BERSAMA TEAM PROJEK JALINAN KASIH PROGRAM BBQ BERSAMA ANAK ANAK YATIM PERMATA INSYIRAH

Sunday, December 21, 2014 0 Comments A+ a-

Sesibuk mana urusan duniawi kita perlu juga luangkan sebahagian masa kita untuk orang lain. Sesungguhnya banyak atau sedikit rezeki yang menjadi bahagian dari kita adalah yang kita memberi...
Percayalah tidak akan jatuh miskinnya atau berkurang walaupun sedikit apabila kita bersedekah. Beri sedikit Allah swt gandakan banyak... beri banyak2 pasti Allah swt gandakan banyak2 cuma bagaimana Allah gandakan itu adalah urusanNya. Malah ia diberi bukan dari segi wang semata tapi dengan pelbagai cara dan bentuknya...
Oleh itu awal bulan November yang lalu team #ProjekJalinanKasih telah pun bercadang untuk program santai2 bersama anak2 syurga di Permata Insyirah. Alhamdullilah akhirnya program berBBQ diadakan dengan lancar... syukur segala urusan dipermudahkan dan anak2 ini oleh Allah swt
Suatu pengalaman luar biasa bila luangkan masa bersama anak2 ini kerana jelas kelihatan di mata mereka... mereka memerlukan kunjungan dari tetamu. Mereka rasa disayangi dan mereka rasa mereka diperlukan...
Ambillah peluang bersama anak2 syurga ini pasti ada sesuatu rasa dihati. Rasa bersyukur dengan setiap apa yan kita miliki. Berapa beruntungnya kita yang masih punya orang tua. Anak2 ini dari kecil telah kehilangan kasih sayang seorang ibu atau ayahnya...
Disaat kita menjenguk mereka, saat itulah mereka dapat menumpang sedikit rasa kasih dan sayang... masayAllah.
Doakan team #ProjekJalinanKasih sentiasa berada dilandasan dalam menambah nilai hidup orang lain. Walaupun sesibuk mana pun in shaa Allah program2 ini terus dilaksanakan.
Moga ia menjadi sebahagian peluang untuk kami rembat pahala untuk dijadikan pencen akhirat nanti. WaAllahualam...


NASI GORENG SAMBAL HITAM PAHANG CYECAH CYECAH

Saturday, December 20, 2014 0 Comments A+ a-

Malam ini sambil layan bola saya nak mencadangkan Nasi Sambal Hitam Pahang dari produk Cyecah Cyecah yang semudah ABC untuk disediakan untuk dinikmati seisi keluarga...
Bahan bahannya :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
300g ayam / udang / sotong atau apa sahaja yang ualls suka
4 sudu sambal hitam pahang CyecahCyecah
1 sudu sos tiram
2 mangkuk nasi putih
50g sayur campur sejuk beku
Sedikit minyak, garam dan lada sulah
Cara caranya :
-Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih
- Naik bau masukkan ayam/ udang / sotong atau apa sahaja yang ualls suka
- Masukkan sos tiram bila hampir masak
- Masukkan sambal hitam pahang Cyecah Cyecah
- Masukkan nasi putih serta sayur campur sejuk beku bersama sedikit garam dan lada sulah
- Siap ^__^ boleh dihidangkan bersama keropok dan telur mata kerbau...
Wow yummy!!! memang sedap sungguh dan memikat selera... hanya whatapps 0169320939 untuk sambal hitam pahang yang terbaik dari ladang...
Next saya kongsikan menu lain pula yea...

