KELAS DENGAN FELINNA SANGAT BEST

Wednesday, November 11, 2015 4 Comments A+ a-

1hb November yang lepas memang rezeki saya di saat2 akhir dapat tiket untuk menghadiri program Felinna iaitu Bisnes Cara Kami.
Walaupun agak lewat sampai kerana dari Kuantan, tetapi masih sempat menyedut ilmu pertama yang dikongsikan oleh suami Felinna iaitu Rafie.
Kisah jatuh bangun diawal permulaannya sedikit sebanyak hampir macam saya dan suami.
Apa yang bestnyer adalah bagaimana mereka bangkit. Bagaimana dari kesusahan hidup mereka berubah 360 darjah. Dari akaun yang kosong kini menjadi jutaan. Alhamdullilah rasa sangat bangga dengan usaha mereka suami isteri yang masih berusia 28 tahun ini.
Antara catatan ilmu yang saya perolehi adalah...
REZEKI BERKAT
" Sedikitnya cukup banyaknya boleh diagihkan "
Tanda REZEKI BERKAT
Menderma, bersedekah, mengikuti kuliah, solat berjemaah, mendekati masjid dan lain2 kebaikan serta lihat dari hasil pendapatan kita... jika banyak kebaikan yang boleh dibuat itulah tanda kebaikan
Antara tanda REZEKI TIDAL BERKAT
Kadang2 plan dan idea kita banyak tapi plan dan idea tak jadi
------------------------------------------------------------------
Apa itu REZEKI?
Rezeki bukan sekadar wang semata. Anak, sahabat, makanan dan pengangkutan juga rezeki
Mensyukuri setiap rezeki yang Allah  berikan dengan sentiasa mengucapkan Alhamdullilah... sebanyaknya setiap hari.
Selain itu mereka sangat2 yakin dengan konsep sedekah produk jualan untuk digandakan hasil jualan kita. Jika lihat do page dan fb mereka sentiasa akan laksanakan konsep sedekah ini.
Caranya : untuk dapatkan hasil jualan 1000 pcs produk mereka akan sedekah 100 pcs produk terlebih dahulu. Mereka sangat faham dengan yakin pada Allah swt. Dan usaha ini diteruskan sehingga sekarang. Jadi bolehlah kita sama2 amalkan yea. Moga kita juga pasti berjaya seperti mereka. AMIN
Okey sampai disini dahulu... nanti saya sambung lagi. 
 


SAYA DEYANA HATAZAD♡♡♡

Tuesday, October 27, 2015 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum wbt... 

Salam perkenalan buat mereka yang belum mengenali saya dan saya belum menjalinkan kasih persahabatan bersama teman2 baru.

Saya kenalkan diri... saya Deyana Hatazad. Bukan nama sebenar... sekadar nama glamer yang membuatkan diri saya senang dikenali dengan nama itu. Berusia 32 tahun ini. Berasal dari Terengganu dan kini menetap di Kuantan, Pahang. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang kesemuanya lelaki2 yang sangat comel dan aktif.

Saya seorang usahawan yang memulakan perniagaan seawal 15 tahun. SPM tak baik A pun tak ada makanya saya tidak dapat sambung belajar di universiti. Hingga sekarang kaki saya belun lagi berpeluang menjejaki jalan universiti.

Menyesal? Jika ditanya pada usia 20 tahun saya menyesal kerana tak belajar betul2. Jika ditanya sekaang saya bersyukur kerana saya tidak sambung universiti. Saya tidak membazirkan duit orang tua saya untuk sesuatu yang susah bagi saya.

Melalui kehidupan berdikari seawal 20 tahun. Telah mulakan pelbagai perniagaan. Jatuh dan bangun berkali kali. Sehingga saya berkahwin saya dan suami menguruskan perniagaan katering dan kafe.

Itu perniagaan dulu... perniagaan yang bagi saya banyak buat duit banyak juga kebocoran duit. Huhu! Kini saya dan suami memulakan perniagaan sambal hitam pahang selama hampir 2 tahun dengan jenama Cyecah Cyecah.

Perniagaan yang telah design seperti mana saya mahukan. Alhamdullilah pelbagai cabaran segala cabaran diatasi dan dihadapi dengan baik. 

