Showing posts with label DAIRY tentang kehidupan. Show all posts
Showing posts with label DAIRY tentang kehidupan. Show all posts

SURAT UNTUK SIFU ~ DR AZIZAN OSMAN^_^

Assalamualaikum w.b.t...

Morning ualls dan salam kekayaan, kejayaan dan kebahagian...

Moga anda dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, memperolehi pernigaan yang baik, menjadi penyumbang sedekah yang baik... pagi isnin yang sangat indah saya bersyukur masih bernafas dan bernyawa... saya masih boleh membantu menambah nilai orang lain...

Saya nak berkongsi antara hari yang indah yang berlaku beberapa hari lepas dalam hidup saya... Pintu hati saya digerakkan olehNya untuk saya berkongsi pengalaman hidup saya bersama program Dr. Azizan Osman... Coretan yang ringkas tapi bagi saya sangat bermakna dan saya emailkan coretan itu pada Dr. 

Alhamdullilah, paginya Dr membacanya dan sharingkan coretan saya di page beliau... Bonus dan hadiah saya yang sangat bermakna. Jom baca corentan yang saya kongsikan :-



Assalamualaikum w.b.t



Salam sayang buat Dr. Azizan Osman, malam ini hati saya digerakkan olehNya untuk saya berkongsi pengalaman saya bersama Dr. Azizan Osman. Titik tolak saya bermula dengan Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan ( IMKK ). Program yang merubah diri dan hidup saya keseluruhannya.




Program yang memang tidak akan ditemui mana-mana program. Pertemuan pertama saya bersama Dr Azizan Osman semasa Seminar dan Intensif Jutawan Industri. Waktu itu perkongsian ilmu Dr pada saya sangat-sangat luar biasa. Masa itu perniagaan saya adalah dalam bidang catering. Selain itu, saya menguruskan tender –tender 2 kantin kerajaan. Sejujurnya jualan saya untuk tahun 2013 hampir RM 400,000.00. RM 300,000.00 adalah jualan dari Januari hingga November 2012 sahaja.




Tetapi selepas keluar dari program IJI, jualan saya dari akhir November ke akhir Disember adalah RM 100,000.00. Namun bergitu, saya malu untuk berkongsi dengan Dr. kerana saya tidak dapat menyimpan langsung dari hasil jualan saya. Malah hutang makin bertambah. Masa itu saya tidak faham dan saya agak pelik dan tertanya-tanya dalam diri “ Mana pergi duit aku… ”




Setelah itu, saya masih sempat mengikuti program Platinum Dr. iaitu Train The Trainer. Bagi saya sangat-sangat luar biasa. Dari seorang yang gementar untuk bersuara, dari seorang yang menyendiri bila berhadapan dengan orang lain, saya kini berani untuk menghadapi sebarang situasi perniagaan. Saya boleh buat jualan yang luar biasa dengan catering. Bayangkan saya telah mendapat tempahan catering perkahwinan sehingga bulan Jun 2013. Namun masih lagi hasil pendapatan itu tidak cukup. Bila dapat bayaran dari pelanggan sekejap sahaja habis. Saya sangat-sangat keliru, hati tidak tenang dengan hutang peribadi dan hutang bank makin bertambah.




Namun bergitu, segalanya bermula di sini… IMKK saya sangat-sangat rindukan pengalaman bersama program ini. Saya paksa suami saya ikut… Biasalah waktu itu SLV bukan main lagi ligatnya. Saya pergi memang dengan niat untuk berubah dan buat perniagaan saya lagi bagus dan lagi luar biasa.




Memang ternyata Dr. telah buatkan saya bersama suami menangis seperti bayi kecil, saya nampak segalanya dengan jelas. Dalam hati saya terdetik satu perkataan “ Patut lah aku belum berjaya ” YA ALLAH hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang saya rasa. Banyak yang saya tersangkut di tengah jalan sebenarnya. Patutlah kolam saya tidak penuh-penuh…




Saya selama ini banyak yang saya jauhkan diri dari keluarga. Apa yang mereka lakukan pada saya cepat sangat saya ambil hati sehingga menyisihkan diri dari mereka. Ayah saya sendiri hampir 10 tahun saya tidak bersalam dengannya kerana terasa dengannya diusia saya 20 tahun ayah saya tidak menyambut salam saya kerana saya melakukan kesalahan. KERANA ITU,… Ayah mentua saya semasa saya menghadiri IMKK saya dan suami tidak bertegur dengannya kerana ada salah faham dalam urusan pernigaan. KERANA ITU, Ibu saya sendiri saya hanya meminta maaf semasa hari raya sahaja. Bila kadang-kadang ibu menegur saya dan saya tidak setuju saya tak balik rumah agak lama. Merajuk kononya. Saya hanya kadang-kadang ambil berat pada ayah dan ibu saya. HANYA ITU, ibu mentua juga saya tidak layan dengan baik kerana saya tidak tahan dengan kata-katanya apabila menegur saya. KERANA ITU, memang benar KERANA ITU saya jauhkan dirikan saya dari keluarga.