SAMBAL HITAM PAHANG #CyecahCyecah

Friday, December 19, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah kembali menulis entry walaupun agak bersawang blog ini. Tidak dapat konsistenkan seperti yang dijanjikan... ketika bulan Ramadhan yang lepas saya disahkan mengandung dan mengalami beberapa alahan yang agak mencabar...
Syukur apabila sebulan ini dapur #CyecahCyecah kembali pulih. Walaupun diakui sebelum ini diuji lagi dengan produk yang tidak tahan lama namun ia buat penghalang untuk memulakan kembali. Try and adjust... dari kesilapan itulah banyak membuatkan kami belajar sesuatu untuk perbaiki menjadi yang terbaik...
Kini agen dibuka untuk sambal hitam pahang #CyecahCyecah. Matlamat utama agen baru direkrut adalah membantu untuk para isteri khususnya menjana pendapatan sampingan...
In shaa Allah dengan profit 40% yang diberikan pasti boleh membantu anda untuk mendapatkan min rm500 sebulan income sampingan... ini paling tidaklah...
Dengan modal serendah rm180 saya akan ajar bagaimana untuk buat jualan seminggu minimun profit rm120 seminggu.
Untuk keterangan lanjut boleh whatapps 0169320939... 
In shaa Allah sambal hitam pahang #CyecahCyecah menjadikan keenakkan yang luar biasa
Okey, jumpa lagi di next entry... adiosss^_^

PROJEK JALINAN KASIH #memberitanpabatasan

Sunday, September 21, 2014 0 Comments A+ a-

Entry kali ini hanya untuk bercerita perkongsian yang ramai tertanya tanya kepada saya kenapa saya bersemangat untuk program " Projek Jalinan Kasih "

Sebelum ini saya bermula dengan pernubuhan Komuniti Pahang Alumni DAO adalah membina ukhwah persahabatan bersama alumni DAO dengan impian untuk membuat majlis Malam Cinta Rasul Kuantan Berselawat yang dulunya kali pertama dilaksanakan di bandar Kuantan.

Berbekalkan impian, membina silatutahim impian telah dilaksanakan dengan izin Allah dengan kerjasama dari alumni DAO yang turut serta ketika itu. 11 Mac 2014 alhamdullilah dengan izin Allah hampir 2000 orang yang hadir di majlis taman taman syurga ini. Luar jangkaan kerana kami hanya fikir ketika itu 500 orang pun kami sangat berbesar hati.

Bermula satu perjalanan yang baik... pasti mahu ia diteruskan :) selepas program selawat saya diajak oleh seorang kawan dari Aswaja untuk bersama sama memberi makanan dan minuman percuma setiap hari jumaat. Saya tertarik kerana ia adalah satu sumbangan yang boleh diteruskan...

Bersama ukhwah sedia ada yang masih meneruskan program ini bermulalah setiap hari jumaat kami mengedarkan sumbangan yang dikumpulkan dari kalangan penyumbang. Bagi saya ketika itu, ramai orang nak menyumbang tapi tidak tahu untuk bermula dari mana.

Jadi saya dari awal menerapkan tiada paksaan dalam program ini. Memberi sumbangan luas maksudnya. Jadi siapa yang tiada wang untuk memberi, boleh memberikan masa dan tenaga dan bergitu sebaliknya...

Alhamdullilah semakin minggu semakin ramai yang membantu. Salah satu sebab mengapa saya suka dan sayangkan program ini sebelum melakukannya saya rujuk terlebih dahulu kepada sang guru kerohanian saya. Kenapa rujuk? Sebab tetap ada yang mempertikaikannya.

Dan pesan guru apabila berjemaah, jagalah silaturahim, lantas memberi orang makan dan jemaah yang terlibat bertahajjud... in shaa Allah dengan izin Allah setiap jemaah yang bersama akan dijauhkan dari bala malah Allah meredhainya lagi. MasyaAllah.

Selain itu, ia adalah latihan jiwa mendidik hati. Jika dengan sumbangan kita mengembirakan orang lain pasti Allah akan mengembirakan kita, jika ada hajat kita yang belum kesampaian dan mungkin dengan sumbangan kita ketika itu orang iti benar benar lapar tiada wang maka kita melepaskan hajatnya maka percaya Allah pasti akan memberi apa yang kita hajatkan...

Sebenarnya banyak lagi antara manfaat dan syafaat untuk dikongsi bersama. Kini saya tiada lagi dibawah Komuniti Pahang Alumni DAO. Ia telah diteruskan oleh orang lain. Cuma kini saya bersama jemaah yang sesiapa sahaja boleh bersama untuk turut serta dibawah Projek Jalinan Kasih.

Minggu lepas kebetulannya cuti sekolah... MasyaAllah anak anak turut serta dan menjadi sebahagian program didikan awal mereka untuk belajar.

