Wednesday, October 30, 2013 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dan bersyukur dengan segala nikmat ALLAH... beberapa hari ini saya diberi cabaran apabila produktion sambal hitam pahang kami tarik diri...

Saya menerima cabaran ini dengan senyuman... suara-suara kecil mula bertindak mempengaruhi saya " bagaimana dengan rasa jika tidak sama " " bagaimana pelanggan lari " " bagaimana nak buat kerja orang tak ada " dan more and more suara-suara itu cuma menganggu saya...

Tapi saya sentiasa berbisik dalam hati ALLAH kan ada... ALLAH yang mengerakkan setiap zarah untuk menjadikannya atau tidak. Saya redha dengan cabaran ini.

Nak tahu apa yang terjadi... masya ALLAH sambal hitam pahang kami cyecah cyecah dengan variasi rasa baru tanpa MSG sangat sedap... ini resepi baru yang dipertingkatan oleh saya dan suami... malah apa yang kami dapati lagi... sangat awesome di bahagian produktion dalam kuarangkan kos...

Boleh kami " add value " lagi pada pelanggan... masih segar dalam ingatan nasihat habib syech aseegaf semasa selawat bulan lalu... jika anda didatangi ujian berselawatlah burdah... menangis memohon padaNya... minta setulus-tulusnya...

Alhamdullilah ini lah hasilnya


CYECAH CYECAH KINI GILA PASARAN^_^

Wednesday, October 16, 2013 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum w.b.t...

Apa benda pula CYECAH-CYECAH itu rupanya??? Tak pernah kenallah lagipun nama pun CYECAH-CYECAH. Apa ke bendanya yea...

Welcome to my new world... setelah beberapa bulan yang lepas angkara IMKK banyak betul turning poing yang berlaku dalam hidup. Sedang mencari jalan dan berusaha

" TRY and ADJUST " akhirnya inilah ilham atau idea yang ALLAH berikan kepada saya dan suami. Kiranya suami adalah Founders lah brand CYECAH CYECAH ini.

Saya sebagai Director dalam syarikat CYECAH CYECAH yang baru beroperasi dalam 2 bulan dengan produk pertama kami adalah Sambal Hitam Pahang telah menjadi kegilaan pelanggan kerana sekali makan pasti nak dan nak lagi... Itulah matlamat syarikat setiap kali menikmati keluaran produk kami makannya berselera bertambah-tambah.

Bestkan macam itu, okey sekarang dalam goal perancangan kami untuk mencari agen diseluruh negeri bermula hari ini dan akan sama-sama umumkan agen-agen yang aktif ini serentak. Bermula dengan agen kita akan membantu agen-agen yang bertindak cepat akan dilantik menjadi stokist.

Bila ditanya tak akan produk sambal hitam pahang sahaja... Sabar-sabar semua fokus yang ini untuk memikat pasaran dahulu. Margin target adalah wanita yang bekerja dan bekerjaya berusia 25 tahun ke 35 tahun. Akan datang banyak lagi sambal-sambal yang akan kami keluarkan... HEHE^_^

Jadi sambal hitam pahang ini harganya RM 10.00 sangat mudah buat wanita diluar sana mnjimatkan masa dari merebus belimbing buluh sehari suntuk. Sambal hitam kami ini buka terus makan dan memang kejap jea licin. Ketahanan 14 hari tanpa suhu peti. Sangat awesome kan?

Ini bagi membakar selera dulu... Nanti boleh komen jika ada pertanyaan yea. Atau boleh ke page ini https://www.facebook.com/pages/Cyecah-Cyecah/353222161453004 atau facebook peribadi https://www.facebook.com/deyana.hatazad

Ini dia packing CYECAH CYECAH sementara nak tunggu design baru dari PRINT MONSTER...^_^


Ini antara hidangan yang kami sediakan menggunakan sambal hitam pahang ini... Bukan hanya makan dengan nasi kosong... Serius rugi gilerrrr yang takut mencubanya.... Ngeee



Apa tunggu lagi mantapkan... Boleh call/ whatapps/ sms di 016-9597158.... Okey jumpa lagi next entry..

SALAM AIDILADHA

Wednesday, October 16, 2013 0 Comments A+ a-

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA^_^ ALHAMDULLILAH  DAN BERSYUKUR HARI INI DAPAT BERSAMA KELUARGA DAN BERMAAF-MAAFAN ~~~ tak boleh tulis banyak-banyak hari ini kerana masa tidak mengizinkan... hihi nanti yea... moga raya ini kita semua dilindungi, diberkati dan dirahmati oleh ALLAH swt... AMIN^_^

DR AZIZAN OSMAN JUTAWAN KONTROVERSI!!!

