BERANI BERNIAGA 2013

Tuesday, March 26, 2013 0 Comments A+ a-





Assalamualaikum w.b.t

Semangat dalam diri yang menanti 30 Mac 2013 hari Sabtu ini untuk menghadiri Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Bersama Warga Industri 1 Malaysia di Arabian Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Bertajuk " BERANI BERNIAGA 2013 " adalah perkenalan kepada umum untuk program beliau yang saya amat-amat nanti iaitu Advance Marketing Power yang dijangka pada awal bulan Mei nanti.

Bahang aura beliau kian terasa kerana diri pemilik blog ini semenjak-menjak ini agak lemau... hehe!!! bukan lemau mana pun cuma terasa rindu sebenarnya setiap kali berada di dalam program beliau terasa sangat enegy yang berbeza dan aura yang luar biasa...

Mungkin orang akan berkata saya terlalu taksub dengan beliau... jangan berprasangka yang tidak baik... in shaa Allah untuk entry akan datang saya akan kongsikan pengalaman saya menyertai program beliau. Jadi hari ini saya kongsikan fakta mengenai Klinik Usahawan Dr Azizan Osman Bersama Warga Industri 1 Malaysia.

Beliau telah membantu lebih 300,00 0 peserta yang dihadiri daripada perlbagai kalangan usahawan, pengarah syarikat, kakitangan kerajaan atau swasta untuk mempelajari tentang ilmu strategi dan rahsia bagaimana membina perniagaan yang mencapai tahap luar biasa dengan 5 perkara penting:-


a) Bagaimana meningkatkan ramai pelanggan baru dalam masa yang singkat kurang dari 7 hari.
b) Bagaimana meningkatkan jumlah jualan lebih 300% atau 3 kali ganda dalam masa yang singkat.
c) Bagaimana meningkatkan tahap keuntungan syarikat/ perniagaan.
d) Bagaimana membuatkan perniagaan anda dikenali dan dapat dicari dengan mudah pelanggan
e) Bagaimana membuatkan pelanggan sentiasa mahukan produk atau servis yang diberikan.
      
Oleh itu, saya amat-amat menggalakan anda hadir ke majlis ilmu yang sedemikian yang programnya sepanjang hari secara 100% percuma.... Tak nak percaya tidak apa... tapi buat sahaja. Ngeeee...

Bagi yang masih tercari-cari link program ini untuk pendaftaran, boleh datang melawat di www.BeraniBerniaga.com atau boleh membaca kisah-kisah hebat mereka setelah mengalami perubahan sebelum dan selepas menghadiri program Dr Azizan Osman di facebook Alumni atau Bakal Alumni Program Dr Azizan Osman... serta masih boleh hubungi di talian 019/013-244 22 44 atau 019 2442 400. Oleh itu, kita jumpa lagi di entry akan datang:) Amin!!!

MESYUARAT AGONG USAHANITA DAERAH KUANTAN PAHANG 2013

Monday, March 25, 2013 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t...

Suasana petang yang amat tenang buat saya kerana 3 hari lepas agak huru hara dengan katering... Alhamdullilah hari ini dapat menikmati setiap saat dan setiap minit apa yang berlaku hari ini bersama suami dan anak-anak tersayang.

Luangkan masa sebentar bersama suami di Old Town White Coffee di Bandar Kuantan sambil membelek post-post kawan-kawan di Facebook yang agak menyepi sebelum ini. Fikirkan apa untuk diisi di entry ini tentang saya telah menghadiri Mesyuarat Agong Usahanita Daerah Kuantan, Pahang di Megaview Hotel pada 21 Mac 2013 yang lepas.

Kali ke 3 keahlian saya bersama Usahanita Daerah Kuantan adalah dengan tujuan asal untuk bersama-sama usahawan-usahawan wanita di Kuantan untuk berkenalan dan berkongsi pendapat tentang perniagaan yang diusahakan oleh mereka.

Saya juga berkesempatan untuk menghadiri program-program  dikendalikan oleh persatuan ini dan berbangga dapat bersama dalam program ajuran Usahanita. Pandangan mata hati saya amat-amat mengalakkan usahawan-usahawan bumiputera di Kuantan patut menjadi ahli dan yang paling hebat hampir seluruh Malaysia persatuan ini ditubuhkankan mengikut daerah-daerah tempat.

Okeylah, buat yang berminat untuk menjadi ahli Usahanita... yuran tahunan adalah RM 50.00 setiap tahun dan boleh mendapatkan borang dengan Pengerusi Daerah Kuantan iaitu Kak Habsah di Kedai Sinar Ayu beliau atau boleh hubungi beliiau di talian 019-9893040^_^

Hmmmm... seperti biasa nak jugak selitkan pic-pic kan?????? Jadi layan jealah... hehe:) 





pic-pic agak blur... jangan marah yea... layan 1 lagi pic ini... hehe!!! its me:)


CRAZIE NUTZ n ME

Tuesday, March 19, 2013 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t...