Sangat menyeronokkan sebenarnya. Rezeki dari Allah hampir 100pax makanan dan minuman diedarkan. Alhamdullilah.

Doakan untuk seterusnya sempena Raya Korban telah memasang impian untuk edarkan 1000pax makanan dan minuman kepada orang ramai. Moga kami boleh mengembirakan lebih ramai orang lain. Inilah The Power Of Giving. More u give more u get back... tidak perlu percaya atau tidak hanya buat pasti anda jua akan merasainya sendiri nikmat dari Allah.

Saya kongsikan gambar pada program jumaat minggu lepas yea... untuk gambar selawat saya akan kongsikan nanti yea... maaf dah lama blog ini bersawang... hihihi moga yang membaca dirahmati dan diberkati Allah swt. AMIN


SILATURAHIM :)

Sunday, September 07, 2014 0 Comments A+ a-

Bila melihat kembali gambar gambar sebelum ini maka timbullah rasa rindu dengan setiap masa dan peluang yang Allah berikan.
Rindu berselawat lagi... rasa lama dah menjauh untuk berkumpul bersama sama. Silaturahim perlu dijaga kerana ia membentuk ukhwah yang kuat. Bukan kerana darjat dan taraf...
Sayang bila silaturahim tidak berpanjangan... tapi redha Allah jadikan sesuatu itu dengan baik. Sama ada ia tidak sesuai dengan kita atau kita yang tidak sesuai dengan dia.
Tapi yang pasti jika ia tidak seperti dulu namun silaturahim masih boleh dijaga. Usah putuskan persaudaraan sesama islam. Kita adalah saudara. Biarpun berbeza dari semua segi.
Teruskan apa yang dilakukan asalkan kita gembira dan boleh mengembirakan orang lain. Biasanya dimajlis taman taman syurga ini sangat indah. Moga dapat berselawat lagi.
Ini gambar lama... tersimpan rapi didalam memori kad. Belum sempat berkongsi. Alhamdullilah diberi kesempatan berselawat bersama Habib Syech Aseegaf bersama para habib yang lain.
Malam Cinta Rasul anjuran sang guru #DAO dan jemaah jemaahnya. Sangat awesome. Tidak silap tarikh ini 7hb 6 yang lepas selepas berselawat di Kemaman. Hmmm di Kuantan bila nak buat lagi? Hihihi




Im pregnant again!!! just sharing what i fell this moment :)

Saturday, September 06, 2014 1 Comments A+ a-

Awal kehamilan saya yang tanpa diduga ini adalah dengan izin Allah. Rezeki dah rahmat dariNya. Saya tidak percaya saya akan mengandung seawal ini. Namun bergitu, saya yakin adanya rezeki ini Allah pasti akan turunkan bersama sama rezeki lain... Disebalik ketahuan ini ada cerita disebaliknya. 

Pertengahan Ramadhan yang lalu, saya menerima jemputan dari tok bak. Seperti biasa bak pasti tersenyum dengan kunjungan saya dan suami. Bak selalu bergurau tapi kali ini gurauannya sangat lain.

Bak menegur en suami " Aizat dapat baby baru... " saya tengok suami... suami tengok saya. Saya menafikan " mana ada bak... rezeki akan datang in shaa Allah " senyuman sang guru penuh tanda tanya sampai saya dalam perjalanan balik masih memikirkan kebenaran kata kata bak...

Saya beritahu en suami saya nak test... Haaaa!!! SAH ujian test im prengnant again!!! Alhamdullilah. Saya terus whatapps bak pagi pagi buta... " Bak macam mana tahu deyana prengnant sedangkan masa itu deyana belum tahu " hihi jawapan bak penuh misteri... " bak dah tahu"

Oh saya beritahu suami sebab saya mulanya kaget!!! Bukan tidak bersedia tapi saya di awal Ramadhan saya fokus giler giler kentang produktion. Saya baru push button turbo sebab sebelum ini produktion ada situasi sambal yang tidak tahan lama... huhuhu!!! Target saya nak gandakan produktiviti seperti dalam perancangan dan strategi. Uwaaaa!!! Tapi en suami ingatkan saya balik bila Allah berikan rezeki anak ini pasti Allah akan sertakan rezeki dalam bentuk lain...