Permulaan kebangkitan kami dalam perniagaan yang telah kami upgrade. Bukan sahaja perniagaan malah diri kami sendiri.

Saya suka akan program2 amal kebajikan. Sehingga hari ini saya banyak melaksanakan program2 kebajikan bersama team2 yang hebat. Sebagai pengasas #ProjekJalinanKasih.

Program ini ada lah sesi saya untuk melatih dan mendidik saya bahawasanya masih ramai diluar sana yang memerlukan.

Saya suka masak dan in shaa Allah boleh masak pelbagai jenis makan cumanya saya memang tak pandai buat kek atau pastri. Saya ada berimpian nak buat belajar dab buat kek dan pastri sendiri... in shaa Allah tunggu yea nanti saya tunjukkan usaha. Hihi:)

Buat masa ini sampai disini dahulu. Jika mahukan sambal hitam pahang boleh whatapps saya 0169320939

Sambal hiam pahang #CyecahCyecah hanya RM10 sahaja berat 130g

In shaa Allah rasa yang sedap dan menyelerakan. Doakan saya yea untuk terus sukses dunia akhirat.

 

MAMBA CAFE :) SYOKKKK MAKAN DISINI

Sunday, October 25, 2015 0 Comments A+ a-

Beberapa hari lepas en suami ajak makan di satu kedai katanya kopinya yang sedap. Dah namanya pengemar kopi sudah tentu nak mencuba.
Rezeki izin Allah swt lepas hantar sambal hitam pahang #CyecahCyecah diberi kesempatan  singgah untuk menyantap disini
5 bintang tau♡♡♡ lokasi berdekatan dengan bandar, kedai yang simple dan menarik, menu yang awesome serta memgujakan
Harga macam biasa in shaa Allah berpatutan dengan rasanya:)
Hari itu saya dan keluarga menikmati ini...



2 menu ini memang sedap sangat... dengan kopi yang sangat pekat dan manisnya secukup rasa. Hebat!!!


Itu suasana kedainya yang kemaa, unik dan menenangkan... awesomekan??? 
Lepas ini comfirm datang lagi... hihi okey sampai sini jumpa lagi
#DeyanaHatazad

PROGRAM AMAL PROJEK JALINAN KASIH

Saturday, October 17, 2015 0 Comments A+ a-

Kesibukan melanda dengan pelbagai situasi dalam kehidupan... sejak kehadiran Al Fateh keadaan kerja dan rumah telah berubah. Rumah makin riuh dengan emosi ibu melayan 3 anak syurga yang sangat luar biasa soleh ini.
Dalam pada kesibukan itulah ibu masih tetap berusaha untuk laksanakan program bersama masyarakat setempat. Terima kasih Allah swt dengan izinNya idea ini ada dah terus dilaksanakan dari permulaan program amal #LunchForFree
9hb baru2 ini hari33Jumaat telah berjaya laksanakan #LunchForFree dengam izin Allah 1500 pax makanan dan minuman dapat diedarkan hasil sumbangan sabahat2 di facebook, whatapps dan lain2. Sejujurnya jangkaannya luar biasa hebat. 
Bersyukur sangat semuanya urusan dipermudahkan... Alhamdullilah:) terima kasih buat semua sahabat yang menyumbang. Dah macam kenduri orang kahwin ramainya. 
Seronok bila dapat buat sesuatu untuk orang lain. In shaa Allah akan diteruskan dengan #BreakfastForFree setiap Jumaat.
Setiap jumaat akan berada disini.
Tempat : Perhentian Bas Lama Perkarangan Masjid Kuantan
Jam : 9.00 pagi
No tel : 0169320939 untuk pertanyaan boleh whatapps yea:)