Tidak lagi ahli-ahli keluarga saya yang lain hanya kerana ada yang mengkianati saya, menghina saya, memandang rendah pada saya. KERANA ITU, saya biarkan mereka. Saya tidak sedar yang mereka adalah antara keramat saya. Bergitu juga hubungan saya dengan suami dan anak-anak yang saya rasa saya kurang ambil berat pada mereka oleh kerana kesibukan bekerja. Keluar pagi balik lewat malam. Nak kata tersangkut di Federal Highway saya tinggal di Kuantan… Kan?




Tidak lagi termasuk pakej kebocoran saya, marah, merungut, mengeluh dan yang paling penting saya tidak langsung menjaga hati ALLAH. YA ALLAH!!! Banyak yang tersedar dari kelekaan saya.




Namun itu dulu, selepas IMKK saya tidak berasa gembira dengan perniagaan catering saya walaupun saya cuba untuk bertahan. Lepas keluar IMKK, saya nampak dengan jelas dan yakin saya tolak 2 tender kerajaan yang saya dapat dan catering perkahwinan saya telah selesaikan sampai bulan Jun 2013 sahaja. 




Apa yang dapat, banyak perkara. Saya berasa lebih bahagia dengan perniagaan saya sekarang. Kini kepakaran kami adalah membantu anda untuk sentiasa sihat, segar dan berenergy positif sehingga mampu bertenaga sepanjang masa daripada diselubungi mistik dan aura negetif. Perniagaan ini adalah minat saya yang telah lama saya impikan. Saya mempunyai pengalaman kecantikkan spa sewaktu saya bekerja di sebuat spa untuk tempoh yang agak lama. Banyak yang saya pelajari cara mengadunkan bahan-bahan spa seperti lulur, skrub dan lain-lain dengan ilmu yang saya perolehi sana. Saya boleh luangkan masa dengan keluarga. Sangat-sangat indah apabila saya meletakkan keluarga adalah nombor satu dalam hidup saya.




Saya bahagia dengan perniagaan saya sekarang… saya percaya dengan ilmu Advance Marketing Power ( AMP ). Pasti dengan ilmu yang dikurniakan saya percaya akan menjadi luar biasa. In shaa Allah! Saya percaya dengan rezeki Allah. Saya kini tidak lagi meminta pengharapan pada makluk Allah tetapi saya telah ubah sepenuh segala urusan saya... saya meminta pengharapan padaNya. Saya percaya andai tahun lepas saya boleh buat jualan RM 400,000 setahun saya pasti boleh buat lebih dari itu untuk tahun 2013 ini.




Buat mentor saya yang bernama Dr. Azizan Osman terima kasih kerana Dr. sudi memberi ilmu ini kepada saya. Tanpa perkongsian Dr. saya masih dengan diri saya yang dulu… Saya akan lebih banyak kebocoran dan kerugian. Saya doakan Dr. dan keluarga Dr. sentiasa diberkati dan mendapat perlindungan dariNya. Amin^_^





Yang benar,

Deyana Hatazad


Dan ini copy paste kata-kata Dr. Azizan Osman... penghargaan buat saya^_^

Awal pagi ini saya membaca a beautiful email dari salah seorang peserta program kami termasuk IMKK (Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan) Feb 2013 yang lepas. Ia agak menyentuh hati saya dan terus saya share dengan seluruh Richworks betapa sedikit usaha kami dengan izinNya sedikit sebanyak memberikan inspirasi kehidupan kepada mereka yang Allah swt beri hidayah! Saya ingin berkongsi dengan anda diluar sana dan saya doakan anda jumpa titik kebahagiaan anda yang membawa kepada kejayaan penuh keberkatan! 

Dan inilah antara komen-komen yang saya terima... sangat-sangat memberi inspirasi pada saya...