Terasa nak menulis entry utk malam2 ini sambil2 mengunyah crazie nutz hingga membuatkan mulut tuan punyer blog ini tak berhenti mengunyah... HEBAT gilerrrr kunyahan crazie nutz ini... sampai hampir terleka hari telah lewat malam sambil menemani uwais meletihkan dirinya dengan x-box... hehe!!!

Setelah itu, terasa juga ini mengkongsi pengalaman beberapa hari lepas apabila crazie nutz mengadakan booth di KARNIVAL PERKAHWINAN 2013 di Berjaya Megamall bermula 15hb-17hb Mac... WOW!!! sambutan amat mengalakkan... Bayangkan hampir 90% pelanggan yang merasa crazie nutz ini memang comfirm membeli... Itu yang buat pelanggan jatuh cinta.

Walaupun semasa booth ini berlangsung, saya agak produktif dengan katering pertunangan seorang kawan ayah mentua... tapi bila memikirkan crazie nutz ini memang harus diperkenalkan pada orang ramai kerana saya percaya crazie nutz ini adalah makanan yang sihat, berkhasiat serta memberi tenaga dan yang paling penting crazie nutz ini boleh membuatkan mulut kita tidak berhenti mengunyah.

Jualan yang amat memberangsangkan dan daripada feedback pelanggan ramai yang menelefon untuk bertanyakan produk ini dan juga untuk menjadi agen-agen... Amat-amat mengalukan agen-agen disekitar Kuantan.

In shaa Allah, bagi yang berminat untuk menjadi agen di Kuantan masih ada lagi tetapi tawaran ini adalah terhad... Secara tidak langsung kawasan yang kami cari adalah di Pekan, Balok, Tanjung Lumpur dan beberapa tempat lagi... Amin2 yea:)

Jadi siapa yang nak merasa kuyahan crazie ini boleh membuat komen dibawah... dan itu JOM layan pic ini... Adiossssss^______^




KAMI:)

Thursday, March 14, 2013 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t

Terlalu lama dibiarkan blog ini bersarang tanpa catatan entry terbaru... tanpa pic2 yang menceritakan perjalanan hidup selama ini. Entahlah... kerana terlalu banyak alasan selama ini secara sengaja dibiarkan blog ini sepi tanpa coretan.

Terasa rindu apabila menerjah blog2 lain... wow!!! sangat2 seronok membaca blog ini dan lantas baru tersedar selama ini blog sendiri dibiarkan sepi. Untuk entry ini, terasa ingin memperkenalkan lambang cinta selama 4 tahun ini...

Ahmad Ukail Daniyal... tanpa sedar 10 Mac 2013 lalu telah genap 1 tahun... melalui detik indah bersama dari saat di dalam perut ibu dan kini dapat melihat, merasa, menyentuh anugerah ALLAH ini. Sangat2 teruja dikurniakan 2 cahaya mata yang sangat2 hebat. Maka hidup akan makin ceria dengan Ahmad Ukail Daniyal bersama abangnya Ahmad Uwais Darda'. Ahmad Uwais Darda' kini berusia 4 tahun tahun ini. Sangat bahagia dan sangat gembira bersama mereka... Senyuman mereka, tangisan mereka, gelak tawa mereka adalah pelengkap buat seorang yang bergelar ibu.:)

Sayang
Terlalu banyak kebahagian yang sayang berikan untuk ibu
Dengan setiap yang kecil dan besar sayang lakukan
Ibu bersyukur kerana sayang adalah anak-anak ibu...

Setiap saat ibu pasti ingat kehadiran sayang
Ketika detik gembira
Ketika air mata megalir bahagia
Hingga tiada kata untuk diucapkan...

Ibu bersyukur kepada Nya kerana menganugerahkan sayang pada ibu...
Dan lantas sayang adalah amanah ibu yang ibu berjanji akan menjaga sayang
Kerana sayang adalah harta dunia dan akhirat ibu...

Sayang... ibu sentiasa doakan sayang diberkati... dilindungi oleh Nya
Biarpun lebih dari ibu sendiri
Kerana sayang adalah kesayangan ibu
Yang tidak akan ibu mungkir janji dengan Nya untuk menjagamu...

Amin...

- Deyana Hatazad -









Kasih sayang kami... cinta kami buat selama-lamanya... ^_^


Alhamdullilah dan In Shaa Allah... kita bertemu di next entry... MUAH!!!