan :) selepas program selawat saya diajak oleh seorang kawan dari Aswaja untuk bersama sama memberi makanan dan minuman percuma setiap hari jumaat. Saya tertarik kerana ia adalah satu sumbangan yang boleh diteruskan...

Bersama ukhwah sedia ada yang masih meneruskan program ini bermulalah setiap hari jumaat kami mengedarkan sumbangan yang dikumpulkan dari kalangan penyumbang. Bagi saya ketika itu, ramai orang nak menyumbang tapi tidak tahu untuk bermula dari mana.

Jadi saya dari awal menerapkan tiada paksaan dalam program ini. Memberi sumbangan luas maksudnya. Jadi siapa yang tiada wang untuk memberi, boleh memberikan masa dan tenaga dan bergitu sebaliknya...

Alhamdullilah semakin minggu semakin ramai yang membantu. Salah satu sebab mengapa saya suka dan sayangkan program ini sebelum melakukannya saya rujuk terlebih dahulu kepada sang guru kerohanian saya. Kenapa rujuk? Sebab tetap ada yang mempertikaikannya.

Dan pesan guru apabila berjemaah, jagalah silaturahim, lantas memberi orang makan dan jemaah yang terlibat bertahajjud... in shaa Allah dengan izin Allah setiap jemaah yang bersama akan dijauhkan dari bala malah Allah meredhainya lagi. MasyaAllah.

Selain itu, ia adalah latihan jiwa mendidik hati. Jika dengan sumbangan kita mengembirakan orang lain pasti Allah akan mengembirakan kita, jika ada hajat kita yang belum kesampaian dan mungkin dengan sumbangan kita ketika itu orang iti benar benar lapar tiada wang maka kita melepaskan hajatnya maka percaya Allah pasti akan memberi apa yang kita hajatkan...

Sebenarnya banyak lagi antara manfaat dan syafaat untuk dikongsi bersama. Kini saya tiada lagi dibawah Komuniti Pahang Alumni DAO. Ia telah diteruskan oleh orang lain. Cuma kini saya bersama jemaah yang sesiapa sahaja boleh bersama untuk turut serta dibawah Projek Jalinan Kasih.

Minggu lepas kebetulannya cuti sekolah... MasyaAllah anak anak turut serta dan menjadi sebahagian program didikan awal mereka untuk belajar.

Sangat menyeronokkan sebenarnya. Rezeki dari Allah hampir 100pax makanan dan minuman diedarkan. Alhamdullilah.

Doakan untuk seterusnya sempena Raya Korban telah memasang impian untuk edarkan 1000pax makanan dan minuman kepada orang ramai. Moga kami boleh mengembirakan lebih ramai orang lain. Inilah The Power Of Giving. More u give more u get back... tidak perlu percaya atau tidak hanya buat pasti anda jua akan merasainya sendiri nikmat dari Allah.

Saya kongsikan gambar pada program jumaat minggu lepas yea... untuk gambar selawat saya akan kongsikan nanti yea... maaf dah lama blog ini bersawang... hihihi moga yang membaca dirahmati dan diberkati Allah swt. AMIN


SILATURAHIM :)

Sunday, September 07, 2014 0 Comments A+ a-

Bila melihat kembali gambar gambar sebelum ini maka timbullah rasa rindu dengan setiap masa dan peluang yang Allah berikan.
Rindu berselawat lagi... rasa lama dah menjauh untuk berkumpul bersama sama. Silaturahim perlu dijaga kerana ia membentuk ukhwah yang kuat. Bukan kerana darjat dan taraf...
Sayang bila silaturahim tidak berpanjangan... tapi redha Allah jadikan sesuatu itu dengan baik. Sama ada ia tidak sesuai dengan kita atau kita yang tidak sesuai dengan dia.
Tapi yang pasti jika ia tidak seperti dulu namun silaturahim masih boleh dijaga. Usah putuskan persaudaraan sesama islam. Kita adalah saudara. Biarpun berbeza dari semua segi.
Teruskan apa yang dilakukan asalkan kita gembira dan boleh mengembirakan orang lain. Biasanya dimajlis taman taman syurga ini sangat indah. Moga dapat berselawat lagi.
Ini gambar lama... tersimpan rapi didalam memori kad. Belum sempat berkongsi. Alhamdullilah diberi kesempatan berselawat bersama Habib Syech Aseegaf bersama para habib yang lain.
Malam Cinta Rasul anjuran sang guru #DAO dan jemaah jemaahnya. Sangat awesome. Tidak silap tarikh ini 7hb 6 yang lepas selepas berselawat di Kemaman. Hmmm di Kuantan bila nak buat lagi? Hihihi




