Resepi Dapur Kak DH : Sambal Udang Petai

Saturday, February 04, 2017 0 Comments A+ a-

Resepi 3 : Sambal Udang Petai

Bahan2nya

20 ekor udang putih
15 batang cili kering ( rebus dan blender )
1 biji bawang besar ( blender )
5 biji bawang putih ( blender )
2 inci kunyit hidup ( blender )
1 inci halia ( blender )
2 papan petai 
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara2nya

1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 blender sehingga pecah minyak
2- Selepas itu masukkan air asam jawa
3- Masukkan garam dan gula serta sedikit air
4- Masukkan udang putih
5- Setelah udang agak masak masukkan petai
6- Biarkan seketika dah siap masak sedia dihidangkan

#DeyanaHatazad
#CyecahCyecah
#ResepiDapurKakDH




Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.