AIR TANGAN MASAKAN PAHANG KAK DH DI MAJALAH MINGGUAN WANITA

Thursday, December 29, 2016 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dah beli Majalah Wanita belum nie^_^ tersenyum lega apabila hasil air tangan kak DH berjaya membantu wanita2 diluar sana untuk dapatkan menu2 Pahang...

Ini belum betul2 buku sendiri mahu kak DH lompat 🌟🌟🌟🌟🌟 lagi...

Bermula yang kecil in shaa Allah peluang besar akan menghampiri... kan?

Jadi mehlah cepat2 dapatkan Majalah Wanita edisi Bil : 1727. Moga2 lepas ini kak DH diberi peluang untuk cover muka depan pula... hihi!

Hok aloh! impian jea... tak salah kan💝💝
💝

Ini 13 resepi kesemuanya...^_^ istimewa untuk anda😙

#DeyanaHatazad
#SambalHitamPahang
#CyecahCyecah










SAMBAL HITAM PAHANG CYECAH CYECAH TERBAIK DARI KUANTAN

Tuesday, December 20, 2016 0 Comments A+ a-

MENGAPA SAMBAL HITAM PAHANG CYECAH CYECAH MENJADI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA?

➡ Tahan lama... in shaa Allah 6 bulan masih bertahan sebab kita dah vakum

➡ Masih guna packing plastik dan bekas kerana kami biz online... mudah diposkan dan tak berat... jimat kos pos^_^ 

➡ Sambalnya kami masak 3-4 jam betul2 masak sebaiknya bermakna tak basah dan berminyak. Kita tapis minyak. Biarpun minyak mahal kita masih guna minyak botol dan penggunaan 1 kali guna sahaja dan buang

➡ Tiada MSG, jika ada customer yang ketagih nak makan itu in shaa Allah memang sedap dari hati tue... bukan sebab MSG. Makan banyak2 lepas itu rasa dahaga... tanda2 ada MSG

➡ Boleh bawa travel... dah merata #CyecahCyecah ini berjalan. Mekah, UK, Indon dan lain2 negara... tuan owner jea belum jelajah lagi😓😓😓 hihi

➡ Bekasnya mesra alam... dah buka plastik sambal terus letak dalam bekas yang disediakan. Tak perlu susah2 cari bekas lain

➡ Testimoni2 positif yang banyak kami terima memang antara yang terbaik dari terbaik

➡ Dah masuk TV Al Hijrah dan majalah2... Alhamdullilah

➡ Artis2 seperti penyanyi No 1 Malaysia Dato Siti Nurhaliza dan pengacara kesayangan ramai Farah Diba dan Raja Farah rancangan Assalamualaikum pun dah makan sambal hitam pahang #CyecahCyecah... dengar2 Faizal Tahir pun cari #CyecahCyecah... hihi

➡ Yang terakhir pastinya ia adalah produk muslim dan halal serta bersih. Masak dari hati tau... supaya semua yang makan dapat merasai kesedapannya. Menjimatkan masa isteri2 bekerja dan suri rumah tak yah susah2 dah tumbuk sambal...

Anda suka kasi lah emotion sikit...

Like dan share... moga2 sampai pada orang lain juga^_^

#DeyanaHatazad
#SambalHitamPahang
#CyecahCyecah

















SAMBAL HITAM PAHANG CYECAH CYECAH DI TV AL HIJRAH DALAM SLOT DIY ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, December 14, 2016 0 Comments A+ a-

Dah hampir sebulan masa berlalu, belum terlambat jika nak kongsikan pengalaman baru #CyecahCyecah apabila diberi peluang untuk beraksi secara LIVE di slot DOT Rancaangan Assalamualaikum...
Ya Allah berdebornya Allah swt sahaja yang tahu. Gigil2 kepala lutut. Tetapi bila dah LIVE seronok pula. Dah ketagih nak keluar TV lagi... hihi
Masa slot ini kita buat 2 menu special dari sambal hitam pahang #CyecahCyecah iaitu sandwich dan salad... Alhamdulilah komen dari pengacara yang cantik manis Farah Diba sangat2 sedap katanya. Seronok sangat apabila menerima komen positif dariNya.
Moga2 diberi peluang lagi... semakin teruja dan rasa nak lagi dan nak lagi... hihi sabo jealah. Apapun terima kasih pada Puan Miza yang baik hati. Dengan hanya 1 kebetulan whatapps lalu dijemputnya kita ke Al Hijrah. Bagai mimpi disiang hari. Seronok tak terkata... 
Lepas LIVE tue berduyun duyun customer order sambal hitam pahang. Sampai awal pagi lah masih menerima tempahan. Semua dengan izin Allah swt. Syukur sangat2.






