BUAT2 PANDAI MEMASAK NASI KARABU...::p
2 hari lepas i dapat call dr salah seorang ahli lembaga KOSIHAT en. NAZRI utk mengorder dgn 2U CATERER'S nasi kerabu utk 30 pax. Hehehe... sebenarnyer time call i cakap sume okey tp dalam hati takut ada, gementar ada, tergelak pun ada sebabnyer seumur hidup aku tak pernah buat nasi kerabu....
HEBAT kan... i tak bleh kata i tak pandai buat, tak tahu buat nasi kerabu nie... jd nak dijadikan cerita i pun dgn semangat meminta tolong MR.GOOGLE utk mengeledah belog-belog yang menceritakan kehebatan empunyer belog-belog nie memasak nasi kerabu...
Cari punyer cari ahhirnyer terjumpa resepi nie...:-
Mmg tak sangka kerana dengan resepi nie byk memuji mengatakan Nasi Kerabu yg aku masak nie sedap... JOM pakat2 mencubanyer...::p
NASI KERABU
Bahan Nasi: 4 cawan beras
Bahan Sambal Kelapa: 5 ulas bawang merah (tumbuk), 1/2 biji kelapa parut (sangai), 1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk), 2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk), 2 batang serai (tumbuk), sedikit garam dan gula melaka
Bahan Kuah Tumis: 5 ulas bawang merah, 1 cm halia, 2 sudu besar budu, 1/2 biji kelapa (ambil santan), 2 batang serai (ketuk), 2 sudu besar cili kisar dan 1 keping asam gelugur
Bahan Ulam: 1 batang timun, 2 tangkai kacang botor, 4 tangkai pegaga, 1/2 tangkai bunga kantan dan sedikit tauge
Cara Menyediakan: 1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan. 2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris. 3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa. Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit. 4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi. 5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan. 6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu. Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan. 7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai. Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diangkat.