SAAT YANG TERBAIK DAN BOLEH PENGSAN:)

Monday, June 23, 2014 0 Comments A+ a-

Saya nak sharing perkara yang paling saya nak sangat berlaku akhirnya diizinkan Allah ia terjadi. Saya sebenarnya menerima whatapps Tok Bak tidak hadirkah saya di selawat Habib Syech Aseegaf di Shah Alam... saya jawab tak tahu pun... Aiyakkk saya pun macam biasa tak boleh jadi nie dan malah hari tersebut bertindan dengan kursus usahawan Amanah Ikhtiar Pahang...
Cakap dengan suami kalau kita pergi terus balik terus okey tak? Yealah suami yang memamdu... saya rasa dekat jea Kuantan ke Kuala Lumpur. Hihihi itu kalau tanya saya lah...
Pukul 4 petang hari sabtu saya skip kursus balik awal... Alhamdullilah sampai juga saya dan suami ke Shah Alam... Malam 1001 berselawat bersama Habib Syech Aseegaf anjuran guru sangat amazing. Tertutup pula tue. Aura superb.
Awal awal lagi dah menangis... Bila guru cakap siapa yang hadir ini adalah sebahagian ahli keluarga dah mengalir air mata. Pesan habib tak perlu cakaplah laju jea airmata... semasa selawat pun tak berhenti... sangat feeling:) bait bait selawat meresap ke dalam halwa telinga nie sampai ke hati.
Ya Allah bersyukur kerana berikan kesempatan nie... beruntungnya saya dan suami. Lepas majlis guru belanja nasi arab pula. Dapat jumpa habib dan guru... Yang best guru sporting sangat. Hihihi
Rasa nak pengsan sekejap sebab seronok tahap maksimun. Balik ke Kuantan jam 3 pagi hati berbunga bunga... Sampai pagi terus sambung kursus balik. Macam tak penat pun... suka sangat... Alhamdullilah








Okey sampai sini yea... nanti sambung lagi :) nak pergi beli barang... Hahaha suami dok hon dah...

MESYUARAT AGONG USAHANITA NEGERI

Friday, June 20, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dengan izinNya hujung minggu lepas hari yang sangat produktif. Bak kata suami " usaha sungguh " sebabnya kita sibukkan diri berpersatuan. Jalinkan networking dan silaturahim. Ini adalah kali pertama kita sibukkan diri sebab sebelum ini kita tidak berpeluang pun.

Apapun seronok sangat moment ini. In shaa Allah kita suka bersama usahawan usahanita negeri Pahang. Malam 13hb lepas kita nie baru keluar sarang untuk pergi dinner... hihi walaupun tak rancang nak pergi sebab waktu itu program IMKK doc di Seri Kembangan. Sentap kita tak dapat berkhidmat untuk guru. Maafkan saya doc pasti izinNya saya berkhidmat lagi.

Jadinya kita tak lah pakai baju Usahanita yang sepatutnya dipakai. Jadi baju kita disponsor oleh jutawan butik yang sangat baik hati iaitu https://www.facebook.com/lily.balgis?fref=ts macam artis kita malam tue... hihi. Ini pic kita memakai baju dan tudung disponsor.



Dan setelah itu program bersambung esok untuk melantikkan perwakilan yang layak untuk jawatan jawatan bagi menerajui Usahanita selama 2 tahun. Dah nama baru keluar sarang kan? jadi masa mesyuarat kita tidaklah pakai baju purple warna tema Usahanita kan... Huhu

Jadinya kita pakailah yang mana ada tetapi tetap cantik lah kita rasa. Haha... Wow amazing juga situasi semasa perlantikkan berlangsung. Melihat gelagat usahawan usahawan sekalian banyak membuatkan saya belajar berwaktu waktu. Its okey yang lain rahsia yea...

Kita sebagai AJK menguruskan dan membantu proses perjalanan mesyuarat. Kita belajar lagi. Tapi setiap moment jika tak ambil gambar memang tak sah. Bolehlah layan pic pic ini.





Akhirnya majlis 2 hari selesai dengan baik sekali. Usahanita sangat bagus untuk usahawan wanita nak memperolehi networking, apa program yang menambah nilai untuk usahawan. Sebab itu saya masih setia walaupun dah hampir 4 tahun saya bersama Usahanita.

Sekadar nasihat bersama:) apabila kita berpersatuan dari mana sekali pun yang kerajaan atau NGO sama sama semarakkan persatuan dengan matlamat menambah nilai orang lain. Apa manfaat yang kita boleh berikan. Apa sumbangan kita. Bagaimana kita nak memperbanyakkan dana kita untuk program program berkualiti... bukan sibukkan siapa AJKnya atau JKKKKKKKnya. Boleh boleh:) Jom we make this world a better place... Tingkatkan pretasi kurangkan kontoversi... Eceh eceh eceh... Adiossss dari kita ini:)

BUKAN SENANG PUASKAN HATI SEMUA ORANG - POSITIF PAGI

Friday, June 20, 2014 0 Comments A+ a-

Kebiasaannya orang akan berbicara ikut suka suka dia apa nak dicakap. Sahabat sekalian, tak larat derrrr... jika kita nak sentap semua. Just let it go jealah kan.
Kita harus faham bila orang berbicara pasal kita sedangkan kita tak pernah ambil tahu siapa dia, bagaimana perniagaan dia... ia adalah baja untuk kita.
Dalam hidup yang fana ini pun sahabat, ada dua perkara sahaja yang akan terjadi. Pertama orang suka kita siapa kita dan yang kedua orang tak akan suka kita walaupun siapa kita?... Betul betul?
Jadi bila berlaku... jika orang suka kita... mereka sukalah kan. Jika tak macam mana pula... No hard feeling sangat. Tak suka kita tak apa... " nama kau Joyah " haaaa kan... hihi
Okey okey macam nie... Ala gurau pun tak boleh... jika orang tidak suka kita belajar memaafkan dan mendoakan mereka.
Paling tidak bila orang viralkan perkara negetif memgenai kita... orang lain akan mula cari siapa kita. Bila orang dah kenal kita in shaa Allah orang akan kenal siapa kita.
Bagi saya tips pagi ini hanya buat sahaja apa yang kita nak buat selagi ia halal dan sah disisiNya. JUST DO IT!!!!!
Boleh boleh? jadi pagi ini jom kita senyum dan bersyukur segala nikmat Allah kepada kita. Salam sayang semua. Muahhhhh:)