CYECAH CYECAH NAK MASUK TV... EXCITED YANG AMAT^_^

Wednesday, October 19, 2016 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dengan perancangan Allah swt yang sebaik baik perancangan adalah perancangan dariNya...

IzinNya juga sabtu ini Cyecah Cyecah akan masuk TV... Hura horey!!! Rezeki yang tak disangka sangka. 

Asalnya Cyecah Cyecah tanya untuk boleh ke nak sponsor Sambal Hitam Pahang kepada team Alhijrah... tapi katanya dia nak sponsor makanan untuk menu pagi.

Lepas itu orang yang saya whatapps itu Puan Miza. Dia pun offer... apa kata masuk slot DIY tunjuk bagaimana nak masak sambal hitam pahang atau menu yang boleh masak bersama sambal hitam pahang...

Terkejut yang amat... terus setuju dan bagitahu akan buat yang terbaik... MasyaAllah saat Allah nak bagi... mesti DIA bagi.

Gigil tak hilang lagi... hihi! Tengah study sikit apa yang perlu dibuat dan dibawa... Doakan yea semua berjalan dengan lancar. Doakan saya dapat bertutur dengan baik dan jelas. Doakan semuanya dipermudahkan... Amin2

Adiossss...♡♡♡♡



SUSU RIZQI MAMADIL MEMANG TERBAIK

Monday, August 08, 2016 0 Comments A+ a-

Sepanjang menyusukan Al Fateh adalah rezeki yang paling bermakna. Mana taknya kerana untuk abang2 Al Fateh saya tak berjaya menyusukan mereka dari saya sendiri.

Mula saya tahu saya mengandungkan Al Fateh saya telah mula membuat teknik programing untuk Al Fateh. Saya usap perut sambil bercakap " Al Fateh nanti dah keluar dari perut ibu Al Fateh minum susu ibu yea "

Sebenarnya kalau diikutkan saya tak yakin kerana semasa abang uwais lahir saya mengalami bengkak susu yang serius. Telah mendapat surat doktor untuk ditahan wad dan dibedah tetapi saya tak buat. Serammmm... hihi

Akhirnya bengkak susu saya baik dengan perubatan alami. Jadi hari ini Al Fateh telah setahun setengah bulan alhamdullilah Al Fateh masih menyusu badan. Kadang2 berlaku juga bila susu drop dan penat bekerja susu seakan merajuk.

Setiap kali rasa bergitu... susu drop jea saya akan minum 1 sachet susu Rizqi Mamadil. Sehari dalam 3 kali saya minum. Izin Allah swt dan asbab susu kembali meriah dan Al Fateh sangat2 suka.

Dan yang best kebaikan susu Rizqi ibu minum Al Fateh juga perolehi. Al Fateh jarang sakit seperti demam, batuk dan selsema. Malah kulit Al Fateh sangat2 bersih dan lembut sahaja.

Sejujurnya sangat berbeza dengan anak pertama dan kedua. Sekarang abang2 Al Fateh pun minum susu Rizqi. 1 sachet sehari untuk kecergasan minda dan fizikal mereka. Lagipun minuman ini dari bahan2 sunnah in shaa Allah ia tidak mudarat.

Yang kelakar nyer untuk 1 keluarga macam saya 5 orang susu Rizqi sahaja 5 kotak sebulan. Tak apalah mencegah penyakit sebelum kena. Moga2 dengan asbab ini saya dan keluarga sihat walafiat hendaknya.

Kerana kebaikkan susu Rizqi ini saya juga adalah agen SAH Mamadil. Hihihi! Jadi sesiapa yang nak dapatkan produk Mamadil saya boleh bantu anda... whatapps 0169320939 yea.



SAMBAL HITAM PAHANG CYECAH CYECAH

Sunday, August 07, 2016 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah ini tahun ke 3 kami berada di dalam industri pembuatan makanan. Sebelum ini dengan pengalaman katering dan kafe hampir 8 tahun dan pelbagai cabaran suka dan duka dilalui kami memilih laluan ini untuk masa hadapan.

Bersyukur dengan izin Allah dari permulaan kami hanya ambil sambal hitam pahang ini melalui orang lain. Kami packing dan jual. Proses demi proses yang dilalui akhirnya kami berjaya mencipta sendiri rasa resepi tersendiri.

Bukan mudah... sambal hitam pahang kami tanpa MSG. Kini dengan teknologi yang terbaik sambal hitam pahang kami dapat bertahan kualitinya lebih lama. 

Rezeki yang diterima dari kementerian MOA dibawah agensi MARDI tidak kami sia2 kan. Terima kasih dengan sokongan.