Tuesday, October 08, 2013 0 Comments A+ a-

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Selama 5 hari saya bermusafir menghadiri program untuk disekolah oleh jutawan kontroversi no 1 Asia Dr Azizan Osman dalam program Platinum Master Your Business bermula 2hb - 6hb Oktober 2013 di De Plama Hotel, Shah Alam membuatkan saya terfikir apa yang ditipukan oleh Dr Azizan Osman kepada pelajarnya.

Sepanjang masa beliau di dalam kelas menjawab kontervesi sebuah blog kononnya beliau adalah penipu disebabkan salah faham antara seorang guru dengan anak muridnya telah disalah ertikan oleh blogger blog itu. Tanpa blogger itu sedar isu ini telah diselesaikan denganbaik sekali. Saya juga adalah antara yang mendapat coaching dengan Dr Azizan Osman seperti pelajar yang membuat aduan. Alhamdullilah saya mempunyai tarikh-tarikh coaching yang disediakan oleh pihak RICHWORKS.

Sedangkan di dalam kelas saya mencari mananya ilmu yang dicurahkan oleh beliau adalah menipu. Setiap penjelasannya saya terima dengan baik malah sangat baik. Adakah saya yang terlalu dipukau oleh beliau dengan ilmunya kerana yang program ini bukan program pertama saya. Malah ini program kali kelima... Bermula dengan Intensif Jutawan Industri, Train The Trainer, Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan dan Advance Marketing Power. Dasyatnya... Dah banyak lah macam itu saya ditipu!!!

Oh kesian bila ada yang fikir bergitu... Ilmu mana yang tak berbayar^_^ Cuba jelaskan... Mahal pula isunya... Jadi apa salahnya yang harganya dijadikan ukuran. Selama ini yang beliau buatkan seminar percuma tak dikira. Harganya jauh berbeza dengan ilmuan-ilmuan di luar negara yang harganya jauh lebih mahal.

Sebelum ini ada orang memberitahu dia dulu satu kelas dengan Dr Azizan Osman belajar di Singapore. RM 20,000 bayarannya. Jadi apa yang saya dengar masa itu... Itu lagi mahal. Saya lagi tidak mampu. Sekurang-kurang Dr Azizan Osman berusaha untuk menambah nilai dalam kehidupan untuk bangsa melayu dan agama islamnya. Kawan saya menggunakan ilmu itu sendiri guna... Jadi terpulang pilihan masing-masing.

Beliau berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman jatuh bangunnya yang berniaga rugi dan sentiasa rugi tidak berjaya. Buat perbagai perniagaan sering gagal dan terus gagal. Ilmu inilah yang dikongsikan untuk mereka yang tidak sedar apa masalah yang berlaku dalam perniagaannya. Setelah itu ramai jutawan yang dilahirkan oleh beliau. Yang seronoknya jutawan-jutawan ini saya mengenalinya malah ada sebahagian kami menjadi kawan.

Alhamdullilah semejak saya mengenali Dr Azizan Osman saya mendapat kawan-kawan jutawan yang positif pemikirannya, aura yang sangat baik, yang menjaga hubungan dengan ALLAH dengan superb sekali. Mereka semua mengikut ajaran guru... Masya ALLAH apa yang salahnya Dr. Azizan Osman lagi.

Serius saya beritahu tidak kenal maka tidak cinta... sebelum orang di luar sana mencaci dan menghina beliau saya sangat sedih. Sebab beliau guru saya. Beliau mengajar saya tentang kehidupan sebenar. Kenapa saya tidak bahagia sebelum ini, mana kebocoran wang saya sebelum ini, macam mana hubungan saya dengan ALLAH terutamanya yang sebelum ini sangat jauh sekali, mana keberkatan restu dan doa ibu bapa saya, apa makna kekayaan dan kejayaan sebenar yang kita nak dalam perniagaan kita.... Semuanya saya tahu kini. Beliau yang ajar saya semua itu. Jika beliau tidak berkongsi ilmu ini saya sesat di dunia ini.... saya tenggelam di lautan...

Saya tahu beliau kuat dengan menghadapi cabaran ini. Beliau sangat kuat kerana beliau meletakkan segala ueusannya dengan ALLAH. Tak tercalar sedikit pun tohmahan yang diterima. Tapi buat mereka yang berprangsaka buruk pada beliau carilah beliau dipadang Masyar nanti.

Jangan menghukum pencipta ALLAH sesuka hati... Datang lah sendiri menghadiri program beliau sendiri. Kenali beliau. Banyak program percuma yang dihidangkan kepada masyarakat setempat
diserata Semenanjung Malaysia.