Uwaaaa!!! Tahu sahaja im prengnant again 1 keluarga gembira:) alhamdullilah kan... of coz tahun depan nak sambut orang baru. Tapi apapun pasti ada cabarannya kan?

Situasi prengnant kali ini benar2 menguji saya, bukan nak mengadu domba tau!!! Just sharing what i feel this moment.

Muntah2, pening2, sakit dan kebas belakang pinggang, hilang selera, penat, malas, ini tak boleh itu tak boleh, ini tak nak itu tak nak... nak makan westerd, sampai bau sambal pun muntah!!! Kesian derrr en suami terpaksa melayan karenah ala ala diva ini. Now!!! bila lapar rasa betul2 lapar rasa macam tak tahan sangat dah... bila makan sikit jea... tak sampai setengah jam lapar semula... sabar en suami tau!!! Saya pun tak attract okey nak rasa semua ini tapi memang ini yang saya rasa...

Sejujurnya produktion dah sangat sangat slow, no marketing posting, no promotion, huhuhu rasa semua malas.... rasa nak baring jea. Keluar rumah seminggu sekali sahaja. Tak ada mood okey.

Huhuhu jem sekejap sehinggalah bila sedar sampai bila nak baring kan?  Tanggungjawab sangat besar sebab ramai pelanggan cari saya. Hmmm semalam bila lihat kembali kerja wow memang awesome banyak yang ketinggalan. 

Jadi saya start switch semula. Saya dah bangun dari baringan ini... hihihi...

Doakan saya tak ala ala diva yang over sangat yea... doakan saya dan coming soon baby ini comel macam saya. Haha:) cabaran memang cabaran tapi perlu hadapi. Allah jadikan sesuatu pasti ada sebabkan... 

Okeylah, siapa yang baca entry ini saya pasti ualls pun ada pengalaman juga kan? Maaf lah walaupun ini kandungan ketiga tapi ini pertama kali saya rasa bergini. Just enjoy mummy preggy yea! Muah!


Ini Ahmad Uwais Darda' dilahirkan pada 29 September 2014... 


Ini Ahmad Ukail Daniyal dilahirkan 10 Mac 2012

P/S : Diizinkan Allah kali ini rezeki baby gurl nama dia Zehra Ufaira'... dah lama tau cop nama ini... hihi



05 JULAI 2014 - HAPPY BIRTHDAY

Monday, July 07, 2014 0 Comments A+ a-



Kelmarin 5 Julai 2014 genap usia sang suami tercinta 33 tahun. Alhamdullilah bersyukur masih dirai bersama walaupun hanya simple simple sebagai tanda kasih sayang...

Semalam seronok berbuka puasa dengan menu nasi arab orang Kemaman memang thorbaikkkkk... lazat dan lain dari lain

Tuan kedai belanja makan lagi. MasyaAllah beruntungnya rezeki ukangtahun en suami. Beruntunglah... beruntunglah... hihi

Berbual sebentar rindu sangat sebab dah lama tak berjumpa. Terakhir jumpa Majlis Malam Cinta Rasul Kemaman Berselawat tempoh hari.

Dan buat en suami terima kasih atas segala yang dilakukan sebelum ini. Moga kita saling bahagia membahagiakan sehingga ke jannah. Moga en suami terus kaya dan berjaya dunia dan akhirat.


HARI INI RAMADHAN YANG KE 8

Sunday, July 06, 2014 0 Comments A+ a-

Pejam celik pejam celik dah 8 hari berpuasa hari ini untuk tahun 2014. MasyaAllah seronoknya Ramadhan kali ini. Bersyukur dengan setiap nikmat tak terhingga Allah kurniakan.

Ramadhan kali ini saya pertama kali dengan produktion Cyecah Cyecah. Huru hara produktion sepanjang minggu ini. Tidak disangka oleh kami. Terima kasih Ya Allah.

Apa beza Ramadhan kali ini, bezanya walaupun masih dengan suami dan anak anak saya masih boleh menjalankan produktion produk. Masih boleh memupgradekan diri untuk DIA. Masih boleh solat awal waktu dan extra, bersedekah, selawat, memasak dan berbuka bersama keluarga tanpa rasa penat dan lelah... banyak lagi saya boleh buat dan sangat enjoy.