101 IMPIAN AIZAT & DEYANA HATAZAD

Assalamualaikum w.b.t...

Salam sayang semua, hanya ingin berkongsi bagaimana ingin merealisasikan impian yang kita impikan dalam hidup kita. Ini yang saya belajar dan saya pratikkan agar ia cepat-cepat tercapai... Jangan gelak yea... Ini impian saya jadi apabila anda membaca ia adalah doa buat saya agar impian ini cepat tercapai ~~~ rindu akan kelas IMKK bersama guru saya Dr. Azizan Osman^_^

Impian Deyana Hatazad dan suami saya Aizat Hatazad yang akan dicapai 3 tahun dari hari ini

01 ~ Kami expect menunaikan solat 5 waktu dengan seawal-awal waktu
02 ~ Kami expect menunaikan solat dhuha, tahajud dan taubat tiap-tiap malam
03 ~ Kami expect berselawat 1001x, beristiqfar 101x dan berzikir ( Ya Razzaq, Ya Fattah, Ya
Murqni 313x ) setiap hari
04 ~ Kami expect untuk berubah personaliti muslim dan muslimah kerana ALLAH
05 ~ Kami expect sentiasa bersedekah di masjid, pelajar-pelajar tahfiz, anak-anak yatim, fakir miskin, ibu-ibu tunggal dan orang tua di rumah kebajikan
06 ~ Kami expect memberi zakat yang terbanyak di Kuantan
07 ~ Kami expect mendirikan masjid untuk ibadat masyarakat di setiap negeri Malaysia
08 ~ Kami expect mempunyai yayasan anak-anak yatim dalam jagaan kami
09 ~ Kamia expect sentiasa menyumbang tenaga dalam kerja-kerja amal
10 ~ Kami expect menjadi seorang pasangan suami isteri yang soleh dan solehah serta diredhai ALLAH

11 ~ Kami expect menjadi ibu bapa yang penyayang, bertanggungjawab, pendidik dan contoh yang baik kepada Ahmad Uwais Darda' dan Ahmad Ukail Daniyal
12 ~ Kami expect dikurniakan anak perempuan yang solehah
13 ~ Kami expect pandai mengaji mengikut tajuhid
14 ~ Kami expect sentiasa mengaji Al-Quran dan Surah Yasin terutamanya
15 ~ Kami expect sentiasa menuntut ilmu-ilmu agama untuk sentiasa perbaiki diri sendiri
16 ~ Kami expect menghadiri semua kelas Dr. Azizan Osman dan konvokesyen University Of Life
17 ~ Kami expect menghadiri seminar atau majlis ilmu agama seperti Prof Muhaya
18 ~ Kami expect menjadi jutawan sebelum umur kami 35 tahun
19 ~ Kami expect menjadi pasangan suami isteri yang berjaya dengan dunia dan akhirat
20 ~ Kami expect perniagaan katering yang diusahakan sentiasa mendapat pelanggan yang berkualiti

21 ~ Kami expect perkahwinan kami bahagia membahagia, sayang memyayangkan antara satu sama lain
22 ~ Kami excpect antara kami sentiasa berfikiran positif, aura positif, support antara satu sama lain
23 ~ Kami expect membayar segala hutang-hutang piutang kami dengan mudah dan cepat
24 ~ Kami expect perniagaan katering akan menjadi No 1 di Kuantan
25 ~ Kami expect perniagaan produk " cey cah- cey cah " yang idea kami menjadi kenyataan dan terkenal di semua negara
26 ~ Kami expect perniagaan geli-geli saya akan berjaya dan boleh membantu ramai orang
27 ~ Kami expect mempunyai perniagaan spa all in 1 yang berkonsep moden
28 ~ Kami expect sebagai pelabur saham dan emas yang untung dan berjaya
29 ~ Kami expect sebagai pelabur porperty yang untung dan berjaya
30 ~ Kami expect tabung FFA saya RM 1,000,000.00 secepat-cepatnya dengan mudah

31 ~ Kami expect bebas kewangan untuk memberi peluang banyak pilihan
32 ~ Kami expect membayar semua hutang-hutang saya dengan manusia dan bank secepat-cepatnya dengan mudah
33 ~ Kami expect jualan kami mencecah RM 1,000,000.00 dengan mudah pada Disember 2013
34 ~ Kami expect menunaikan umrah dan haji tiap-tiap tahun bersama suami dengan segera
35 ~ Kami expect membawa ayah, mama, daddy dan mummy menunaikan umrah dan haji tiap-tiap tahun
36 ~ Kami expect melancong ke Itali bersama keluarga pada Januari 2014
37 ~ Kami expect melancong ke London bersama keluarga Jun 2014
38 ~ Kami expect melancong ke Krabi bersama keluarga Disember 2014
39 ~ Kami expect melancong ke Dubai bersama keluarga Mei 2015
40 ~ Kami expect melancong ke Perth bersama keluarga November 2015