RAMADHAN KAREM 2015

Wednesday, July 01, 2015 1 Comments A+ a-

Hampir 2 minggu umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa... Ramadhan kali ini yang sangat berbeza dengan Ramadhan sebelum ini. Kami elakkan kesibukan di bulan ini untuk kami lebih fokus kepada beyond marketing. Syukur alhamdullilah bila lebih memahami erti Ramadhan yang sebenar.
Ketika ini adik Al Fateh akan berusia 5 bulan. Ramadhan pertama buatnya. Cabaran buat ibu bila kali pertama menyusu dan berpuasa. Namun rasa gembira bila dapat menyusu adik Al Fateh sepenuhnya dengan baik dan moga berterusan sehingga 2 tahun.
Moga Ramadhan kali ini yang terbaik buat kami sekeluarga... doakan perniagaan sambal hitam pahang kami akan terus terusan menambah nilai hidup ramai orang diluar sana.
Apa yang berlaku pahit dan manis... suka dan duka tempuhi dengan Redha kerana ia mungkin nampak hina di mata manusia moga tidak pada pandangan ALLAH SWT
Selawat dan beriqtifarlah sepanjang masa di bulan yang penuh barakah ini... amin2

RAHSIA MENUJU REDHA ALLAH 1

Monday, April 27, 2015 0 Comments A+ a-

Dipetang mahgrib ini saya terpanggil untuk kongsikan apa yang saya dapati dari orang2 ilmuan tinggi untuk hidup luar biasa.
Saya kongsikan disini agar ia memberi ingatan buat saya sentiasa untuk tidak mudah lupa. In shaa Allah kali ini saya ambil dari #UstazYusufMansur.
Bagi saya beliau lalui banyak kisah2 mencabar dan akhirnya bernekad untuk berkongsi rahsia bagaimana untuk keluar dari cabaran. Banyak sangat perkongsian beliau.
Satu persatu saya kongsikan akan datang... hari ini adalah doa yang diajarkan oleh ibunya sendiri ketika beliau dipenjara kerana hutang. Doa dari nama2 Allah swt Asma Husna.
Katanya ustaz bacalah 101x... kalau tidak boleh baca 101x bacalah 33x... kalau tidak boleh baca 33x bacalah 11x... kalau tidak boleh baca 11x bacalah 3 kali... kalau 3kali juga tidak dibaca makna kita tidak bersungguh untul ubah hidup. Malas!!!
Ayuh baca sama2 moga apa yang disampaikan dimanfaat... lagipun tok bak pernah pesan pada saya bacalah Asma Husna 1 hari 1 kali. Berzikirlah dengan nama2 Allah swt mengikut maksudnya yang bersesuaian dengan situasi. Okey baca ayat dibawa jika benar2 mahu ubah hidup... amin

RESEPI PUDING RAJA PALING SEDAP^_^

Monday, April 20, 2015 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum wbt... salam 1 Rejab hari ini masya allah terasa kejap sangat masa berlalu kan... pejam celik pelam celik bulan Ramadhan semakin hampir.
Seronok menanti Ramadhan... dan ketika di bulan Ramadhan antara nikmat2 yang Allah swt berikan adalah juadahnya yang pelbagai. Tahun ini apa kata kita kurangkan pembaziran membeli diluar kita masak dirumah. 
Antara menu2 pujaan ramai tak lain tak bukan khususnya di Pahang pastinya puding raja ini. Jadinya sempatlah sebelum Ramadhan melatih dulu skill resepinya nanti. Boleh dibuat selalu dan makan sepuas puasnya dengan seisi keluarga.
Okey!!! ini resepinya...
Bahan 1 :-
4 ikat pisang lemak manis dibuang kulit
minyak masak untuk mengoreng ( banyak )
Cara2nya 1 :-
Panaskan minyak dan setelah panas... gorengkan pisang lemak manis sehingga kekuningan dan angkat dan kemudian toskan minyaknya dengan penapis atau kertas minyak
Bahan 2 :-
1 tin susu cair
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
sedikit pisang, nenas dan daun pandan
Cara2nya 2 :-
Masak air dan gula bersama sedikit pisang, nenas dan daun pandan untuk air gulanya kemudian masakkan susu cair bersama 3 biji telur yang dipukul dengan api yang pelahan. Dibiarkan sejuk campurkan air gula tadi bersama susu tersebut untuk kuahnya. Sejukkan.
Bahan 3 :-
5 biji telur ( kuningnya sahaja )
1 cawan gula
2 cawan air
daun pandan
Cara2nya 3 :-
Masak air, gula dan daun pandan sehingga mendidih. Pukul kuning telur dan tapis kemudian masukkan kedalam acuan roti jala atau corong plastik. Jalakan acuan kuning telur ke dalam air gula tadi dan angkat bersama penapis.
Bahan 4 :-
1 cawan kacang gajus digoreng
8 biji buah prun dipotong kecil
4 biji ceri merah dan hijau dipotong kecil
Cara2nya 4 :-
Susunkan pisang yang telah ditoskan, ceraikan jala emas diatas pisang tersebut. Susun kacang gajus, buah prun dan ceri merah dan hijau. Dan sedia dimakan bersama kuahnya. Untuk lagi sedap biarkan sejuk terlebih dahulu.
Ini picnya yang tuan tanah punya... 