Inilah yang dikatakan modal utama dalam biz bukan wang tapi ilmu, dulu saya sibuk sangat... entah apa apa. Puasa hanya puasa semata mata. Tak faham nak buat extra saham akhirat. 

Sekarang nampak bazar Ramadhan dah fobia kot... hihihi sentap sangat entah apa apa berniaga dulu. Sekarang bagi free sewa pun saya tak nak... kesian saya masa tue baru umur 23tahun.

Sibuk dengan tender sana sini dan sinun tapi tetap kosong kosong kosong hati. Saya bersyukur bila diberi peluang untuk faham erti sebenar. Masih belum terlambat buat saya. Jika tidak saya masih penat terkejar kejar menjadi hamba wang.

Alhamdullilah belum terlambat, moga sama sama kita istoqomah dan fokus apa yang kita lakukan. Pasti kejayaan makin menghampiri. Jom yea:)

Saya doakan Ramadhan kali ini pun yang terbest buat semua. In shaa Allah kita mendapat malam Lailaturqadar... 

Jadi siapa yang nak mendapatkan Cyecah Cyecah sambal hitam pahang terbaik di Pahang atau agen di kawasan jajahan anda
boleh hubungi hot line : 0169327481






SAAT YANG TERBAIK DAN BOLEH PENGSAN:)

Monday, June 23, 2014 0 Comments A+ a-

Saya nak sharing perkara yang paling saya nak sangat berlaku akhirnya diizinkan Allah ia terjadi. Saya sebenarnya menerima whatapps Tok Bak tidak hadirkah saya di selawat Habib Syech Aseegaf di Shah Alam... saya jawab tak tahu pun... Aiyakkk saya pun macam biasa tak boleh jadi nie dan malah hari tersebut bertindan dengan kursus usahawan Amanah Ikhtiar Pahang...
Cakap dengan suami kalau kita pergi terus balik terus okey tak? Yealah suami yang memamdu... saya rasa dekat jea Kuantan ke Kuala Lumpur. Hihihi itu kalau tanya saya lah...
Pukul 4 petang hari sabtu saya skip kursus balik awal... Alhamdullilah sampai juga saya dan suami ke Shah Alam... Malam 1001 berselawat bersama Habib Syech Aseegaf anjuran guru sangat amazing. Tertutup pula tue. Aura superb.
Awal awal lagi dah menangis... Bila guru cakap siapa yang hadir ini adalah sebahagian ahli keluarga dah mengalir air mata. Pesan habib tak perlu cakaplah laju jea airmata... semasa selawat pun tak berhenti... sangat feeling:) bait bait selawat meresap ke dalam halwa telinga nie sampai ke hati.
Ya Allah bersyukur kerana berikan kesempatan nie... beruntungnya saya dan suami. Lepas majlis guru belanja nasi arab pula. Dapat jumpa habib dan guru... Yang best guru sporting sangat. Hihihi
Rasa nak pengsan sekejap sebab seronok tahap maksimun. Balik ke Kuantan jam 3 pagi hati berbunga bunga... Sampai pagi terus sambung kursus balik. Macam tak penat pun... suka sangat... Alhamdullilah








Okey sampai sini yea... nanti sambung lagi :) nak pergi beli barang... Hahaha suami dok hon dah...

MESYUARAT AGONG USAHANITA NEGERI

Friday, June 20, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dengan izinNya hujung minggu lepas hari yang sangat produktif. Bak kata suami " usaha sungguh " sebabnya kita sibukkan diri berpersatuan. Jalinkan networking dan silaturahim. Ini adalah kali pertama kita sibukkan diri sebab sebelum ini kita tidak berpeluang pun.

Apapun seronok sangat moment ini. In shaa Allah kita suka bersama usahawan usahanita negeri Pahang. Malam 13hb lepas kita nie baru keluar sarang untuk pergi dinner... hihi walaupun tak rancang nak pergi sebab waktu itu program IMKK doc di Seri Kembangan. Sentap kita tak dapat berkhidmat untuk guru. Maafkan saya doc pasti izinNya saya berkhidmat lagi.