Bermula dengan 1 kuali kacau sendiri... kemudian 4 kuali kacau sendiri... kini 2 mesin cooking mixer yang dikacau secara automatik.

Moga proses ini diteruskan dengan lebih baik. In shaa Allah. Moga diberi peluang2 dari agensi2 kerajaan untuk membantu kami menambah baikkan dalam produktion kami.





THROWBACK!!! LUANGKAN MASA BEROPEN HOUSE

Saturday, August 06, 2016 0 Comments A+ a-

Sebagai kenangan 2016. Antara masa2 bersama yang tersayang. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu. Selagi punya masa luangkan sebaik baiknya...
Sayang sesayang sayangnya... nanti bila anak2 dah membesar saat kita bersama dengannya pasti mereka akan ingat
Untuk 3 hero memang mencabar bila membesarkan mereka. Apatah lagi bila nak bawa berjalan bergini. Macam2 ragam macam2 karenah.
Sabar dan sabar... tapi kadang2 terbulat juga mata ibu nie haaaaa... hihihi! Bukan mudah tapi itulah nikmat sebagai ibu.
Moga hari2 akan datang ibu diberi kesabaran lebih 200%. Apapun sayang anak2 dunia dan akhirat. 


RAMADHAN DAN SYAWAL 2016

Saturday, August 06, 2016 0 Comments A+ a-

Ramadhan dan syawal dah berlalu pergi. Moga diketemukan lagi di tahun hadapan. Seperti tahun2 biasa kali ini persiapan sekadar ada. Memberi keutamaan kepada anak2 yang penting.

Beza besarnya ahli keluarga semakin bertambah. Suasana raya makin meriah. Alhamdullilah inilah nikmat yang sangat best.







Antara keluarga saya sebelah mentua...^_^  selamat hari raya maaf zahir dan batin

HARI HUJUNG MINGGU YANG PRODUKTIF

Monday, March 28, 2016 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah seronok sangat hari ini walaupun cuti tapi sepanjang hari Allah swt salurkan ada sahaja rezeki. Yealah dah 2 minggu sebelum ini diuji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan... walaupun banyak perkara yang tergendala tetapi sentiasa bersangka baik pasti ada hikmahNya.
Jadi hari ini sambil luangkan masa dengan anak2 syurga kerja tetap buat. Tak berat mana pun rasanya...
Awal pagi ambil stok belimbing buluh yang direbus sambil COD  1 set skin care Beauty Sara #Mamadil, otw balik COD Women Love 1 kotak, malam tadi COD sambal hitam pahang #CyecahCyecah dan esok pagi 1 lagi Women Love...
Moga rezeki sentiasa berganda ganda dalam menambah nilai hidup ramai orang... in shaa Allah... amin



IMKK MAC 2016

Thursday, March 24, 2016 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah diizinkan sekali lagi Allah swt hadirkan kami ke majlis ilmu ini. Bagi saya ini IMKK yang ketiga. Apa yang best  saya dapat hadir bersama suami untuk kali kedua ini.

Banyak yang saya remind balik. Terutama menjaga kolam jiwa. Bukan senang untuk menjaga kolam jiwa tetapi dikelas ini diajar bagaimana untuk saya terus jaga kolam jiwa dari marah, berprangsaka dengan orang lain. Yealah kadang2 terbabas juga perasaan negetif itu dan cepat2 SWITCH.

Lebih jelas bagaimana untuk mencapai matlamat untuk 3 tahun akan datang. Saya dan suami bila buat keputusan untuk tutup katering ia bukan sesuatu yang mudah. Masa itu income dah sangat cantik tetapi banyak juga kebocoran. Hihi

Perniagaan baru dengan sambal hitam pahang juga bermula dari bawah. Dari mula2 ambil dengan orang lain kemudian buat sendiri dan kini sampai masa kena orang lain yang buatkan dah... hihi! Masa sangat berharga. Saya tak mahu lagi bekerja sendiri. Saya nak buat atau design perniagaan yang orang lain uruskan buat dan dipantau oleh saya. In shaa Allah.

Banyak perkara untuk pastikan saya konsisten. MasyaAllah kadang2 kita nampak ia remeh tetapi yang remeh inilah bila kita konsisten in shaa Allah ia ubah banyak perkara.

Balik IMKK baru2 ini demam dan batuk2. Ia betul2 nak cuci balik badan dan jiwa saya. Alhamdullilah. Lega rasa seperti orang baru. Sekarang saya hanya fokus apa yang boleh buat saya berjaya. Perkara2 negetif saya tolak tepi. 

In shaa Allah permulaan yang baik buat saya dan moga semua impian saya tercapai dan dimakbulkan Allah swt dalam masa terdekat ini. Amin2