SOLAT DHUHA BERSAMA ANAK SYURGA

Sunday, April 12, 2015 0 Comments A+ a-

5hb lepas hari Ahad yang indah sangat sebab cuaca tak panas jadi sangat sesuai untuk program Solat Dhuha bersama anak2 yatim di Permata Insyirah, Kuantan. 

Dah lama tak berkunjung ke sana kerana kesihatan mengandung dan bersalin. Rindu dengan anak2 disana. Rindu adik angkat.

Jadi terus whatapps umi beberapa hari sebelumnya untuk tanyakan tarikh itu anak2 ada di sana ada ke tidak.

Izin Allah, anak2 ada bukan minggu balik ke rumah keluarga. Seperti biasa suka ajak sahabt2 yang hendak sama2 hadir dan menyumbang.

MasyaAllah rezeki Allah bagi, syukur sahabat2 #ProjekJalinanKasih yang sangat2 pemurah titipkan makanan dan minuman tambahan. Sahabat2 yang datang luangkan masa sangat2 dihargai.

Ketika itu seronok sangat luangkan masa dengan mereka kebetulan pelajar2 Uniten Muadzam Shah turut serta bermain sukaneka.

Anak2 syurga di Permata Insyirah suka sangat melayan abang uwais, abang ukail dan adik Al Fateh. Alhamdullilah programming buat anak2 untuk mendidik mereka dari kecil kuasa bersedekah dan bersyukur.

Rezeki juga mentua dan adik2 ipar pun hadir bersama. Inilah program ukhwah dihuuung minggu.

Terima kasih Ya Allah memberi kesempatan ini moga dilain masa kami dapat berikan yang lebih baik kepada mereka... Amin2









SAMBAL HITAM PAHANG CYECAH CYECAH TERBAIK DIPASARAN

Saturday, April 11, 2015 0 Comments A+ a-

Lama betul tak update pasal biz yea. Last rasanya masa mula2 ibu baru berjinak jinak dengan biz produk ini.

Selepas ibu dah kesibukan sangat... hadapi beberapa fasa baru dalam biz ini. Rezeki Allah sambal hitam pahang ini memang sangat2 memikat hati2 pengemar sambal yang pedas. Apatah lagi ia adalah makanan tradisi pahang. Jadi sangat2 istimewa.

Hampir 2 tahun mengharungi liku2 cabaran biz yang mematangkan ibu. Namun sangat seronok kerana dengan sambal hitam ini telah menambah nilai ramai orang di luar sana.

Membantu sesiapa sahaja yang nak menambah pendapatan. Itulah matlamat utama ibu untuk orang gembira. In shaa Allah izin Allah pasti akan bantu ibu untuk terus sukses dalam biz ini. Amin2
Nak? whatapps 0169320939 yea... hihi luar dari Kuantan boleh diposkan. 
Okey yea... selamat malam^_^