Jadinya kita tak lah pakai baju Usahanita yang sepatutnya dipakai. Jadi baju kita disponsor oleh jutawan butik yang sangat baik hati iaitu https://www.facebook.com/lily.balgis?fref=ts macam artis kita malam tue... hihi. Ini pic kita memakai baju dan tudung disponsor.



Dan setelah itu program bersambung esok untuk melantikkan perwakilan yang layak untuk jawatan jawatan bagi menerajui Usahanita selama 2 tahun. Dah nama baru keluar sarang kan? jadi masa mesyuarat kita tidaklah pakai baju purple warna tema Usahanita kan... Huhu

Jadinya kita pakailah yang mana ada tetapi tetap cantik lah kita rasa. Haha... Wow amazing juga situasi semasa perlantikkan berlangsung. Melihat gelagat usahawan usahawan sekalian banyak membuatkan saya belajar berwaktu waktu. Its okey yang lain rahsia yea...

Kita sebagai AJK menguruskan dan membantu proses perjalanan mesyuarat. Kita belajar lagi. Tapi setiap moment jika tak ambil gambar memang tak sah. Bolehlah layan pic pic ini.





Akhirnya majlis 2 hari selesai dengan baik sekali. Usahanita sangat bagus untuk usahawan wanita nak memperolehi networking, apa program yang menambah nilai untuk usahawan. Sebab itu saya masih setia walaupun dah hampir 4 tahun saya bersama Usahanita.

Sekadar nasihat bersama:) apabila kita berpersatuan dari mana sekali pun yang kerajaan atau NGO sama sama semarakkan persatuan dengan matlamat menambah nilai orang lain. Apa manfaat yang kita boleh berikan. Apa sumbangan kita. Bagaimana kita nak memperbanyakkan dana kita untuk program program berkualiti... bukan sibukkan siapa AJKnya atau JKKKKKKKnya. Boleh boleh:) Jom we make this world a better place... Tingkatkan pretasi kurangkan kontoversi... Eceh eceh eceh... Adiossss dari kita ini:)

BUKAN SENANG PUASKAN HATI SEMUA ORANG - POSITIF PAGI

Friday, June 20, 2014 0 Comments A+ a-

Kebiasaannya orang akan berbicara ikut suka suka dia apa nak dicakap. Sahabat sekalian, tak larat derrrr... jika kita nak sentap semua. Just let it go jealah kan.
Kita harus faham bila orang berbicara pasal kita sedangkan kita tak pernah ambil tahu siapa dia, bagaimana perniagaan dia... ia adalah baja untuk kita.
Dalam hidup yang fana ini pun sahabat, ada dua perkara sahaja yang akan terjadi. Pertama orang suka kita siapa kita dan yang kedua orang tak akan suka kita walaupun siapa kita?... Betul betul?
Jadi bila berlaku... jika orang suka kita... mereka sukalah kan. Jika tak macam mana pula... No hard feeling sangat. Tak suka kita tak apa... " nama kau Joyah " haaaa kan... hihi
Okey okey macam nie... Ala gurau pun tak boleh... jika orang tidak suka kita belajar memaafkan dan mendoakan mereka.
Paling tidak bila orang viralkan perkara negetif memgenai kita... orang lain akan mula cari siapa kita. Bila orang dah kenal kita in shaa Allah orang akan kenal siapa kita.
Bagi saya tips pagi ini hanya buat sahaja apa yang kita nak buat selagi ia halal dan sah disisiNya. JUST DO IT!!!!!
Boleh boleh? jadi pagi ini jom kita senyum dan bersyukur segala nikmat Allah kepada kita. Salam sayang semua. Muahhhhh:)

MALAM CINTA RASUL KUANTAN BERSELAWAT ~~~ KOMUNITI PAHANG ALUMNI DAO

Wednesday, March 19, 2014 0 Comments A+ a-


Alhamdullilah dan bersyukur sangat apabila saya dididik untuk berimpian... Antara 101 impian yang saya tulis dan padamkan impian yang tercapai untuk diganti impian baru ini yang paling istimewa untuk impian saya yang ke 50.