41 ~ Kami expect melancong ke Japan bersama keluarga April 2016
42 ~ Kami expect memiliki kereta Audi dengan mudah, cepat tanpa hutang
43 ~ Kami expect memiliki kereta 207cc Peugout dengan mudah, cepat tanpa hutang
44 ~ Kami expect motor berkuasa 1000cc dengan mudah, cepat tanpa hutang
45 ~ Kamiexpect menghadiahkan kereta kesukaan untuk kesenangan orang tua
46 ~ Kami expect mempunyai rumah besar 1 tingkat di tanah sendiri dengan hiasan dalam yang diimpikan serta mempunyai kolam renang
47 ~ Kami expect menghadiahkan rumah yang besar dan cantik buat orang tua
48 ~ Kami expect memberi wang pembelanjaan tiap-tiap bulan kepada orang tua
49 ~ Kami expect sederkahkan al-fatihah tiap-tiap hari untuk orang tua
50 ~ Kami expect mempunyai pembantu rumah yang baik, bersolat, amanah untuk memudahkan orang tua

51 ~ Kami expect mempunyai 50 cawangan francies restoren di seluruh dunia
52 ~ Kami expect mempunyai produk minuman segera di seluruh dunia seperti cool blog atau chat time
53 ~ Kami expect mempunyai pekerja-pekerja yang bersolat, yatim, jujur, amanah, senyum dan bertanggungjawab
54 ~ Kami expect menganjurkan majlis-majlis agama dan amal untuk hubungan silaturahim sesama masyarakat
55 ~ Kami expect pelanggan kami semuanya yang bekerjasama dan yang penting berkualiti
56 ~ Kami expect 6 bulan dari sekarang perniagaan kami akan keluar majalah dan tv seperti safiyyah, nasi lemak kopi o dan lain-lain
57 ~ Kami expect menjadi seorang trainer yang berjaya dengan kepakaran yang kami ada
58 ~ Kami expect mempunyai hotel di kawasan tepi pantai yang diusahakan oleh kami
59 ~ Kami expect mempunyai kilang yang besar dan lengkap serta produktif yang luar biasa untuk produk kami
60 ~ Kami expect setiap tahun di bulan Ramadhan akan berkongsi rezeki dengan orang ramai dengan memberi bubur lambuk FREE

61 ~ Kami expect akan menjadi sebahagian yang berkongsi di " hot seat " pada AMP 2014
62 ~ Kami expect nama-nama blacklist di bank negara kami telah dibersihkan dengan segera mungkin
63 ~ Kami expect akan melancong dengan kapal cruise bersama keluarga dalam tempoh 1 tahun
64 ~ Kami expect memberi pendidikan pelajaran dunia dan agama yang terbaik untuk anak-anak kami
65 ~ Kami expect sentiasa luangkan masa dengan pelbagai aktiviti untuk anak-anak kami
66 ~ Kami expect membantu orang-orang tua miskin menunaikan haji dan umrah dibawa tajaan kami
67 ~ Kami expect hubungan silaturahim di antara keluarga sentiasa baik, bekerjsama dan bantu menbantu
68 ~ Kami expect produk kami dipasarkan di MAHA 2014
69 ~ Kami expect dapat mengelak dan memiliki ketahanan yang kuat untuk tidak melayan biawak-biawak disekeliling
70 ~ Kami expect sikap kami lebih belajar maaf memaafkan diantara satu lain