LAHIRNYA AHMAD ARYAN AL FATEH

Saturday, April 11, 2015 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dengan segala nikmatNya... Teringat 10 Febuari yang lepas saat melahirkannya. Sesungguhnya dalam doa2 pasti memohon Allah swt sentiasa memudahkan proses kelahiran ini seperti abang2nya. Kini Ahmad Aryan Al Fateh dah 2 bulan.
Ternyata sangat memudahkan. Paginya tanda2 kelahiran telah ada. Namun saya sedapkan hati ek tak kan lah? baru 36 minggu. hihi!!! nampaknya baby nak melihat dunia lebih awal dari tarikh due.
Pagi itu barulah saya siap2 kan beg untuk ke Farabi tetapi sayangnya baby pramatang katanya Farabi tak mahu ambil kes ini. Doktor disana mengata sekurang kurangnya 37 minggu baru mereka terima... huhu kes yang sama dengan anak sulong. Aturan Allah swt adalah sebaik baik perancangan...
Ibu balik rumah... masih termenung dan terfikir nak ke HTAA atau tak. Hihi!!! boleh lagi layan. Sakit kuat sedikit demi sedikit datang bertandang. 
Lepas asar, hmmm beritahu suami jomlah kita ke HTAA. Baru kelam kabut nak mengemas. Sempat lagi singgah kedai jualan baby untuk beli napkin. Dah sakit tue... Haha!!! layan. Lepas suami siap membeli nak ke HTAA sempat lagi singgah rumah mentua kerana ada yang tertinggal barang.
Macam tak ada apa2. Pada hal sakit tue... dah siap2 ambil barang baru nak HTAA, Allah swt lintaskan signal difikiran kami untuk bersedekah dahulu. Huhu!!! ikut sakit dengan jalan yang dah jam memang nak ke HTAA terus. Tetapi bila teringat masa inilah diuji perasaan yakin dengan Allah swt. Saya beritahu suami kita ke masjid sekejap dan berikan sedekah pada anak2 maahad tahfiz yang sedang mengaji di masjid. Suami titipkan doa buat isterinya.
Selesai itu, saya ke HTAA... barulah ketika itu sakit makin kuat. Doktor dan nurse mulakan pemeriksaan. Biasalah pada pandangan nampak banyak yang hendak diambil kira tetapi saya fikir positif. Selawat dan istiqfar banyak2. Lihat yang baik2 jea.
Ketika pemeriksaan laluan bukaan belum ada. Kata doktor esok baru saya bersalin. Doktor akan berikan ubat tahan sakit dan ditahan wad. Ada seorang doktor itu minta saya dijadikan test pembelajaran kerana saya ibu pramatang untuk pelajar2 UIA keesokkan harinya.
Walaupun tak suka dan tak nak... Saya minta tolong Allah swt. Saya doa moga semuanya dipermudahkan. Saya kemudian diberi suntikan tahan sakit. Tapi kerana sakit yang dirasai itu lebih kuat. Hati saya mengatakan saya akan bersalin kejap lagi.
Kerana yakin dengan gerak hati dan akan sejarah2 anak2 yang sebelum ini memang dipermudahkan oleh Allah swt saya minta doktor periksa sekali lagi. Nyata sekali dari mulanya tiada bukaan terus ke bukaan 8. Doktor dah rasa kepala baby. Baby memang dah nak keluar sangat2.
Hihi kelam kabut jururawat sebab tak sangka. Terima kasih Ya Allah syukur hanya 3 kali teran baby Ahmad Aryan Al Fateh selamat dilahirkan tepat 7.20 malam baru masuk waktu mahgrib ketika itu dengan berat 2.55g
Lahirnya baby Al Fateh semua sakit hilang... syukur2 Allah sayang saya. Aturan DIA yang terbaik. Saya yakin selain doa dan selawat, kuasa sedekah saya ketika sakit yang membantu saya. Allahamdullilah.
Ini saya kongsikan gambar2 yea yang comel bangat presis ibunya... hihi ( perasan ) next saya nak kongsikan kenapa lepas kelahiran baby Fateh ke NICU.
Perjalanan dalam NICU mengajar saya untuk lagi dan lagi bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada saya... Okey next entry yea^_^