Amazing kerana ketika itu saya tiada apa apa yang hanya berimpian untuk mengadakan Majlis Malam Cinta Rasul ini di Kuantan tempat membesar sedari usia 20 tahun. Tidak silap saya telah memburu kawan saya Rosliayana hj Rosdan ini dari krew IJI lagi... masa itu kawan saya masih belum bersedia untuk berkongsi lagi dan apa yang saya ingat setiap kali sayan jumpa kawan saya ini saya sentiasa bertanya dan tanya bagaimana nak mulakan majlis selawat ini di Batu Pahat

Tak henti henti usaha bertanya sehinggalah semasa berkhidmat untuk guru di AMP Januari lalu kawan saya ini berkongsi caranya dan saya pula beroleh idea bagaimana untuk menghidupkan enjinnya. MasyaALLAH balik krew AMP saya terus berani bertindak dan menubuhkan Komuniti Pahang Alumni DAO ini dan majlis selawat ini adalah program pertama kami. Alhamdullilah saya punya jemaah yang sangat awesome dan selama sebulan kami bertungkus lumus menjadikan majlis selawat ini sebagai realiti.

Kini tinggal lagi 3 hari... Doakan semua urusan dipermudahkan dan niat kami majlis ini adalah untuk kekasih ALLAH... bertapa gembiranya rasa hati kerana menjadi sebahagian dalam menyediakan platform ini buat julung kali pertama di Masjid Negeri Kuantan, Pahang

 Terima kasih buat guru saya dengan segala ilmu yang membuatkan saya boleh melakukan sesuatu yang saya fikir mustahil sebelum ini...

In shaa ALLAH buat guru selepas majlis ini saya kembali berkhidmat di IMKK minggu hadapan... IMKK menjadikan saya yang dilahirkan semula... Sekarang masa untuk saya menyumbang untuk guru dan orang lain.




SELAWAT FEBUARI RICHWELL ~~~ SHAH ALAM

Sunday, March 02, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah sekali lagi guru saya mengadakan majlis selawat di Shah Alam. Malam Cinta Rasullulah ini guru saya sentiasa pastikan setiap bulan diadakan antara program-program kebajikan Richwell... Kagumnya saya dengan setiap usaha yang guru lakukan majlis selawat ini setiap bulan dan sesiapa saha boleh menjadi jemaah bersama-sama untuk berselawat

Ingat lagi pada bulan pertama walaupun jemaah tidak ramai seperti sekarang guru tidak putus asa untuk terus mengadakan majlis selawat ini. Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian jemaah berselawat bersama-sama dari bulan pertama sehingga hari ini tanpa henti. Bagaimana saya nak luahkan perasaan dan pengalaman bertapa seronoknya berselawat sebegini... Saya pun tidak tahu cuma luangkan lah masa untuk hadirkan diri dan in shaa ALLAH pasti tidak akan rugi meninggalkan kerja sekejap untuk berselawat

Antara yang Habib Ali pesan " Kepada sesiapa yang menyediakan platform berselawat samalah pahala orang yang mengendalikan selawat NABI MUHAMMAD S.A.W akan mendoakan kebaikan kamu semua ”
boleh bayangkan tak syafaatnya yang ALLAH berikan pada kita dan kerana inilah saya faham kenapa guru saya buat tiap-tiap bulan...

Dan apa yang bestnyer majlis selawat ini akan diadakan di Kuantan dan menjemput seluruh orang Kuantan hadir... Kenapa saya gembira... alhamdullilah Allah kurniakan saya idea dan impian agar suatu hari saya boleh membuat platform untuk orang Kuantan berselawat bersama-sama menyatakan rasa rindu, sayang dan cinta pada Rasullulah

Saya sejujurnya tidak mempunyai dana yang besar pun semasa impian ini diimpikan... Hanya berimpian yang besar ALLAH hadirkan saya team-team komuniti yang hebat-hebat untuk berjemaah dengan saya... Segalanya Allah permudahkan... Dana juga sebahagian dari sumbangan orang lain... Alhamdullilah bersyukur sangat

Bagi saya tiada istilah meminta minta dalam meminta sumbangan untuk majlis selawat ini dengan orang lain... kami berimpian untuk menambah nilai orang Kuantan... sediakan flatform berselawat bersama... walaupun akui dana kami tidak besar tapi semangat, impian sangat besar... itu matlamat sebenar.

