LAHIRNYA AHMAD ARYAN AL FATEH

Saturday, April 11, 2015 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dengan segala nikmatNya... Teringat 10 Febuari yang lepas saat melahirkannya. Sesungguhnya dalam doa2 pasti memohon Allah swt sentiasa memudahkan proses kelahiran ini seperti abang2nya. Kini Ahmad Aryan Al Fateh dah 2 bulan.
Ternyata sangat memudahkan. Paginya tanda2 kelahiran telah ada. Namun saya sedapkan hati ek tak kan lah? baru 36 minggu. hihi!!! nampaknya baby nak melihat dunia lebih awal dari tarikh due.
Pagi itu barulah saya siap2 kan beg untuk ke Farabi tetapi sayangnya baby pramatang katanya Farabi tak mahu ambil kes ini. Doktor disana mengata sekurang kurangnya 37 minggu baru mereka terima... huhu kes yang sama dengan anak sulong. Aturan Allah swt adalah sebaik baik perancangan...
Ibu balik rumah... masih termenung dan terfikir nak ke HTAA atau tak. Hihi!!! boleh lagi layan. Sakit kuat sedikit demi sedikit datang bertandang. 
Lepas asar, hmmm beritahu suami jomlah kita ke HTAA. Baru kelam kabut nak mengemas. Sempat lagi singgah kedai jualan baby untuk beli napkin. Dah sakit tue... Haha!!! layan. Lepas suami siap membeli nak ke HTAA sempat lagi singgah rumah mentua kerana ada yang tertinggal barang.
Macam tak ada apa2. Pada hal sakit tue... dah siap2 ambil barang baru nak HTAA, Allah swt lintaskan signal difikiran kami untuk bersedekah dahulu. Huhu!!! ikut sakit dengan jalan yang dah jam memang nak ke HTAA terus. Tetapi bila teringat masa inilah diuji perasaan yakin dengan Allah swt. Saya beritahu suami kita ke masjid sekejap dan berikan sedekah pada anak2 maahad tahfiz yang sedang mengaji di masjid. Suami titipkan doa buat isterinya.
Selesai itu, saya ke HTAA... barulah ketika itu sakit makin kuat. Doktor dan nurse mulakan pemeriksaan. Biasalah pada pandangan nampak banyak yang hendak diambil kira tetapi saya fikir positif. Selawat dan istiqfar banyak2. Lihat yang baik2 jea.
Ketika pemeriksaan laluan bukaan belum ada. Kata doktor esok baru saya bersalin. Doktor akan berikan ubat tahan sakit dan ditahan wad. Ada seorang doktor itu minta saya dijadikan test pembelajaran kerana saya ibu pramatang untuk pelajar2 UIA keesokkan harinya.
Walaupun tak suka dan tak nak... Saya minta tolong Allah swt. Saya doa moga semuanya dipermudahkan. Saya kemudian diberi suntikan tahan sakit. Tapi kerana sakit yang dirasai itu lebih kuat. Hati saya mengatakan saya akan bersalin kejap lagi.
Kerana yakin dengan gerak hati dan akan sejarah2 anak2 yang sebelum ini memang dipermudahkan oleh Allah swt saya minta doktor periksa sekali lagi. Nyata sekali dari mulanya tiada bukaan terus ke bukaan 8. Doktor dah rasa kepala baby. Baby memang dah nak keluar sangat2.
Hihi kelam kabut jururawat sebab tak sangka. Terima kasih Ya Allah syukur hanya 3 kali teran baby Ahmad Aryan Al Fateh selamat dilahirkan tepat 7.20 malam baru masuk waktu mahgrib ketika itu dengan berat 2.55g
Lahirnya baby Al Fateh semua sakit hilang... syukur2 Allah sayang saya. Aturan DIA yang terbaik. Saya yakin selain doa dan selawat, kuasa sedekah saya ketika sakit yang membantu saya. Allahamdullilah.
Ini saya kongsikan gambar2 yea yang comel bangat presis ibunya... hihi ( perasan ) next saya nak kongsikan kenapa lepas kelahiran baby Fateh ke NICU.
Perjalanan dalam NICU mengajar saya untuk lagi dan lagi bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada saya... Okey next entry yea^_^

Saya supermom kepada 3 orang hero, saya juga surirumah dan saya juga usahawan yang memasarkan produk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Saya berkerja sambil menjaga anak2.