71 ~ Kami expect dapat luangkan masa seperti minum petang bersembang bersama insan hebat Dr. Azizan Osman dan Prof Muhaya
72 ~ Kami expect produk kesihatan dan kecantikan " zehra ufaira inspired by deyana hatazad " mendapat sambutan pengguna dan menuntungkan
73 ~ Kami expect produk zehra ufaira memasarkan garam himalaya aromaterapi, lulur, massage oil dan sebagainya
74 ~ Kami expect untuk produk zehra ufaira mendapat jualan untuk bulan pertama adalah rm15,000.00 dan akan meningkat 200% untuk bulan seterusnya
75 ~ Kami expect dalam 3 bulan produk zehra ufaira akan masuk tv seperti NLKO, HMI, Nona, Saffiya dan lain-lain
76 ~Kami expect dalam 3 bulan produk zehra ufaira telah berjaya untuk diiklankan di surat khabar dan majalah utama malaysia,
77 ~ Kami expect dalam 3 bulan produk zehra ufaira mempunyai lebih 50 orang agen jualan
78 ~ Kami expect dalam 8 bulan produk zehra ufaira dapat melantikan wardina saffiya contohnya sebagai duta produk
79 ~ Kami expect dalam 3 bulan produk zehra ufaira mempunyai pejabat dan spa yang cantik
80 ~ Kami expect produk zehra ufaira juga boleh dipasarkan diluar negara

81 ~ Kami expect produk zehra ufaira inspired by deyana hatazah juga menghasilkan koleksi jubah, tudung untuk pakaian muslimah yang menutup aurat
82 ~ Kami expect produk zehra ufaira untuk koleksi pakaian berjaya membuat orang ramai terpikat dan memenuhi citarasa pelanggan
83 ~ Kami expect produk zehra ufaira mempunyai cawangan kedai di seluruh malaysia dan juga luar negara
84 ~ Kami expect produk zehra ufaira juga mempunyai koleksi kosmetik yang berkualiti tinggi, mewah tetapi mampu milik
85 ~ Kami expect dalam masa 3 tahun kami boleh membantu fakir miskin yang tidak berkemampuan pergi menunaikan haji seramai yang boleh
86 ~ Kami expect menyumbang untuk memperbaiki masjid-masjid dan surau-surau yang memerlukan ubah suai
87 ~Kami expect menyumbang untuk memperbaiki rumah anak-anak yatim dan madrasah untuk pelajar-pelajar tahfiz yang memerlukan ubah suai
88 ~ Kami expect menyumbang bantuan ke palestin, gaza dan lain-lain untuk membantu saudara islam di sana
89 ~ Kami expect menyumbang bantuan untuk orang-orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak di rumah kebajikan
90 ~ Kami expect memyumbang bantuan untuk ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan tanpa dibela

91 ~ Kami expect selepas 3 tahun lagi kami bebas kewangan malah memperolehi kekayaan, kejayaan, kesihatan, kebahagian yang luar biasa
92 ~ Kami expect tidak mudah berprangsaka yang tidak baik pada diri sendiri dan orang lain
93 ~ Kami expect membuat ebook dan buku sendiri dengan hasil kejayaan kami
94 ~ Kami expect menghadiri majlis-majlis ilmu di luar negara seperti brian stacy
95 ~ Kami expect mempunyai class atau pusat latihan dalam kemahiran kecantikan
96 ~ Kami expect selepas 3 tahun lagi simpanan FFA kami berganda 300% dari tahun ke tahun
97 ~ Kami expect berat badan kami akan turun ke tahap yang ideal
98 ~ Kami expect membaiki dan mencantikkan surau yang dibina oleh arwah aki di permatang badak
99 ~ Kami expect menjaga dan menaik taraf kawasan arwah aki
100 ~ Kami expect menjadi manusia yang direhdai dan diberkati serta hanya meminta setiap pengharapan hanya pada Allah bukan pada mahkluk
101 ~ Kami expect semua impian 101 yang kami tulis ini akan tercapai dengan mudah dan cepat




Thanks to ALLAH... alhamdullilah rezeki kami kebelakangan nie mencurah-curah... Ini berkat kesabaran kami yang menghadapi ujian hidup beberapa bulan yang lalu... Gara2 tak ikut planning yang dirancang... pelbagai ujian mengundang... sehinggakan besday party UWAIS terpaksa di cancelkan... Apa yang buat kami sakit, tawar hati dan terkilan... kami tak punyer kuasa atau power utk bertindak... tapi apa yang berlaku tidak mungkin kami lupakan... 

Bermula kehidupan kami diuji... kami masih berbincang dan membina rancangan2 baru... kami tidak mudah mengalah... malah kami bersyukur pada ALLAH kerana diberi ujian awal diusia kami yang masih muda... YA ALLAH bergitu besar pertunjuk yang KAU berikan... rancangan2 yg kami bina tidak mampu dilaksanakan kami berdua... kami masih perlukan sokongan2 yang kami harapkan... tp kami salah perhitungan... satu persatu episod bermula... satu persatu ujian yang ALLAH berikan membuka mata kami...