Yang penting niat yang ada... walaupun orang lain punya wang besar tidak seperti dana yang terkumpul... tiada istilah pula untuk menghukum atau menyatakan " orang ada duit kenapa tidak buat sendiri majlis selawat ini " tiada langsung kerana itu adalah hak individu... Betul ke betul?

Jadi doakan Komuniti Pahang Alumni DAO berjaya menjayakan majlis Selawat Cinta Rasul pada 11 Mac 2014 di Masjid Negeri Kuantan yea... Kita jumpa disana dan berselawat bersama-sama...^_^ in shaa ALLAH

Sedikit gambar selawat di Shah Alam baru-baru ini... Layan jea yea!!!








PRICELESS^_^ #seminar bangkit #masak untuk guru #guru suka # DAO

Thursday, February 27, 2014 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dan bersyukur dapat berkongsi di blog lagi... Teruja yang amat bila guru saya akan datang Kuantan tau!!! You alls tahu dari malam sebelumnya dah saya tak boleh tidur walaupun seharian itu banyak aktiviti bersama Mesyuarat WI Taman Guru dan malamnya perjumpaan bersama Komuniti Pahang yang habis agak lewat malam...

Bila guru sampai Kuantan pasti ada perkara jea saya nak buat untuk guru... Guru datang Kuantan untuk seminar BANGKIT dan macam sebelum ini saya akan masak untuk guru... Jadi bila guru nak datang Kuantan lagi saya dah sibuk tanya suami menu apa yea nak masak untuk guru kali ini... Hati berbisik... wah gitu!!! terdetik nak masakan pulut kuning untuk guru dan suami bagi idea dikombinasikan dengan rendang daging salai 

Wah kecoklah mulut saya ini mencari owner daging salai yang terlaris ini " DAGING SALAI HJ SOID "... mulut ini siapa yang jumpa jea pasti saya beritahu saya nak masak untuk guru... Haaa kan kata kata itu doa walaupun malamnya saya balik dari perjumpaan maulid sudah pukul 12.30... saya pun tidur sambil bertemankan muzik alpha dengan niat saya nak masak juga untuk guru

Dalam pukul 3 saya bangun berdating dahulu dengan ALLAHdan saya masak... bersiap siap pergi awal sangat pagi ke Gambang daftar dan beratur paling awal dan ternyata apa yang saya fikir akan dapat dengan izinNya... saya duduk di seat hadapan... YEAH

Lepas dah tanda tempat barulah saya bawa masakan saya untuk guru dan mulakan kelas seperti biasa. Agak berbeza cara penyampaian guru di seminar BANGKIT sebab sebelum ini saya pergi ke TIME SQUARE... guru memang pandai bila di Kuantan sesuai sangat menyentapkan jiwa orang kuantan... kan baru tau!!!

Banyak yang saya belajar... saya gembira apabila guru membebel di Kuantan^_^ saya dapat rasakan kali ini in shaa ALLAH ramai orang Kuantan ke IMKK. Apabila guru buat sesi visulize ramai yang feeling setelah mereka yang tak serius, teragak agak dan tak berminat diminta keluar

Saya sangat berharap orang Kuantan belajar sesuatu dan berwaktu waktu dari guru... dan selesai saya balik melakukan kehidupan luar biasa saya bersama family yang awesome dan yang paling awesome apabila saya online FB setelah seharian dioffline kan...

Tahu tak apa berlaku? masa online saya agak terkejut kenapa tetiba friend request saya banyak... dan banyak nofitications... hmmmm saya konfius sekejap dan jawapannya telah membikinkan saya melompat lompat kegembiraan... hahaha seronok sangat rupa rupanya masakan saya guru suka... Alhamdllilah^_^



Saya tak tahulah orang lain... huhu yang pasti ia sangat berharga buat saya... Saya suka sangat tau!!! Tanya suami sayalah macam mana saya melompat-lompat... hahaha^_^ ada rezeki dengan izin ALLAH saya boleh sahaja masak lagi dan lagi supaya guru saya tak bosan datang Kuantan lagi... okey see ualls di next entry.