Resepi Dapur Kak DH : Ikan Kembung Masak Taucu

Saturday, February 04, 2017 0 Comments A+ a-


Resepi 4 : Ikan Kembung Masak Taucu

Bahan2nya

2 ekor ikan kembung ( gaul dengan kunyit serbuk dan garam kemudian goreng... ketepikan )
3 sudu taucu manis
1/2 biji bawang holand ( dihiris )
1 biji bawang besar ( dihiris )
4 ulas bawang putih ( dihiris )
2 inci halia ( dihiris )
4 sekawan
1 batang timun size kecil
1 biji tomato
1 biji lada besar merah ( dihiris )
5 biji lada api hijau
sedikit air asam jawa
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
daun bawang untuk hiasan

Cara2nya

1- Panas minyak yang mengoreng ikan tadi
2- Masukkan 4 sekawan, bawang holand, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris tadi sehingga agak layu
3- Masukkan tauhu, air asam jawa dan sedikit air
4- Masukkan timun... masak agak lembut masukkan tomato, lada besar merah dan lada api hijau
5- Dah mendidih kuahnya masukkan ikan bagi ikan bermesra dengan kuah
6- Tutup api dapur sedia dihidangkan. Letakkan daun bawang

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#ResepiDapurKakDH
#Cabaran30HariLive30Resepi

Resepi Dapur Kak DH : Sambal Udang Petai

Saturday, February 04, 2017 0 Comments A+ a-

Resepi 3 : Sambal Udang Petai

Bahan2nya

20 ekor udang putih
15 batang cili kering ( rebus dan blender )
1 biji bawang besar ( blender )
5 biji bawang putih ( blender )
2 inci kunyit hidup ( blender )
1 inci halia ( blender )
2 papan petai 
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara2nya

1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 blender sehingga pecah minyak
2- Selepas itu masukkan air asam jawa
3- Masukkan garam dan gula serta sedikit air
4- Masukkan udang putih
5- Setelah udang agak masak masukkan petai
6- Biarkan seketika dah siap masak sedia dihidangkan

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#ResepiDapurKakDH




Resepi Dapur Kak DH : Sardin Masak Lemak Tempoyak Batang Keladi

Saturday, February 04, 2017 0 Comments A+ a-


Resepi Dapur Kak DH : Sardin Masak Lemak Tempoyak Batang Keladi

Bahan2nya

1 tin sardin besar
1 biji bawang holand ( blender )
2 ulas bawang putih ( blender )
2 inci kunyit hidup ( blender )
7 biji cili api merah ( blender )
segenggam batang keladi ( yang dirampas bersama garam kasar dibalas dengan air panas )
1 keping daun kunyit
1 kuntum bunga kantan
2 sudu tempoyak
250ml santan
1 keping asam keping
sedikit air
sedikit minyak
sedikit garam

Cara2nya

1- Panaskan sedikit minyak... tuliskan bahan2 blender sekejap
2- Dah agak garing masukkan sardin masak... agak nak pecah minyak masukkan batang keladi
3- Setelah betul2 pecah minyak masukkan daun kunyit, bunga kantan, asam keping, santan dan sedikit air
4- Kemudian masukkan tempoyak dan sedikit garam
5- Masak sikit lagi tutup api sedia dihidangkan

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#ResepiDapurKakDH

Resepi Dapur Kak DH : Daging Salai Lemak Cili Api

Wednesday, February 01, 2017 0 Comments A+ a-

Resepi 1 : Daging Salai Lemak Cili Api

Bahan2nya

100g daging salai
1 biji kentang ( yang telah direbus )
200g santan
7 biji cili api merah
2 batang serai yang diketuk
3cm kunyit hidup
2 keping asam keping
sedikit daun kunyit
sedikit minyak
sedikit garam

Cara2nya

1. Tumiskan sedikit minyak
2. Masukkan santan yang telah dikisar bersama lada api merah dan kunyit hidup
3. Tunggu mendidih sedikit masukkan serai, daging salai bersama asam keping
4. Setelah masak letakkan daun kunyit dan sedikit garam
5. Mendidih sedikit lagi dah masak sedia dihidangkan

# Makan dengan nasi panas2

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#30HariLive30Resepi