Now IM 35 week^_^

Monday, February 02, 2015 0 Comments A+ a-

Alhamdullilah dan bersyukur dengan setiap rezeki Allah swt berikan. Minggu yang sejujurnya mendebarkan saya tetapi tetapkan dalam diri supaya keep positif... hihi
Pergerakkan yang pelahan, sakit pinggang belakang, tidur tidak lagi lena, penat serta mood berubah2... huhu sangat2 menguji mental dan fizikal. Moga en suami mengerti keadaan isterinya kini.
Persiapan ala kadar namun tetap teruja menanti kehadiran insan baru yang bakal menyerikan lagi keluarga Deyana Hatazad... haha!!! meriah lagi kerana in shaa Allah Ahmad Aryan Al Fateh akan melihat dunia tidak lama lagi... Sebagai ibu kali ini saya vizulize anak ini dilahirkan semudah mudahnya tanpa rasa sakit di ketika 39 minggu... in shaa Allah. Moga Allah swt permudahkan segalanya... amin2
Memikirkan produktion sambal hitam pahang #CyevahCyecah yang kini kembali huru hara... yakin ini juga antara rezeki anak anak... kerana apabila lahirnya seorang zuriat pasti Allah swt telah sertakan rezeki rezeki buat ibu bapanya... in shaa Allah.
Tahun 2015 permulaan yang sangat baik dan luar biasa buat perubahan dalam keluarga, dalam perniagaan, dalam diri dan lain2...
Tiada apa yang mampu didustakan dengan segala nikmat Allah swt... Bersyukurlah dengan setiap yang ada pasti Allah swt gandanya nanti...
Buat ualls yang membaca entry ini saya mohon maaf yea jika ada tersalah dan tersilap... doakan saya bersalin dengan selamat bersama baby yea^_^
Amin2 ♡♡♡♡♡

MISI #ProjekJalinanKasih KE KELANTAN

Friday, January 09, 2015 0 Comments A+ a-

Tiada apa yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur kerana punya sahabat yang hebat ini. Sejujurnya empunya badan memang dalam keadaan tidak larat. Namun dengan semangat sahabat lain rupanya dengan izin Allah swt perancangan yang dirancang hanya beberapa hari telah in shaa Allah terlaksana esok dalam MISI #ProjekJalinanKasih KE KELANTAN untuk membantu penduduk Kampung Stong, Kelantan.
Asalnya adalah adik salah seorang team #ProjekaJalinanKasih melawat mentuanya disana. Sebak rasa dada melihat kehidupan keluarga2 yang diuji dengan cabaran banjir. Keluarga mentuanya sendiri rumahnya ampuh dengan air banjir berlumpur paras atap dan kebanyakkan penduduk disitu mengalami situasi dan cabaran yamg sama.
Melihat kalangan keluarganya sendiri yang mengalir air mata, melihat orang kampung datang ke rumah mentuanya bertanyakan beras dan makanan jika ada itulah satu semangat untuk menghantar bantuan ke kampung tersebut. Ibu2  berlari ke arah hilux bantuan bertanyakan susu dan pampers sememangnya tidak mampu dengan hanya sekadar melihat sahaja.
Alhamdullilah walaupun tanpa dana yang besar team #ProjekJalinanKasih dapat mengumpulkan barangan makanan dan keperluan dalam bentuk barangan. Kami asingkan dalam plastik untuk memudahkan sesi agihan dari rumah ke rumah.
Hanya beberapa hari berbekalkan " Just Do It " esok selepas solat jumaat wakil yang dilantik akan ke Kelantan. Doakan perjalanan pergi dan pulang wakil yang diamanahkan.
In shaa Allah usaha ini sangat kecil nanum moga2 menjadi saham akhirat nanti. Percayalah sesungguhnya Allah swt sangat menyayangi umat Rasullulah. Bila kebaikan dan kejahatan kita dinilai mengikut nisbah beruntungnya kita membuat 1 kebaikan kerana Allah swt akan membalas 10 kebaikkan kepada kita ( 1 : 10 ) tetapi bila kita membuat 1 kejahatan...ternyata nisbahnya tetap akan kekal 1 kejahatan.( 1 : 1 )
Bersyukurnya kita kan... nikmat apa lagi yang masih kita mahu dustai. Berbanding kehidupan banjir di Kelantan kita masih bersyukur punya rumah untuk berteduh, punya kereta untuk dipandu, punya keluarha tersayang, punya rumah beratapkan zink, punya rumah untuk berteduh, punya pakaian untuk dipakai, punya makanan untuk dinikmati, punya bantal dan tilam untuk mengalas kepala supaya tidur masih lena...
Mereka disan bagaimana? pejamlah mata dan bayangkan sedikit keperitan untuk kebangkitan mereka... moga2 kita doakan mereka supaya sentiasa kekal bersemangat dari emosi, fizikal dan mental. Moga mereka kembali kepada Allah swt. Moga mereka meletakkan segala pengharapan mereka kepada Allah swt kerana apa yang berlaku adalah izinNya... amin2