Im pregnant again!!! just sharing what i fell this moment :)

Saturday, September 06, 2014 1 Comments A+ a-

Awal kehamilan saya yang tanpa diduga ini adalah dengan izin Allah. Rezeki dah rahmat dariNya. Saya tidak percaya saya akan mengandung seawal ini. Namun bergitu, saya yakin adanya rezeki ini Allah pasti akan turunkan bersama sama rezeki lain... Disebalik ketahuan ini ada cerita disebaliknya. 

Pertengahan Ramadhan yang lalu, saya menerima jemputan dari tok bak. Seperti biasa bak pasti tersenyum dengan kunjungan saya dan suami. Bak selalu bergurau tapi kali ini gurauannya sangat lain.

Bak menegur en suami " Aizat dapat baby baru... " saya tengok suami... suami tengok saya. Saya menafikan " mana ada bak... rezeki akan datang in shaa Allah " senyuman sang guru penuh tanda tanya sampai saya dalam perjalanan balik masih memikirkan kebenaran kata kata bak...

Saya beritahu en suami saya nak test... Haaaa!!! SAH ujian test im prengnant again!!! Alhamdullilah. Saya terus whatapps bak pagi pagi buta... " Bak macam mana tahu deyana prengnant sedangkan masa itu deyana belum tahu " hihi jawapan bak penuh misteri... " bak dah tahu"

Oh saya beritahu suami sebab saya mulanya kaget!!! Bukan tidak bersedia tapi saya di awal Ramadhan saya fokus giler giler kentang produktion. Saya baru push button turbo sebab sebelum ini produktion ada situasi sambal yang tidak tahan lama... huhuhu!!! Target saya nak gandakan produktiviti seperti dalam perancangan dan strategi. Uwaaaa!!! Tapi en suami ingatkan saya balik bila Allah berikan rezeki anak ini pasti Allah akan sertakan rezeki dalam bentuk lain...

Uwaaaa!!! Tahu sahaja im prengnant again 1 keluarga gembira:) alhamdullilah kan... of coz tahun depan nak sambut orang baru. Tapi apapun pasti ada cabarannya kan?

Situasi prengnant kali ini benar2 menguji saya, bukan nak mengadu domba tau!!! Just sharing what i feel this moment.

Muntah2, pening2, sakit dan kebas belakang pinggang, hilang selera, penat, malas, ini tak boleh itu tak boleh, ini tak nak itu tak nak... nak makan westerd, sampai bau sambal pun muntah!!! Kesian derrr en suami terpaksa melayan karenah ala ala diva ini. Now!!! bila lapar rasa betul2 lapar rasa macam tak tahan sangat dah... bila makan sikit jea... tak sampai setengah jam lapar semula... sabar en suami tau!!! Saya pun tak attract okey nak rasa semua ini tapi memang ini yang saya rasa...

Sejujurnya produktion dah sangat sangat slow, no marketing posting, no promotion, huhuhu rasa semua malas.... rasa nak baring jea. Keluar rumah seminggu sekali sahaja. Tak ada mood okey.

Huhuhu jem sekejap sehinggalah bila sedar sampai bila nak baring kan?  Tanggungjawab sangat besar sebab ramai pelanggan cari saya. Hmmm semalam bila lihat kembali kerja wow memang awesome banyak yang ketinggalan. 

Jadi saya start switch semula. Saya dah bangun dari baringan ini... hihihi...

Doakan saya tak ala ala diva yang over sangat yea... doakan saya dan coming soon baby ini comel macam saya. Haha:) cabaran memang cabaran tapi perlu hadapi. Allah jadikan sesuatu pasti ada sebabkan... 

Okeylah, siapa yang baca entry ini saya pasti ualls pun ada pengalaman juga kan? Maaf lah walaupun ini kandungan ketiga tapi ini pertama kali saya rasa bergini. Just enjoy mummy preggy yea! Muah!


Ini Ahmad Uwais Darda' dilahirkan pada 29 September 2014... 


Ini Ahmad Ukail Daniyal dilahirkan 10 Mac 2012

P/S : Diizinkan Allah kali ini rezeki baby gurl nama dia Zehra Ufaira'... dah lama tau cop nama ini... hihi