Yang terbaru beliau akan adakan program percuma 100% iaitu Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan. Klik disini http://www.magnet2013.com/ Daftar percuma untuk 3 orang. Sedangkan kita sering mendengar tuntutlah ilmu sehingga ke negara China... Datanglah program ini untuk diri sendiri dan dengan niat yang ada mak mencari ilmu.

Saya sentiasa mendokan Dr Azizan Osman sentiasa diberkati dan segala urusannya dipermudahkan. Saya antara yang terpilih mendengar sendiri COPRATE SUMMARY milik beliau, Saya sangat kagum. Usahanya untuk memperbaiki anak bangsanya sangat saya kagumi. 

Waallahualam... Jumpa next entry dan ini antara gambar MYB... Kredit pada https://www.facebook.com/ReezqiCinematograpy







HARI INI MUSAFIR MENUNTUT ILMU LAGI

Wednesday, October 02, 2013 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah selepas pulang dari IJI 2013 otak rasa wow!!! macam-macam nak buat... Baliksahaja terus bertindak buat banner dan banting untuk kedai baru yang 2 minggu baru buka. Kami akan laksanakan idea yang guru bagi semasa IJI baru-baru ini.

Selesai tugas semalam, buat kerja-kerja rumah dan bersiap untuk bermusafir lagi pagi ini. In shaa ALLAH doakan perjalanan kami selamat. Kali ini saya pergi bersama kawan dari Kuantan.

Bersyukur dapat keizinan suami untuk menghadiri MASTER YOUR BISNESS ( MYB ) di De Palma esok sehingga 6hb 10 nanti. Memang agak lama tapi itulah perjuangan yang perlu saya selesaikan. Alhamdullilah dapat hadir juga walaupun ada beberapa cabaran.

Saya nak sangat menuntut ilmu untuk course ini kerana perniagaan saya sebelum ini jatuh kerana tiada ilmu perniagaan. Bagaimana nak menjadi usahawan yang lebih banyak masa bersama keluarga, beberapa perniagaan pun perniagaan tetap dijalankan seperti biasa walaupun saya tiada di situ.

Sangat teruja bangun awal pagi ini lunaskan rasa rindu padaNya. Peluk ketat-ketat anak-anak ibu dan keizinan suami ini moga usaha perjuagan saya diberkati dan diredhai olehNya....  In shaa ALLAH... amin


MASYA ALLAH DAH BERSARANG BLOG INI ~ KREW IJI DR AZIZAN 2013

Tuesday, October 01, 2013 0 Comments A+ a-

Wah terkejut saya melihat sendiri blog yang dah lama bersawang ini. Dah berapa kali bersawang tidak tahulah. Tapi In Shaa ALLAH lepas ini saya harus konsisten dengan blog saya sendiri. Ini janji saya dengan blog saya. Hehehe... Sejujurnya saya ikut cakap guru saya. Mentor selalu atau dalama mana-mana kelas pasti akan beritahu buat sesuatu harus konsisten.

Ish!!! degil betullah anak murid ini. Ampun guruku... Aku perlukan berkat dan redhamu guru. Alhamdullilah apa yang membahagiakan saya dan suami baru sampai Kuantan malam tadi. Kami bermusafir dari Kuala Lumpur  untuk menambah nilai dan membantu peserta-peserta Intensif Jutawan Industri 2013 dari 27-29 September 2013.

Wow sangat hebat dan aura yang luar biasa. Bersyukur buat bangsa melayu yang bersemangat untuk ubah dan perbaiki hidup. Tahniah buat mereka. Seperti biasa mentor tidak loket ilmu. Sentiasa memberi dan memberi. 

Alhamdullilah saya berpeluang juga untuk revision semula ilmu-ilmu IJI semula. Banyak yang saya nampak dengan lebih jelas. Apa kuasa tindakan yang saya perlu ambil. Selepas turning point dalam hidup pasti banyak yang saya terlupa. Saya perlu di charges. Saya perlu ingatkan. Saya perlu aura positif wave. Huhu! Penat berlawan dengan biawak-biawak kat luar... Kan

Saya nampak dengan jelas untuk pasaran Cyecah-Cyecah dan kedai yang baru buka 2 minggu. Guru dah bagi cadangan atau idea tentang kedai makan kalau tidak buat memang giler kentang namanya...

YA ALLAH! saya mohon padaNya agar segala urusan saya dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t, Diberi kekayaan, kejayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan di dunia dan akhirat. Redha guru, ibu bapa serta buat wanita redha suami pasti yea...

Okey jom layan kejap gambar-gambar saya bersama insan-insan luar biasa... ^_^