Kami mula mengenali siapa yang ada bersama kami ketika susah dan senang? siapa yang bersama kami ketika kami amat2 memerlukan pertolongan? siapa yang bersama kami disaat kami memerlukan sokongan untuk mulakan hidup baru... TIADA!!! TIADA !!! TIADA!!! dan TIADA!!! 

Alhamdullilah... syukurlah kami diberikan kesedaran... kami jadikan apa yang berlaku kekuatan kami untuk mulakan hidup baru... KINI kami berdua mengorak langkah satu persatu... YA ALLAH... benar kata MU... ALLAH akan sentiasa memberi ujian pada hamba-NYA sebagai tanda kasih dan sayang pada hamba-NYA... airmata sebelum ini buat kami berdua amat menghargai ikatan kasih sayang suami isteri, keseluruhan kepercayaan untuk mengembangkan perniagaan kami, kami memerlukan antara satu sama lain untuk kami berkongsi cerita, kami akan berusaha untuk memberikan kehidupan yang paling baik... yang paling indah untuk putera kami AHMAD UWAIS DARDA'

Dalam lirik nyanyian MAHER ZAIN... " insayalah... insayallah... insayallah... you find you way.... " banyak lagu2 Maher Zain yang memberi inspirasi pada kami... lagu ini salah satu-satunyer... BENAR!!! kami telah jumpa jalannyer... insayallah KAMI AKAN BERJAYA... Kami akan berusaha untuk jadikan kami antara peniaga2 melayu yang bergelar JUTAWAN di masa akan datang... AMEN...::~~~~^___^




harta dunia...::ha3

Bukan niat nak tayang2 kat korang key... bukan apa sekadar kongsi2 jea story nie... klau korang tak suke... tak yah baca entry nie... ha3...::

Sebenarnyer setiap kite2 yg mendirikan umah tangga mmg mengimpikan memiliki rumah, kereta n mahu miliki segala yg dihajatnyer... sama ada mahal atau murah itu terpulang :: tiada siapa yg memaksa kan? sbb apa... korang punyer duit... jd ikut suke korang nak belanja apa2 pun.... kan?

Jdnyer bergitu ler dgn impian kami... setakat nie kami tak kemampuan memiliki umah sendiri... masih mengumpulkan dana katakan? Ha3... lgpun umah sewa yg didiami terlalu byk memori... 7 tahun menjd penghuninyer... dr zaman study sampai dah beranak... lamakan?

~ contoh umah impian ~

ituler... mudah-mudahan dapat ler kami merasa umah contoh tue yea... Insayallah...::p Okeyler cukup cakap pasal umah impian kami... kite berbual plak psal kereta idaman kami yg telah pun dimiliki hampir 2 tahun lalu... tp tueler... byk dugaan betul sejak kami menggunakan kemudahan ini... entah ler... kami sendiri pun tak faham.... korang plak tak payah ler tanya yea kenape!!! sejujurnyer kami tak terpikir pun untuk menggunakan kemudahan nie utk menunjuk-nunjuk... kami mengikut kadar kemampuan kami... lgpun apa salanyer memenuhi keinginan en. suami yg amat mencintai akan sang singa nie...::

~ 31/03/09 ~

hmmm... mudah-mudahan ALLAH sentiasa memurahkan rezeki kami dan memudahkan segala urusan kami... Insayallah kami akan mengelakkan diri kami dr mengejar harta dunia semata-mata... AMIN::

syukur pada ALLAH



Dengan rasa rendah diri aku sebagai hambaNYA... bersyukur kepada NYA kerana memberi kesedaran, keinsafan dan peluang untuk memperbaiki diri malah membuka mataku tentang bayak perkara.
Sesungguhnyer selama ini aku terlalu alpa dengan kerjaya sehingga terlalu mengutamakan dunia dari akhirat. YA ALLAH... maafkan aku... terima kasih kerana memberi aku kesedaran diusiaku masih muda ini dan tidak terlambat untuk berubah...
YA ALLAH... hanya pada MU kini aku berserah... aku berdoa... murahkanlah rezeki aku dan suamiku... permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat... berikanlah kami zuriat yang soleh dan solehah... berikan kebahagiaan dalam keluarga kami...
Apa yang aku lalui benar2 memberi keinsafan dalam diri aku... YA ALLAH ampunkanlah segala dosa2 ku...